56

22.4K 1.2K 11
                                    

Haura menangis bersendirian, adam melangkah ke arahnya. Dia melabuh punggung disebelah haura.

"kau terasa dengan kata-kata mel ke? Alaa.. Aku tak kesah pun kau tahu atau tak makanan fevret aku. Bukannya penting pun. Tak payah nangis lah." pujuk adam.

"betul kata mel tadi. Baik awak kawin dengan zulaikha daripada orang buta macam saya." degus haura.

Adam mengeluh kecil, dia menarik haura dalam dakapannya.

"kau nak tahu apa beza kau dengan zulaikha?" tanya adam.

Haura mengangguk ingin tahu. Adam tersenyum.

"bezanya.. Zulaikha dia sempurna tapi malang sekali hati dia buta. tapi kau buta di mata, tapi kau tak buta pada hati." ujar adam.

"berjiwang pulak awak ni."

"apa pulak jiwang? Aku cakap benda betul. Aku ni nampak aje macam garang tapi sebenarnya aku ni baik aje." ujar adam.

Haura menolak adam untuk melepaskan pelukan. Adam kalau puji diri sendiri memang nombor satu.

"awak pergi lah turun bawah. Diaorang dah masak untuk awak kan? Kesian pulak nanti."

"makan? Aku tak nak makan daging bakar tu."bantah adam.

Haura mengerut kening.

"habis awak nak makan apa?"

"aku nak makan kau. Boleh tak?" adam mendekatkan dirinya dengan haura.

Pantas haura menolaknya.

"jangan nak mengada ek! Gatal! Gedik! Mengada!" ejek haura.

Adam ketawa kecil. Comel melihat haura memarahinya walau dalam keadaan hati terluka.

"aku suka lah tengok kau marah. Rasa geram je." ujar adam.

Haura sudah menjauhkan jaraknya.

Lain macam ayat mamat ni malam ni. Sewel ke apa? Meremang pulak aku.bisik hati haura.

"baiklah si buta, aku nak mandi kejab. Kau tunggu sini. Jangan keluar." arah adam, dia mengusap kepala haura sebelum melangkah ke arah bilik air.



Jam sudah menandakan pukul 2 pagi. Namun zulaikha masih belum melelapkan mata. Dia teringat tentang kejadian tadi.

"adam tak pernah garang macam tu sebelum ni. Masa dia couple dengan aku pun takda lah protect aku macam tu sangat. Takkan dia dah sayang haura?" soal zulaikha pada dirinya.

Dia bersandar pada kepala katil. Teringat pula pada kenangan lama.

3 tahun yang lalu..

"awak.. Macam mana kalau awak tinggalkan saya?" soal zulaikha kepada adam yang sedang memberi ikan makan.

"saya takkan tinggalkan awak. Saya kalau dah sayang. Sampai bila-bika saya sayang." ujar adam.

"iye ke? Mana tahu satu hari nanti awak jatuh cinta dengan orang lain. Saya awak nak campak mana?"

"ish,jangan cakap macam tu. Saya cuma sayang awak seorang saja. Tiada siapa boleh gantikan keayuan awak zulaikha." ujar adam.

Tersengih zulaikha mendengarnya.

Selepas mengingatinya, sedih pula rasa apabila dia pula yang meninggalkan adam.

"kalau aku tahu kau akan jadi macam ni, aku takkan tinggalkan kau adam." luah zulaikha.



"awak! Awak dah tidur ke?" tegur haura yang masih belum terlelap. tiada sahutan daripada adam. Mungkin dah tertidur.

Mencintaimu Mr. Arrogant (Dalam Proses Mengedit Semula)Where stories live. Discover now