Hari pernikahan mereka sudah tiba, haura menyarungkan butang yang masih belum di cantumkan. Adam hanya melihat senyuman di wajah haura.
"apasal kau senyum?" soal adam.
"salah ke saya senyum?"
"tak lah. Senyum kau macam bahagia aje aku nak akad nikah nanti."
"takda lah. Saya senyum sebab saya tak nak hati saya sakit. Apa-apa pun, saya doakan awak lancar lafazkan akad nikah nanti." ujar haura.
Adam menarik kedua belah tangan haura, dia tidak sanggup meneruskan semua ini.
"kita lari. Nak tak?" cadang adam.
"apa awak merepek ni? Majlis dah nak mula. Ramai orang dekat luar tengah tunggu awak. Takkan awak nak cemarkan keluarga awak sendiri?" soal haura.
Betul juga apa yang haura katakan.
"tapi.. Aku tak sanggup nak kawin dengan mel. Jom lah kita lari. Kita pergi jauh daripada sini."
"awak.. Mama sakit tau. Jangan disebabkan awak ikut perasaan. Mama lagi bertambah sakit. Sudahlah.. Awak sabar ek." ujar haura.
Kau memang seorang wanita yang kuat haura. Tapi aku lemah. Lemah dengan apa yang akan berlaku. Tapi kau boleh terima semua ni hanya kerana mama. Aku memang takkan lepaskan kau sampai bila-bila. bisik hati adam.
"jom. Majlis dah nak mula."
"tapi.."
"jom lah.." haura menarik tangan adam keluar daripada bilik itu.
Ramai sudah orang yang menunggu adam. Namun wali akad nikah belum sampai lagi. Mel pula sudah siap duduk di atas kerusi pelamin yang dipenuhi bunga mawar putih.
"saya pergi dulu ye. Semoga berjaya." ucap haura.
Dia melepaskan tangan adam, dan melangkah pergi ke penjuru dinding. Adam pun menuju ke arah tempat duduk khas yang telah di sediakan.
Ya Allah.. Katakan lah ini semua mimpi! Aku tak nak kawin dengan perempuan tu.jerit adam di dalam hati.
Anuar melangkah kearah adam.
"adam, papa nak cakap something. Ikut papa." bisik anuar di telinga adam.
Adam pun bangun mengikut anuar melangkah keluar daripada situ. Mel mengerut kening memandang dato anuar.
"kenapa pa? Ada apa nak jumpa adam?" soal adam apabila mereka sudah jauh daripada tempat itu.
"kamu cintakan mel?" soal anuar. Adam mengerut kening.
"apa soalan papa ni. Tentulah tak. Tapi kenapa?"
"kalau macam tu. Kamu pergi daripada sini. Batalkan semua perkahwinan ni. Kamu dah masuk perangkap mama dengan mel." ujar anuar.
Adam masih tidak faham apa yang anuar sampaikan.
"maksud papa?"
"mama tak sakit. Mama sihat walafiat. Doktor tu bersubahat dengan mama dan mel. Dan papa tak nak anak papa sakit dengan melayan karenah mel. Papa tahu, kamu cintakan haura."
"tapi pa.. Adam tak nak malukan nama keluarga kita."
"kamu betul-betul cintakan haura atau tidak?" soal anuar.
Adam mengangguk tanda dia cintakan haura.
"kalau macam tu bawa haura pergi daripada sini. Jangan risau pasal maruah keluarga. Kebahagiaan lagi penting untuk anak papa." ujar anuar.
Adam tersenyum.
"terima kasih, pa!" adam terus memeluk anuar dengan erat.
"jaga haura dengan baik. Papa doakan kamu bahagia dengan haura. Pergilah daripada sini.. Tenangkan diri kamu bersama haura. Biar papa yang tanggung semua ni." ujar anuar.
Adam mengangguk kepala. Mereka meleraikan pelukan. Adam menyalam tangan ayahnya.
"biar papa bawa haura keluar. Lepastu kamu pergi cepat sebelum orang lain perasan."
"baik pa!"
Anuar kembali melangkah masuk ke dalam dewan. Dia melihat haura yang berdiri di penjuru dinding.
"haura." panggil anuar.
"ye,pa. Kenapa?"
"mari sini ikut papa kejab." anuar menarik tangan haura keluar daripada kawasan itu.
"kenapa ni pa?" soal haura, kebingungan.
Anuar melepaskan tangan haura, namun tangan lain pula yang menarik haura dengan kasar.
"eh? Siapa ni? Apa tarik-tarik ni? Nak pergi mana?" soal haura.
"ikut je lah!"
"eh? Adam.. Bila masa awak keluar dewan? Awak nak pergi mana? Majlis belum mula lagi"
"aku nak pergi tandas." bohong adam.
"tandas? Dekat dalam pun ada tandas."
"aku nak tandas dekat lain. Sini busuk! Masuk!"
Adam membuka pintu penumpang untuk haura. Tanpa berfikir panjang, haura pun masuk ke dalam kereta. Setelah itu barulah adam.
YOU ARE READING
Mencintaimu Mr. Arrogant (Dalam Proses Mengedit Semula)
Romance1 in love 26/7/2019 "Mama nak kamu kawin dengan Mel! itu calon pilihan mama."-Faridah "Mikail takkan kawin dengan perempuan gedik ni. dia bukan pilihan mikail."-Adam Mikail ____________ "kenapa encik sanggup buat macam ni dekat saya...