63

20.5K 997 21
                                    

Haura terus masuk ke dalam bilik, pintu di hempas tutup. Terduduk haura di atas katil, berjurai air mata yang keluar menahan sakitnya hati mendengar setiap kata-kata adam di dalam kereta.

"kenapa kau nangis haura? Aku kawin dengan dia bukan atas nama cinta. Dia tak pernah cintakan orang buta macam kau,haura! Ini semua cuma lakonan kau dan dia..aku cuma isteri plastik! Sedarlah sikit! Aku tak layak dapat cinta dia.. Aku langsung tak layak menadah cinta dekat orang kaya macam dia!"

Bentak haura seorang diri. Dia mencampakkan beg duitnya ke atas lantai.

"kau cuma tempat untuk dia lari daripada masalah.. Tapi kenapa aku buta dengan semua ni. Aku tak patut harapkan cinta dia. Dan dia pun tak pernah harapkan cinta aku."

Haura mengesat air matanya seketika.

"sabar haura.. Hanya untuk sementara. Dia akan ceraikan kau bila dia dah puas berlakon. Aku cuma perlu kuat untuk tempuh semua ni." ujar haura.

Dia cuba untuk membangkitkan semangat dirinya sendiri.


Adam menolak pintu perlahan lahan. Dia melihat haura yang sudah terlelap di atas katil dengan beberapa tisu disebelah.

Adam melangkah masuk ke dalam biliknya, adam melabuh punggung disebelahnya.

"kau takkan faham semua ni. Kau cuma fikir perasaan kau. Kau pun apa kurangnya haura? Kau pun pentingkan diri macam aku. Aku tak nak kawin dengan mel sebab aku tahu, kau pun tak rela aku kawin dengan dia. Tapi kau setuju atas sebab mama."

Ujar adam. Tangan kanan haura di tarik lalu di kucupnya.

"aku sayang kau.. Tapi aku tahu, kau takkan sayang aku sebab aku sombong.. " luah adam perlahan. Menitis air matanya.

Dia melepaskan tangan haura, dan bangun ingin keluar daripada bilik itu. Namun, haura sudah terjaga.

"awak.." panggil haura.

"kenapa?"

"sekarang pukul berapa?" soal haura.

"pukul 7."ringkas balas adam .

"jom kita solat sama-sama." ajak haura.

Adam mengangguk kepala.

"okay. Pergilah ambil wudhuk. Aku tunggu kau." balas adam, lalu melangkah masuk ke dalam biliknya.


Selesai sudah menunaikan solat maghrib, haura menyalam tangan suaminya terlebih dahulu.

"awak.. Awak masih marahkan saya ke?" soal haura setelah mengangkat wajahnya kembali.

"aku dah tak marah. Mungkin itu yang kau nak selama ni." balas adam, lalu bangun menuju ke arah katil.

Haura juga turut bangun.

"saya pun tak nak semua ni. Tapi dah takda cara lain untuk awak buat. Kalau awak tak tunaikan permintaan mama. Mama akan sakit lagi teruk." ujar haura.

"maknanya.. Kau memang nak aku kawin dengan perempuan tu?"

"kalau awak sayang mama. Itu aje cara dia." balas haura.

Adam mengangguk faham.

"keluar.." arah adam.

"huh?"

"aku kata keluar daripada bilik aku!!" bentak adam.

Haura tersentak. Dia sudah tidak tahu bagaimana mahu memujuk adam, haura pun melangkah keluar daripada bilik adam.


Hari berganti pagi. Adam menyuapkan buah epal yang siap di potong ke dalam mulut faridah. Pagi-pagi lagi dah melawat faridah.

"macam mana adam?" soal faridah.

"macam mana apa ma?"

"yang pasal kawin dengan mel tu lah. Jadi ke tak?" tanya faridah.

Adam mendiam seketika. Dia meletakkan pinggan itu di atas meja yang tidak jauh darinya.

"adam akan kawin dengan dia." jawab adam.

Faridah tersenyum gembira.

"perempuan tu macam mana? Adam akan ceraikan ke?" soal faridah lagi.

Adam menggeleng kepala.

"adam takkan ceraikan dia sampai bila-bila." degusnya.

"hmm.. Takpalah. Janji adam kawin dengan mel. Mama pun happy! Nanti kuranglah sikit darah tinggi mama." ujar faridah.

Adam hanya membalas dengan senyuman tawar.


Mel berpusing pusing dengan gembira, senyuman tidak hilang daripada bibirnya. Zulaikha pula mengerut kening.

"kau kenapa? Macam happy sangat je?"

"of course! Sebab.. Adam akan jadi milik i !" ujar mel.

Terus zulaikha bangun daripada tempat duduknya.

"what? Habis aku macam mana?" soal zulaikha.

"ala.. You sabar je lah. Bagi i kawin dulu. And then,i akan buatkan adam cerai haura. Barulah you boleh kawin dengan adam." ujar mel.

"kalau adam tak nak?"

"of course dia nak. I betul-betul tak sabar nak kawin dengan dia. Macam-macam i nak beli nanti! Cincin emas,rantai emas, belian. Lagi apa? Hm.. Oh, yeah kereta mercedes milik i sendiri." ujar mel.

Banyak betul permintaannya. Apa dia ingat adam tu cop duit ke?

"kau cintakan adam?" soal zulaikha.

"of courselah i cintakan dia. Kalau tak.. Takdalah i tergila-gilakan dia. Sudahlah, i nak bersiap nak melawat datin faridah. Bye!"

Mel pun melangkah masuk ke dalam bilik. Haura tidak berkata apa. Dia kembali duduk di kerusi.

Mencintaimu Mr. Arrogant (Dalam Proses Mengedit Semula)Where stories live. Discover now