78

21.2K 977 10
                                    

farizal melangkah menuju ke arah anuar yang duduk di kerusi berhadapan dengan bilik kecemasan.

"Assalamualaikum,dato." salamnya.

Mereka berjabat tangan seketika, anuar tersenyum dengan kehadiran farizal.

"maafkan saya dato sebab lukakan hati anak dato, mel. Kami bukannya nak malukan keluarga tapi.."

"takpa. Saya faham, lagipun saya memang setuju dengan apa yang adam lakukan. Saya tahu isteri adam buta. Dan saya tak yakin yang anak saya sanggup hidup bermadu dengan seorang perempuan buta." ujar farizal.

"alhamdulillah. Kalau dato farizal boleh terima kenyataan."

"datin faridah macam mana? Apa yang dah jadi sebenarnya?" soal farizal.

"saya tak pasti kenapa tiba-tiba faridah jadi meroyan tak tentu pasal. Dia nampak ada orang minta mata dia. Dan.. Doktor baru bagitau saya yang faridah sekarang mengalami lumpuh. Tapi lumpuh dia masih ada peluang untuk baik." ujar anuar.

"takkan di sebabkan semalam faridah jadi macam tu?"

"entahlah. Mungkin tekanan jiwa."

"apa-apa pun. Saya doakan semoga isteri dato anuar cepat sihat. Apa kata kita pergi minum? Saya belanja." pelawa farizal.

Anuar hanya mengangguk menerima pelawaan farizal. Mereka pun melangkah pergi daripada situ.

Adam dan haura kini berada di pusat beli belah tesco. Mereka berada di ruang pakaian mencari keperluan yang patut.

"awak.. Awak pilih baju betul-betul tau. Manalah tahu nanti awak sabotaj saya. Beli baju bukan-bukan. Mentang-mentang saya tak nampak."

"aku tahulah. Takkan aku nak beli baju seksi dekat kau. Agak-agaklah." degus adam.

Dia mengambil baju T-shirt muslimah berwarna merah jambu bercorak bunga lalu meletakkan ke dalam bakul.

Adam menoleh sekilas ke arah ruang pakaian lelaki. Dia terlihat keliba amar.

"dia ikut haura ke?" soal adam.

"ikut saya? Siapa?"

"ish,sibuk je lah kau ni! Tunggu sini! Pegang benda alah ni kejab, aku nak pergi sana. Jangan bergenjak setapak pun.. Kau gerak sikit je. Siap kau!"

"orang tahulah! Ish!"

Haura memegang bakul itu. Adam pun melangkah pergi mencari amar tadi.


Amar pura-pura membelek seluar jeans yang dipakaikan pada patung itu. Adam menarik bahu amar memusing memandangnya.

"eh? Kau?"

"tak payah nak eh kau sangat! Kau follow bini aku ek." adam meneka.

"bila masa aku follow kau? Buat habis minyak kereta aje"

"habis tu? Apasal aku asyik nampak kau dekat mall? Haritu dekat kl. Lepastu sekarang dekat sini. Memang sah lah kau ikut haura, kan?!" tuduh adam.

Amar tersenyum sinis. Dia memeluk tubuhnya.

"kalau ye pun aku ikut haura. Kenapa? Kau jeles?" soal amar dengan mengangkat kening sebelahnya.

"jeles kau tanya? Aku suami dia dan kau siapa?!"

"kau suami haura? Lelaki kaya yang bongkak takkan nak beristerikan perempuan buta. Macamlah aku tak tahu yang haura tu sebenarnya.. Perempuan murahan kau." sinis amar.

"perempuan murahan kepala hotak kau dia isteri aku!!"

Adam terus menumbuk wajah amar. Dengan rasa tidak puas hati, amar terus membalasnya. Ramai orang melihat pergaduhan mereka.

"Encik! Ini bukan tempat pergaduhan!sila hentikan sekarang!" pengawal keselamatan itu mencelah.

Dia cuba untuk meleraikan pergaduhan diantara adam dan amar. Belum sempat nak halang, dia pula terkena tumbukan amar.

"Aduh! Woi, korang ingat ni gelanggang ke?! Berhenti bergaduh! Ini arahan!" bentak pengawal itu.

Amar menghayunkan penumbuknya ke arah adam, namun adam sempat mengelak dan terkena pada wajah orang lain.

Pergaduhan mereka terhenti secara automatik. Haura menyentuh bibirnya yang berdarah. Sejak bila pula haura berada di situ.

"haura.. " adam menyentuh wajah haura. Dia memandang amar dengan wajah tidak puas hati.

"Sorry!" ringkas saja balas amar, dia terus melarikan diri pergi daripada situ.

"woi, sinilah pengecut!!" cabar adam.

"korang ni dekat sini jugaklah nak berga.."

"kau diamlah pengawal! Aku tumbuk muka kau karang tak pasal-pasal pecah!" bentak adam.

Pengawal itu mendiamkan diri. Dia pula yang di marahi. Sudahlah di tumbuk, kena marah pulak.

"haura kau okay?"soal adam, risau. Dia menyentuh bibir haura yang luka.

"aw! Sakit.. Awak gaduh dengan siapa?"

"takda siapa. Tak penting pun. Jom kita pergi bayar semua barang ni. Lepastu kita pergi farmasi beli ubat." cadang adam.

Dia menarik tangan haura menuju ke kaunter pembarayan.

"aku jugak.. Yang kena kemas." rungut pengawal itu.

Dia mengutip segala baju yang bersepah diatas lantai. Nasib seorang pengawal. Orang lain buat hal orang kain yang kena kemas.

"bodoh punya, Adam!" sinis amar. Dia mengelap darah di mulutnya. Habis bengkak wajahnya di tumbuk adam.

"Aku akan ingat benda ni sampai mati! Kau tunggu nasib kau,adam. Kali ni kau menang. Nanti.. Aku pulak yang menang!" ugutnya.

Dia meludah darah yang terkumpul di dalam mulutnya dan berlalu pergi daripada situ. Bekas suami isteri sama aje perangai.

Mencintaimu Mr. Arrogant (Dalam Proses Mengedit Semula)Where stories live. Discover now