53

22.2K 1.2K 79
                                    

Matahari sudah terpacak diatas langit, adam membuka kelopat matanya perlahan-lahan. Dia baru menyedari tangan kananya memeluk haura.

"Dah pukul berapa ni?" soal adam, dia melihat jam tangannya yang tepat menandakan pukul 11 pagi.

"tertidur sampai pukul 11. Tak pernah aku bangun lewat macam ni." ujar adam.

Dia melihat haura yang masih lena dalam tidurnya. Adam tersenyum. Dia mengusap wajah isterinya dengan lembut sekali.

"comellah kau ni, haura. Rasa macam nak gi.. "

Tok! Tok! Tok!
Pintu di ketuk beberapa kali. Menghentikan kata-kata adam sekelip mata. Haura pun terjaga mendengar ketukan itu.

"Haura! Adam! Tak bangun lagi ke? Mak ada masak ni. Nanti turun makan!" ujar fatimah,lalu melangkah pergi.

"awak dah bangun ke?" tegur haura.

"aku dah lama bangun. Tunggu kau aje yang tidur tak ingat dunia." ejek adam.

Haura tergelak kecil, dia bangun dan bersandar pada kepala katil.

"Petang nanti last urut. Lepastu awak bolehlah bawak saya balik. Kaki ni pun dah okay sebenarnya cuma nak kena urut sikit je lagi." ujar haura.

"tak tanya pun."

"eleh.. Ye lah tu. Sudahlah, saya nak pergi mandi." pinta haura, lalu melompat turun daripada katil.

Dia menuju ke almari mengambil kain tuala.

"ini kain tuala ke?" soal haura, hendak memastikan sama ada betul atau salah.

"haah. Betullah tu."

"nah." haura menyerahkan pada adam.

"aik? Kata nak mandi?"

"awak mandi lah dulu. Kejab lagi saya mandi." ujar haura.

Adam mengangguk faham. Dia pun mengambil tuala itu, dan melangkah keluar daripada bilik.


Selesai menyucikan badan, adam pun melangkah ke ruang tamu. Dia melihat laila sedang melukis sesuatu di atas kertas kosong.

"hello, laila. Awak lukis apa tu?" tegur adam.

Dia melabuh punggung di atas lantai, menemani laila yang sedang melukis.

"pak cik, cantik tak?" tanya laila dengan menunjukkan lukisannya.

Tersenyum adam melihat lukisan laila yang melukis tiga orang lidi. Menunjukkan sebuah gambar bahagia. Namun, watak lukisan lidi wanita di letakkan jauh sedikit daripada dua lagi lukisan lidi yang di lukis.

"kenapa yang ni laila lukis jauh? Dekatkan lah. Kata family bahagia." ujar adam. Dengan menunjuk jari pada lukisan lidi wanita itu.

"itu mama. Mama tak pernah jaga laila. Laila tak suka mama." rungut laila.

"laa.. Kenapa cakap macam tu? Tak baik tau."

"dulu masa mama kawin dengan papa. Mama selalu pukul papa kata nak duit. Mama tak pernah sayang papa. Laila pun dia tak sayang. Sebab dia selalu tinggal laila sorang-sorang dekat rumah." luah laila.

Adam terdiam. Kesian melihat laila. Baru umur lima tahun sudah merasai semua itu.

"so laila cuma suka papa je lah?" soal adam.

Laila menggeleng kepala.

"tak suka pulak? Habis laila suka siapa?"

"laila suka nenek, atok dengan kak haura. Tapi laila nak tambah lagi satu. Iaitu pak cik adam."

"hahaha. Ada-ada aje laila ni. Kenapa suka kakak haura? Dia kan buta?"

"dulu kakak haura tak buta. Dia selalu bawa laila jalan-jalan. Masa laila sakit, dia beli ubat, beli mainan. Dia macam mama laila pun ada. Tapi lepas kak haura dah buta pun kakak tetap sama. Tak pernah lupa laila. Selalu ambil berat pasal laila. Kau boleh.. Laila nak papa kawin dengan kak haura." ujar laila.

Terus mati senyuman adam mendengar perkataan ingin amar kawin dengan haura.

Elok aku layan kau baik, karang kau dengan papa kau aku belasah. Bisik hati adam.

"mana boleh papa laila kawin dengan kak haura. Kak haura kan isteri pak cik."

"tak boleh kongsi ke?" soal laila lagi.

Banyaklah kau punya kongsi, dik. Kau ingat haura patung nak main kongsi-kongsi.omel adam.

"mana boleh. Nanti pak cik menangis lah kalau papa laila ambil isteri pak cik."

"pak cik ambillah mama. Kak haura bagi dekat papa."

"hahaha, pak cik tak nak. Pak cik sayang kakak haura. Macam laila. Pak cik pun nak kak haura jugak. So kita kongsi berdua. Papa laila tak boleh kongsi."

"okay! Itu laila setuju."

"give me five!" adam mengangkat tangannya, laila terus menepuk tapak tangan adam.


Mencintaimu Mr. Arrogant (Dalam Proses Mengedit Semula)Where stories live. Discover now