6

28K 1.5K 37
                                    

HARI berganti pagi, kedua belah tangan adam diseluk ke dalam kocek seluar. Dia berdiri di hadapan sebuah tingkap berkaca menatap pemandangan daripada bilik pejabatnya. Suasana pagi tidaklah sesak mana lalu lintas. Hanya kelihatan beberapa buah kenderaan sahaja. Selalunya, lewat tengahari barulah jalan raya akan sesak dengan teruk. Lama Adam mengelamun, bunyi ketukan pintu benar menyentakkan dirinya. Kedua belah bahunya terhinjut ke atas. Dia lantas memusing tubuh ke belakang, memandang pintu pejabat yang masih tertutup. Menantikan arahan sebelum dibuka.

"Masuk!" arah adam, tegas. Lantas, Pintu di tolak oleh seorang wanita, pembantu peribadi Adam. Dia berjalan menuju ke arah adam, bersama fail yang dipeluk kemas di dada.

"Encik adam.. ada orang tu dia nak jumpa encik adam. Tapi buat apa-apa temu janji pun. Encik adam nak saya suruh dia balik atau macam mana?"

"siapa dia?"

"Err.. Haura dengan kawannya suraya tidak silap." ujarnya. Adam menjuih bibir dengan riak muka berlagak. Cepat betul minah ni serang aku.

"Tak apalah. Bagi sahaja dia masuk." ujar adam serta memberikannya arahan. Wanita itu pula hanya membalas dengan anggukan lalu melangkah keluar kembali menjemput Haura dan suraya yang berdiri di kaunter perkhidmatan. Suraya melemparkan senyuman kecil tanda terima kasih, sebelum tangan Haura dipimpinnya masuk ke dalam bilik. Kelihatan wajah mereka berdua sama sahaja tidak puas hati. Mana tidaknya jika maruah wanita dipijak oleh lelaki kaya berlagak ni!

"Hei, jantan! Kau ni.."

"You... Shut up. Aku rasa aku tak ada masalah dengan kau." Pintas adam, laju. Suraya mengetap bibir. Ringan sahaja tangannya, rasa macam nak hayunkan sahaja tangannya ke muka lelaki kerek itu.

"Memang kau tak ada masalah dengan aku, tapi Haura ni kawan aku! Kenapa kau sanggup buat macam ni huh? Kitaorang tahu engkau ada pangkat tapi rasanya kau tak ada hak langsung nak ambil kesempatan dekat Haura!" bentak suraya. Puas hatinya dapat melepaskan segala amarah. Turun naik nafasnya saat ini. Orang lain yang kena, aku pula yang panas!

"Hei, rasanya kau boleh diam kot? Buat memekak sahaja dalam bilik kerja aku Tinggalkan aku dengan haura je dekat sini. Kau tak perlu nak masuk campur.'

"Tinggalkan? Memang taklah! Kau ingat aku tak tahu niat kau, huh?"

"Aku kata keluar, jadi keluar aje lah keluar!!" jerkah adam membuatkan suraya tersentak. Terkebil-kebil mata Suraya menatap muka dingin lelaki itu. Haura mengeluh kecil. Dia menyentuh tangan Suraya, mengalihkan perhatian wanita itu memandangnya.

"Tak apa kak... Akak keluar sahaja dulu. Tunggu Haura kat luar." ujarnya. Suraya tidak membalas apa-apa. Kecil besar kecil besar sahaja dia memandang lelaki itu. Tanpa berlengah, dia terus melangkah keluar daripada bilik itu dan menutup pintu. Memberikan mereka sedikit ruang untuk berbincang dengan lebih privasi.

"kenapa buat saya macam ni?" soal Haura setelah lama dia berdiam diri. Adam mendecik kecil. Sebelah keningnya dijongketkan ke atas.

"aku buat apa?"

"Jangan tanya soalan bodoh macam tu lah encik Adam. Malulah kerja ceo tapi tanya soalan macam tu." sinis haura.

"Apa? Kau datang sini sebab kes aku peluk dengan cium kau semalam?"

"Habis? Takkan pasal lain, kan? Apa motif encik Adam buat saya macam tu lepastu viralkan? Encik adam tak malu ke?! Encik adam dah kotorkan maruah saya serta maruah diri encik adam sendiri. Takkan tak boleh fikir semua tu?!"bentak haura. Malah, Adam ketawa kecil. Tidak sangka haura ini panas baran juga orangnya. Mana tak baran kalau kena dianaya bergitu sekali.

"aku lebih sanggup kotorkan maruah aku daripada aku kawin dengan perempuan sial tu."

"Encik adam punya hal..saya pula yang kena masuk campur kenapa? Saya buta tau! Takkan encik adam tak kesian dekat orang macam saya?"

Mencintaimu Mr. Arrogant (Dalam Proses Mengedit Semula)Where stories live. Discover now