38

22.4K 1.1K 11
                                    

Zulaikha duduk di atas sofa dengan mengunyah keropok. Tiba2 talefon canggih di atas meja berhadapan dengannya berbunyi. Zulaikha pun mengambilnya lalu mengangkat panggilan itu.

"hello?"

"assalamualaikum." salam diberi terlebih dahulu oleh amar. Zulaikha menjeling.

"waalaikumsalam. Awak nak apa call saya? Kita dah takda apa-apa kan?"

"memang dah takda apa-apa. Tapi awak ada tanggungjawab dengan laila. Awak buat apa dekat kl? Huh? Awak tak kesian ke dekat laila yang rindukan mak dia?"

"yang awak sibuk kenapa? Laila tu anak saya bukannya anak awak! Suka hati saya lah nak buat apa?!"bantah zulaikha.

"hei, awak jangan ingat saya tak tahu ek. Awak nak stay dekat sana.. Sebab ada adam kan? Ex boyfriend awak tu? Hei, sedar diri sikit.. Yang adam takkan terima awak semula sebab dia dah ada isteri."

"who say? Dia kawin dengan haura bukan sebab cintalah. Dia kawin sebab terpaksa je. One day, adam akan kembali pada saya dan awak tak perlu sibuk!"

"awak jangan haraplah adam nak awak balik. Awak yang buang dia macam sampah then nak kutip balik? Awak ingat adam tu apa? Patung?"

"saya lebih kenal adam macam mana. Dia takkan cintakan isteri dia.. Sebab dia masih sayangkan saya. Full stop!"

Zulaikha terus memutuskan panggilannya. Dia mencampakkan talefonnya ke tepi. Panas betul hatinya dengan kata-kata amar tadi.

Adam mencucuk jarinya pada lengan haura. Daripada tadi haura mendiamkan diri, tidak mahu bercakap dengannya. Haura menepis tangan adam, namun adam tetap membuat perkara yang sama.

"bosanlah kalau kau diam macam ni. Cakaplah something." pujuk adam.

Haura masih lagi berdiam.

"Kalau kau tak cakap. Aku kiss kau." ugut adam.

Namun haura tidak mempedulikannya. Adam mengangguk kepala, betul-betul dicabarnya. Adam terus menarik haura rapat dengannya, sikit lagi adam mahu menciumnya namun haura sempat menolak.

"tak payahlah! Awak ni kenapa? Tumbuk karang!" bentak haura. Acah-acah ingin menumbuk adam.

"haaa.. Cakap pun. Yela,aku minta maaf. Aku ni kalau tak kacau kau sehari aku boleh jadi gila."

"habis sebelum awak jumpa saya,awak kacau siapa?!"

"aku kacau siti. Kau mana tahu? Dah lah.. Tak payahlah nak merajuk dengan suami kau yang handsome ni. Aku janji aku tak buat macam tu lagi." ujar adam serta mengangkat tangan kananya tanda berjanji.

Bukannya haura nampak pun.

"hmm.."ringkas balas haura.

"senyumlah sikit!" adam mencubit kedia belah pipi haura.

"sakitlah, ish!" haura menampar tangan adam.


Mel berlari anak ke arah faridah yang duduk di ruang tamu. Dia seolah olah gembira hari ini. Entah kenapa?

"hai anti!"

"eh? Hai.. Bila sampai?"

"baru je!" balasnya. Mel terus melabuh punggung disebelah faridah. Dia mengeluarkan sesuatu daripada begnya.

"Nah anti!" mel menyerahkan sebotol cecair kepada faridah. Dia mengerut kening.

"apa benda ni?"soal faridah.

Mel memandang seluruh tempat itu. Memastikan tiada orang. Dia marapatkan sedikit jaraknya.

"Semalam mel pergi jumpa bomoh. Mel hantar santau dekat haura. Tapi.. Kalau tak menjadi, guna ni. Benda ni akan buat adam bencikan haura 100%." ujar mel.

"biar betul?"

"iye, anti. Tak percaya try dulu. Bagi adam minum benda ni."

"okay, kita try. Tapi adam sekarang ada dekat hospital. Macam mana nak bagi dia minum?"

"alaa.. Bancuh je lah dekat rumah. Lepastu bagilah dia minum dekat sana."

"betul jugak. Siti!!!!"

"ye, datin!" siti berlari menuju ke arah mereka.

"tolong buatkan air untuk adam. Letakkan benda ni sekali. Tuanglah dalam botol ke apa ke?"

"apa benda ni datin?" soal siti.

"kau ni banyak tanyalah. Bancuh je lah!" bentak mel.

"ba.. Baik puan mel."

Mencintaimu Mr. Arrogant (Dalam Proses Mengedit Semula)Where stories live. Discover now