Adam masuk ke dalam biliknya, melihat haura yang duduk di sofa memegang kotak kecil di tangan.
"kau dah kenapa pegang kotak tu? Itu kotak pemberian kakak kau tahu?"tegur adam.
Haura mengangguk. Dia meletakkan di atas meja semula. Adam tersenyum nipis, dia menepuk bantalnya seketika.
"buat masa ni, kau tidur sofa dulu ek. Aku tak biasa tidur berdua. Boleh kan?"adam bersuara.
"boleh. Tapi.. Boleh saya nak tanya sesuatu?"
"apa dia?"
"awak masih cintakan kakak saya?" soal haura.
Adam terdiam. Dia mengeluh kecil, langkah terdengar menhampiri haura.
"haura.. Aku dah lama nak bagitau tapi.. "
"cakap aje. Saya takkan marah kalau awak jujur dengan saya. Sebelum hati saya sakit, baik awak jujur saja." ujar haura.
"okay, fine. Sejujurnya aku masih cintakan kakak kau. Aku masih nak kan dia. Tapi aku akan cuba untuk cintakan kau kalau kau boleh buat aku jatuh cinta. And kalau kau boleh bertahan hidup dengan aku.. Aku janji aku takkan ceraikan kau."
Haura menggeleng kepala.
"kenapa baru sekarang awak jujur? Nak saya jadi isteri plastik awak sebab tak nak kawin dengan mel?"
"yes! Itu sebab pertama. Tapi kalau aku tau yang kau adik kepada zulaikha aku takkan kawin dengan kau. Aku tak boleh nak batalkan sebab semua orang dah tau tentang pernikahan kita."ujar adam.
Haura mengangguk faham. Dia menarik nafas lalu menghembuskannya.
"okay. Saya dah faham. Dan saya dah tau tugas saya sekarang. Kita dah kawin. Takda apa yang saya boleh buat. Awak boleh ceraikan saya.. Bila2 masa yang awak nak. Bila dah puas berlakon, cakap dengan saya. I will wait for it." balas haura.
Adam terdiam dengan kata2 haura. Benarkah haura mahu berlakon menjadi isterinya buat sementara? Haura pun kembali melangkah ke arah sofa. Dia mengalih pandangan ke arah lain saat air matanya menitis.
"Sorry, sebab libatkan kau dalam hal aku. Tapi kau jangan risau. Benda ni sekejab aje."
"yes. I know. Dah lah.. Tidur." haura terus baring di atas sofa. Dia mengalih tubuh ke arah lain, tidak mahu menghadap adam.
Hari berganti pagi, haura melangkah keluar daripada biliknya. Dia menggaru kepala, selok belok rumah ini mana dia tahu. Karang terlanggar benda mahal mampus!
"ad.. Adam.."panggil haura. namun tidak disahut. Mungkin adam tiada di dalam bilik.
Haura menyentuh dinding, berjalan terus tanpa memikir apa di hadapannya. Tiba2
PRANG!!
bunyi kaca jatuh ke atas lantai membuatkan haura tersentak. Sudah! Haura terus menunduk meraba kaca yang sudah pecah berterabur di lantai, tangannya yang berdarah pun tidak perasan akibat cemas.
"PASU AKU!!" teriak faridah. Terus menolak haura ke tepi.
"ma.. Maaf. Saya tak sengaja." rayu haura.
"hei, kau tau tak pasu ni mahal aku beli dekat luar negara!! Kau ni memang tak gunalah!" bentak faridah.
"datin kenapa ni datin?" satu suara mencelah, kedengaran seperti wanita. Mungkin itu orang gaji di rumah ini.
"hei, kau tak payah masuk campurlah! Kau ni memang saja kan nak pecahkan pasu aku! Dah tahu diri tu buta.. Duduk diam2 dalam rumah!" bentak faridah.
Dia menolak kepala haura dengan kasar. Menitis air matanya mendengar hinaan daripada mak mertuanya sendiri. Faridah mengutip semua cebisan kaca itu dan berlalu pergi dengan rasa tidak puas hati.
"puan haura.. Mari bangun." wanita itu cuba memapah haura. Namun haura menggeleng kepala.
"takpa.. Saya boleh bangun sendiri." balas haura.
"eh, jangan puan haura. Nanti kalau jatuh pasu bunga datin lagi karang susah. Marilah.. Cakap aje puan haura nak ke mana. Saya bawakan.."
"tak.. Takpa.. Saya nak masuk bilik." ujar haura.
Lalu bangun daripada terus duduk di lantai. Dia memegang tangannya yang terasa pedih.
"puan haura.. Teruk luka tu. Nak saya ambilkan ubat?"
"tak perlu. Err.. Awak siapa ek?"
"ouh.. Saya cik siti. Boleh panggil siti je. Saya orang gaji dekat sini." ujarnya memperkenalkan diri.
Haura mengangguk faham.
"err.. Adam mana ek?"
"adam dah pergi kerja. Dia ada meeting dengan datuk anuar. Kenapa? Puan haura nak saya call adam suruh tengokkan haura ke?"
"eh jangan! Saya tanya aje.. Takpalah siti. Awak sambunglah kerja. Saya nak masuk bilik semula."pinta haura.
Siti mengangguk kepala. Dia melihat haura yang berjalan menuju masuk ke bilik.
"cantiknya isteri encik adam. Kalau tak sayang tak tahu nak kata apa." bisik siti.
YOU ARE READING
Mencintaimu Mr. Arrogant (Dalam Proses Mengedit Semula)
Romance1 in love 26/7/2019 "Mama nak kamu kawin dengan Mel! itu calon pilihan mama."-Faridah "Mikail takkan kawin dengan perempuan gedik ni. dia bukan pilihan mikail."-Adam Mikail ____________ "kenapa encik sanggup buat macam ni dekat saya...