106

24.7K 924 22
                                    

                     Adam melangkah masuk bersama haura ke dalam rumah. Siti berlari anak menuju ke arah mereka.

"siti, mama aku mana?"

"datin tengah rehat dekat dalam bilik. Encik adam, tadi mel tolak datin masuk dalam kolam. Tapi alhamdulillah saya sempat selamatkan datin. Datin kata dia rindu nak jumpa haura. Tapi buat masa ni lebih elok bagi datin rehat dulu." ujar siti.

"mel datang sini lagi?"soal adam.

Siti mengangguk kepala.

"aku tak boleh duduk diamlah. Perempuan tu memang nak kena penumbuk aku."

Adam melepaskan tangan haura dia melangkah keluar daripada rumah itu. Haura mengejar adam.

"Awak nak ikut!"

"buat apa kau nak ikut? Kalau pandai tomoi takpa jugak."

"bolehlah.." haura mencebik mulutnya. Adam menjeling mata.

"yela! Yela! Merajuk macam budak kecik."

     
                         Mel tersenyum puas melihat dua mayat ibu dah ayahnya yang terbaring di lantai.

"korang semua tak boleh faham perasaan aku! Aku cuma nak adam. Itu pun susah ke? Yang korang nak bela sangat perempuan buta tu kenapa?!" bentak mel.

Dia menyepak perut ayahnya.

"astaghfirullah hal azim.." adam mengucap saat melihat lantai yang penuh dengan darah.

"adam? You datang cari i ke?" soal mel. Namun senyumannya mati melihat haura di belakang adam.

"mel, apa kau buat ni?! Dioarang mak ayah kau! Kau dah gila ke?!"

"suka hati aku lah nak buat apa. Nasib baik aku tak bunuh datin faridah. Ops! Aku dah tolak dia masuk dalam kolam kan? Dia dah mati ke belum?"

"Kau sah dah gilalah,mel! Apa kau nak sebenarnya? Apasal kau buat semua ni? Bawak mengucap mel."

"perempuan tu.. "

Mel mengacukan pisau ke arah haura yang berdiri di belakang adam.

"perempuan tu dah rampas you daripada i! You sanggup lari demi perempuan tu! You sanggup tinggalkan i sebab si buta tu. I tak suka dia. Kalau boleh dia mangsa i yang i nak bunuh. Biar kita berdua bahagia."

"ya Allah.. Apa kau merepek ni mel? Kau kena terima hakikat yang kau bukan jodoh aku."

"who care tentang jodoh ataupun tak? You yang jual mahal dengan i! Kalau you tak jula mahal, tak sombong you akan terima i!" bentak mel.

Adam memegang tangan haura yang mengenggam bajunya.

"keluar daripada rumah ni haura. Masuk dalam kereta.." bisik adam. Dia sudah gelisah, takut terjadi benda buruk pada haura.

"ba.. Baik." haura melepaskan baju adam, dia melangkah keluar daripada rumah itu.

"Mana kau nak lari?! Kau jangan ingat kau boleh lepas tangan macam tu je, perempuan buta!!"

Mel terus mengejar haura, namun adam sempat menangkapnya.

"lari haura!!" jerit adam.

Haura terus berlari entah ke mana. Dia hanya ikut sahaja jalan yang ada.

"lepaskan i!!"

Mel menyiku dagu adam, sehingga melepaskannya. Mel terus mengejar haura, langkah haura tidak selaju mana. Mel mencekup leher haura sekuat yang mungkin dan menikam perut haura.

"haura?!"

"yes! I win!! Hahahaha!!" mel melepaskan haura.

Haura terus jatuh ke lantai dengan mengenggam pisau yang melekat di perutnya.

"kau memang dah gilalah mel!!"

Adam terus menolak mel ke tepi, dia berlari ke arah haura. Getar tangannya menyentuh darah di perut haura.

"sa.. Sakit awak.. "

"kita pergi hospital. Tahan sikit, haura."

Adam terus mengendong haura masuk ke dalam kereta. Membiarkan mel yang ketawa seperti orang gila di halaman rumahnya. 

      
           
                         Alat pernafasan membantu haura untuk terus bernafas. Katil haura di tolak menuju ke bilik kecemasan, Tangan kanan haura digenggam kuat adam. Dia membantu beberapa jururawat yang menolak katil itu.

"kau jangan tinggal aku haura, bertahan untuk aku please..aku dah call polis. Perempuan tu akan kena balasan dia. Kau jangan tinggalkan aku.. " rayu adam.

"ak.. Aku.. Aku.."

"encik, sampai sini saja encik boleh teman. Apa-apa yang berlaku kami akan beritahu encik. Sila bersabar ye."

ujar salah seorang daripada mereka setelah sampai di bilik kecemasan. Adam terpaksa tunggu di luar bilik.

"aku cintakan kau.."

Luah adam. Namun haura tidak sempat mendengarnya tadi. Adam menunduk kepalanya dan menangis.

               
                           Prang!!
Tersentak fatimah apabila pinggan kacanya tiba-tiba sahaja terjatuh ke lantai. Fatimah menyentuh dadanya. Dia terasa sesuatu yang tidak menyedapkan hatinya.

"bang.. Saya rasa sesuatu benda buruklah."

"apa dia?"

"anak kita. Abang kita balik kl nak? Kita jumpa haura?" cadang fatimah.

"bukan ke adam yang bawa haura. Apa yang awak nak risaukan?"

"abang tolonglah..perasaan seorang mak. Tak pernah salah awak tahu tak? Kita balik kl jenguk haura. Saya takut kalau apa-apa jadi dekat dia." rayu fatimah.

"yela. Esok kita balik kl. Tapi bukan sekarang. Dah nak dekat senja."

"saya risaukan haura bang.."

"iye. Esok kita tengok haura. Sabar sikit."

Fatimah hanya mendiam. Dia mengutip kaca di lantai, air mata yang menitis di kesatnya dengan lengan baju kurungnya.

Mencintaimu Mr. Arrogant (Dalam Proses Mengedit Semula)Where stories live. Discover now