Haura tertidur berbantalkan bahu adam. Namun adam hanya membiarkannya, adam pula hanya termenung melihat siling kipas.
"Aku peliklah, kenapa diaorang sanggup sakitkan kau ek? Event aku ni pun lebih kurang nakal tapi takda lah buat kau sampai sakit. Cuma sakit hati tu adalah." ngomong adam bersendirian.
"aku kesian dekat kau tau haura. Kau dah lah buta, lepastu sakit. Ditambahnya pulak aku sakit and kau jaga. Kau memang takda rasa letih ke? Kau manusia ke robot haura?"
Adam memandang haura. Tiada respon. Haura hanya lena dalam mimpinya.
"kau memang tak sama dengan zulaikha. Tak sama dari segi layanan, pemakaian and daripada segi fizikal. Tapi entah kenapa.. Aku rasa aku lebih suka kau sekarang. Untuk pengetahuan kau.. Aku dah cintakan zulaikha. Sikit pun tak. Sebab.. Sekarang aku dah cintakan.. "
"of course you still love me." satu suara mencelah.
Adam mengalihkan pandangan memandangnya. Tergamam adam melihat zulaikha tercegat di pintu. Macam mana dia tahu aku dekat sini?
"zulaikha? Ma.. Macam mana.."
"macam mana saya ada dekat sini? Naluri seorang bakal isteri. Hahaha." ujar zulaikha.
Ceh! Padahal mel yang beritahu. Acah-acah naluri bakal isteri.
"keluar. Aku tak nak siapa-siapa melawat aku hari ni." arah adam.
"keluar? Saya tahu awak rindu saya. Tak payah nak sorokkan perasaan awak dekat perempuan buta sebelah awak tu." sinis zulaikha.
"aku kata keluar dengan cara baik zulaikha. Please.. Haura tengah tidur. Aku tak nak ganggu dia tidur. So, please.." rayu adam dengan cara baik.
Zulaikha menggeleng. Dia tetap tidak mahu keluar.
"Adam.. Dari wajah awak pun saya dah tahu awak tak suka dia. Ceraikan je lah. Awak lebih seksa haura."
"Yang lebih seksa aku adalah kau. KELUAR!!" bentak adam.
Tersentak haura dibuatnya. Haura terjaga daripada lenanya. Dia mengangkat kepala daripada berbantalkan bahu adam.
"apa dah jadi ni? Yang awak tiba-tiba marah kenapa?" soal haura yang dalam kebingungan.
Adam terus melompat turun daripada katil, dia menarik tangan zulaikha mekangkah keluar daripada biliknya.
"Sakitlah adam!! Awak tak pernah kasar dengan saya macam ni tahu!" bentak zulaikha.Adam terus melepaskan zulaikha apabila sudah jauh daripada biliknya.
"kau dengar sini. Jangan ganggu hidup aku lagi. Kita dah takda hubungan apa-apa."
"ouh.. Dah aku kau dengan saya sekarang? Ini mesti sebab perempuan buta tu kan? Kalau tak awak takkan kasar dengan saya."
"bukan salah dia. Aku dah memang bertekad untuk tak cintakan orang sampah macam kau!" sinis adam.
"orang sampah awak kata? Orang sampah ni lah yang buat awak bahagia dulu! Bukannya haura!"
"dan orang sampah macam kau lah yang buat aku merana 3 tahun!" bentak adam.
Zulaikha terdiam.
"yes. Aku mengaku. Aku merana disebabkan kehilangan orang yang aku cinta. Kau tinggal aku sebab mamat yang lagi kaya daripada aku. Kau kata kau tak cintakan aku. Dan sekarang kau nak kutip aku balik sebab apa? Sebab dah jadi janda,huh?"
"jaga sikit mulut awak adam!"
"buat apa aku nak jaga mulut aku? Kau pun apa lebih kurangnya? Kau buat aku macam patung yang tak bernyawa zulaikha. Aku jadi kaya pun sebab aku nak buktikan dekat kau yang aku betul-betul sayang kau.. Tapi bila aku jumpa haura. Niat aku dah beralih pada haura. Macam kau yang dulu? Kau suka aku mula-mula, then kau alihkan cinta kau dekat amar kau tu!" sindir adam lagi.
Zulaikha memeluk tubuhnya.
"saya dan amar dah berpisah. Kalau macam tu awak dengan haura pun akan berpisah lah kan?" zulaikha meneka.
Adam menggeleng kepala.
"sampai aku mati aku takkan ceraikan dia." ujar adam.
Adam menjeling sebelum melangkah kembali ke biliknya. Zulaikha terus mengejar langkah adam, dia menarik tangan kanan adam.
"Adam! Saya masih cintakan awak. Saya takda niat nak tolak awak dulu adam! Saya sedar saya salah.. Saya pasti awak masih simpan semua gambar2 kita! Kenangan kita!"
"lepaslah perempuan!!" jerkah adam, adam menepis tangan zulaikha dengan kasar.
"takkan ada satu cara pun untuk kau dapatkan hati aku semula. Dan takda satu cara pun.. Kau boleh pisahkan aku dengan haura. Dia isteri aku yang sebenar. Bukan plastik!" ujar adam.
"Awak.." haura mencelah. Adam mengalih pandangan ke arah haura yang tercegat di pasu bunga.
Dia terus berlari ke arah haura.
"apa dah jadi?" soal haura.
"takda apa. Jom masuk." adam menarik tangan haura menuju ke bilik. Meninggalkan zulaikha seorang diri di situ.
Aku takkan berhenti untuk terus dapatkan kau adam! Aku tahu kau masih sayangkan aku!bisik hati zulaikha.
Dia menggenggam tangannya membentuk buku lima.
YOU ARE READING
Mencintaimu Mr. Arrogant (Dalam Proses Mengedit Semula)
Romance1 in love 26/7/2019 "Mama nak kamu kawin dengan Mel! itu calon pilihan mama."-Faridah "Mikail takkan kawin dengan perempuan gedik ni. dia bukan pilihan mikail."-Adam Mikail ____________ "kenapa encik sanggup buat macam ni dekat saya...