102

24.4K 971 12
                                    

Hari berganti malam, haura duduk di atas tangga. Kini dia berada di rumah fatimah, dia baru pulang daripada duduk di rumah neneknya.

"haura.." tegur fatimah, dia duduk di sebelah haura.

"seorang je dekat luar, teringatkan suami ke?" soal fatimah.

"takdalah. Buat apa haura nak ingat dekat dia?"balas haura. Menyembunyikan perasaanya.

"haura. Dekat mulut macam-macamlah kita boleh bohong. Tapi bukan pada hati. Kalau dah rindu sangat dengan adam, baliklah. Kesian dia."

"banyak lagi perempuan yang boleh bahagiakan dia. Haura tak perlu balik pun."

"Ya Allah.. Haura tahu tak dia call mak? Dia kata dia rindu haura. Dia sayang sangat dekat haura. sampai menangis dia merayu dekat mak supaya bagitau haura dekat mana."

"itu cuma lakonan." degus haura.

Fatimah memusingkan badan haura memandangnya.

"apa yang buatkan haura fikir macam tu? Cuba bagitau mak."

"dia tak sayang haura pun. Dia kawin dengan haura pun sebab..nak elak daripada kawin dengan mel. Jadi takkan dia nak nangis kalau haura pergi. Patutnya.. Dia lah orang paling beria."

"dia tak pernah bahagia tanpa kamu, haura. Kamu ingat tak masa kamu sakit kaki dulu? Dia sanggup patah balik datang kampung sebab rindukan kamu."

"dia balik sebab abang amar. Dia takut abang amar rapat dengan haura." bantah haura.

"dia takut sebab dia sayang kamu haura. Kalau dia tak cintakan kamu, dia takkan datang sini untuk bawak haura balik. Biasalah haura, lelaki macam adam memang ego untuk tunjuk yang dia sayang. Tapi sabarlah, dia mesti akan cakap punya."

"tapi kalau haura cintakan dia sekalipun bukannya bersama pun. Datin faridah tak suka haura! Sampai bila-bila Haura dengan adam takkan bersatu." degus haura.

"haura.. Tak baik cakap macam tu."

"memang tak baik. Tapi itulah hakikat yang haura kena terima."

Haura bangun dan melangkah masuk ke dalam rumah. Fatimah mengeluh kecil, dia mengeluarkan talefon yang di sorok di belakangnya tadi. Panggilan di buka, dan adam mendengar semuanya.

"sekarang adam dah tahu kenapa haura tak nak balik kan? Adam datanglah pujuk dia. Mak dah tak tahu nak pujuk macam mana lagi." rungut fatimah.

"baik mak. Adam akan datang esok, hari ni adam nak jaga mama. Okaylah, mak. Adam nak solat kejab. Assalamualaikum."

"waalaikumsalam."

Panggilan di tutup. Fatimah menggeleng kepala.

"apalah nak jadi dengan anak aku? Haihh.."



Faridah duduk bersandar pada kepala katil, dia langsung tidak menjamah bubur di hadapannya.

"awak kenapa ni? Kalau awak tak makan nanti sakit. Saya dengan adam jugak yang susah." tegur anuar.

"saya takkan makan selagi saya tak minta maaf pada haura."

"haura tak pernah benci awak. Saya tahu haura orangnya macam mana."

Faridah menggeleng kepala, dia mengenggam tangan suaminya.

"tak mungkin bang. Sebab ada benda yang lebih teruk saya buat pada haura. Abang ingat kan tentang kemalangan beberapa tahun lepas? Sa.. Saya yang buta sebenarnya bukan haura! Saya punca dia tak dapat tengok dunia! Maafkan saya abang sebab dah buat benda bodoh macam tu. Saya rasa saya nak pulangkan balik apa yang saya dah ambil daripada haura. Saya rasa berdosa sangat abang." luah faridah.

"saya dah lama tahu tentang pertukarang mata. Haura pun dah lama tahu." ujar anuar.

Faridah tergamam.

"haura tahu? Tapi kenapa dia tak saman saya, bang? Kenapa dia tak marah saya atau pukul saya?" soal faridah.

Anuar tersenyum seketika. Dia teringat sewaktu dia dan haura duduk di ruang tamu.

Semasa di ruang tamu..

"kamu tak marahkan isteri papa?" soal anuar.

Haura hanya mengukir senyuman dan menggeleng.

"datin faridah adalah mak mertua saya,kalau betullah dia wanita yang ambil mata saya dulu. Saya halalkan, pa. Mungkin datin tak sanggup buta sebab nak jaga adam atau takut adam tak terima mama dia. Saya tak kesah. Biarlah saya buta sekalipun sebab saya dah ada segalanya. Saya dah cukup kasih sayang." ujar haura.

"tapi haura takkan takda niat nak tengok wajah suami haura? Atau.. Anak haura satu hari nanti?"

"saya boleh tengok dekat syurga nanti, insyaallah. Sejujurnya saya nak sangat tahu macam mana wajah suami saya, orang yang jaga kita selama ni dengan penuh kasih sayang. Tapi, biarlah dekat akhirat nanti."balas haura.

Tersenyum anuar mendengarnya. Mulia sungguh hati haura.

"terima kasih sebab maafkan mama. Papa tak tahu nak balas apa dekat haura. Apa yang mama ambil daripada haura bukan banda biasa. Mata. Siapa yang takkan marah? Tapi.. Haura betul-betul sayang mama. Haura tak macam perempuan lain. Papa bersyukur adam kawin dengan haura." ujar anuar.

"Mata tu bukan mata saya. Mata tu milik Allah. Saya tak berhak nak marah sesiapa. Mungkin ini ujian untuk saya. Dan saya percaya, datin faridah akan terima saya satu hari nanti. Tapi kalau ini semua hanya angan-angan saya, saya tetap terima dengan hati yang terbuka. Saya tahu,bukan senang seorang mak nak tengok anak dia kawin dengan perempuan cacat. Lebih-lebih lagi buta.mungkin datin anggap orang buta macam haura tak dapat untuk menjaga adam satu hari nanti. Haura pun tak pasti yang haura mampu jaga adam kalau adam sakit dengan keadaan buta macam ni. Jadi.. Haura tak salahkan datin."

Ujar haura lagi.


Menitis air mata faridah mendengarnya, tergeleng kepalanya mengingati apa yang dia pernah buat pada haura. Sungguh sakit bila teringat kembali.

"saya memang kejam bang! Ya Allah.. Abang tolonglah saya bang. Saya nak pulangkan mata ni pada haura, biar saya yang buta! Bukan haura. Saya yang sepatutnya terima semua ujian tu bukan dia bang. Bukan dia.. Maafkan saya."

"macam mana saya nak pujuk haura? Dia takkan setuju untuk pembedahan mata."

"abang pujuklah adam. Abang bagitahu siapa saya pada adam bang. Biar dia tahu mama dia yang sebenarnya buta. Tolonglah.. Saya merayu.."

"tapi, kuat ke awak nak tanggung semua tu?"

"saya lebih snaggup tanggung semua ni daripada saya melihat menggunakan mata orang lain bang. ini bukan mata saya. Haura yang sepatutnya melihat dunia bukan saya. Saya memang kejam! Saya tak pernah fikir tentang kemudaratan orang lain."degusnya.

Faridah hanya menangis teresak-esak. Anuar bangun memeluk faridah memberi semangat untuknya.

"abang akan cuba yang terbaik untuk pujuk adam. Awak tabah ye."

"saya takkan tenan selagi saya pakai hak orang lain bang.." keluhnya.

Mencintaimu Mr. Arrogant (Dalam Proses Mengedit Semula)Where stories live. Discover now