Adam dan datuk anuar kini di cafe. Mereka baru sahaja selesai bekerja. Minuman air coffe latte panas memang menyegarkan adam.
"rancak semalam kamu berbual dengan zulaikha." anuar bersuara.
Tersedak adam mendengarnya. Dia meletal cawan itu semula ke atas meja.
"huh?"
"jangan buat hal adam. Haura tu isteri kamu. Zulaikha tu bekas isteri orang. Jangan malukan keluarga kita."ujar anuar.
Adam mengerut kening.
"ap.. Apa maksud papa ni? Macam tuduh adam suka dekat zulaikha balik je?"
"memang itu yang papa maksudkan. Ingat ye.. Sekali kamu hancurkan hati wanita yang sayang kamu. Ibarat kamu dah renyukkan kertas yang dulunya elok. Dan sukar untuk luruskan semula." ujar anuar.
Adam mendiam.
"kamu yang timbulkan masalah. Dan kamu jugak yang paksa haura untuk kawin, bukan? Jadi jangan buat haura macam anak patung. Kalau papa tahu kamu buat semua tu..memang papa takkan maafkan anak papa sendiri." degusnya.
Adam menelan air liur. Lain macam anuar berkata. Tidak pernah dia berbicara begini.
"papa dah soal selidik si zulaikha tu, farid kata suami dia yang ceraikan sebab curang, pemalas dan tak jaga anak. Kamu nak ke beristeri kan orang macam tu?"
"tak nak.."
"kalau macam tu jangan layan zulaikha. Lebihkan layanan kamu pada haura.papa takut kamu kembali jatuh cinta pada zulaikha."
Haura mengelap tangannya dengan kain. Darah semakin membeku. Rasa pedih yang amat.
"Assalamualaikum.." salam diberi oleh adam. Pintu di tolak perlahan,lalu dia melangkah masuk ke dalamnya.
"waalaikumsalam." balas haura lambat.
Adam menunduk memandang tangan haura yang kelihatan luka. Dia terus berjalan menghampiri haura, ruang kosong di sebelah haura menjadi tempat untuk adam melabuh punggung.
"kenapa dengan tangan?" soal adam.
"takda apa. Saya jatuh tadi."
"jatuh? Jatuh dekat mana? Meh, sini aku tolong bersihkan."
Baru saja adam menarik tangan haura,dia sudah menepis.
"saya boleh buat kerja sendiri."
"kau marahkan aku pasal semalam ke?" soal adam.
Haura menggeleng kepala.
"habis tu? Kenapa mood kau macam tak happy aje?"
"siapa nak happy kalau tahu diri dia plastik?" sindir haura.
Adam terdiam.
"maknanya betullah kau marahkan aku pasal semalam? Kau nak aku buat apa? Nak aku peluk? Cium? Boleh je sekarang kalau nak."
Adam terus menarik haura rapatkan diri dengannya, sikit lagi adam mahu menciumnya namun haura sudah menolak adam ke tepi. Haura terus bangun daripada situ.
"apa masalah awak huh?! Awak ingat saya suka ke awak buat macam tu? Jangan jadi perangai macam budak2 lah!" bentak haura.
Adam juga turut bangun, dia mencekak pinggang menghadap haura.
"yang kau ni tiba2 naik angin kenapa?!"
"perlu ke awak ambil tahu pasal saya? Saya rasa awak lebih patut ambil tahu tentang zulaikha. Bukan saya." degus haura.
Adam mula memahami apa yang di katakan haura. Terdengar tawa daripada adam.
"kau nak aku cintakan kau macam suami isteri yang lain, kan?" adam meneka.
Haura mendiam.
"hei, semalam kau jugak yang kata tak nak cinta palsu lah, apalah! Lepastu nak marah-marah aku macam ni? "
"sebab saya bukan perempuan murahan yang awak boleh buat apa saja yang awak nak! Siapa nak kan cinta palsu? Kalau zulaikha kata macam tu pada awak.. Apa perasaan awak? Tahu tak sakit dia macam mana? Saya dah lah buta, Lepastu awak tipu saya! Awak ambil kesempatan dekat saya semata mata sebab nak elakkan diri daripada kawin dengan mel. Saya memang buta.. Tapi saya tak buta pada hati. Saya ada perasaan sayang, saya ada perasaan ingin dicintakan. Tapi awak buat saya macam ni? Walaupun baru sehari.. Tapi sakit dia tu lama awak tau?!"
Bentak haura. Air mata yang menitis di sapunya. Adam tidak tahu ingin membalas apa.
"aku tau semuanya salah aku. Tapi cuma sekejab je haura."
"bagi awak sekejab. Bagi saya lama. Kalau awak jujur daripada mula.. Awak akan dapat kawin dengan zulaikha dan saya takkan rasa semua ni. Saya rasa saya macam tunggul yang menantikan cinta yang kononnya suami saya."
"eh, kau boleh tak jangan rumitkan lagi keadaan. Aku dah kata daripada mula kita kenal, aku nak kau kawin dengan aku sebab ganti rugi kasut! Kau yang lupa lepastu nak salahkan aku?!"
"yelah.. Semualah salah saya. Yang awak viralkan tu pun salah saya juga kan? Awak memang pentingkan diri sendiri."
Haura terus melangkah masuk ke dalam Bilik air. Pintu dihempas kuat, membuatkan adam sedikit tersentak. Adam melabuh kembali duduk di sofa sambil memicit dahinya.
YOU ARE READING
Mencintaimu Mr. Arrogant (Dalam Proses Mengedit Semula)
Romance1 in love 26/7/2019 "Mama nak kamu kawin dengan Mel! itu calon pilihan mama."-Faridah "Mikail takkan kawin dengan perempuan gedik ni. dia bukan pilihan mikail."-Adam Mikail ____________ "kenapa encik sanggup buat macam ni dekat saya...