84

19.7K 1K 26
                                    

Parang kembali di turunkan. Ah long memandang adam,haura pula tidak tahu apa yang sudah jadi. Dia hanya memeluk lengan adam.

"korang siapa?" soal adam.

"wa ah long. Lu siapa? Mahu mati sama ka?"

"apasal korang buat macam ni? Apa keluarga dia dah hutang dengan korang?"

"amar sudah hutang dengan wa 20 ribu. Kalau dia tak dapat, budak ni akan jadi milik wa. Tapi.. Wa nak tukar pilihan. Wa mahu pancung kepala budak ni dan jual organ!"

"tak perlu rasanya buat macam tu. 20 ribu kan? Tunggu!"

Haura melepaskan tangan adam. Adam melangkah keluar daripada rumah itu.

"mak?" haura mencari fatimah yang berada si lantai. Dia terus memeluk ibunya yang sedang menangis.

"cantik lu punya anak." ah long menyentuh wajah haura,namun di tepis kasar oleh fatimah.

"hei! Kau jangan sentuh bini aku! Pecah muka kau karang! Ambik ni!" bentak adam.

Dia menghulurkan wang sebanyak 20 ribu yang sudah di ikat kemas dengan getah. Ah long mengambilnya dan mengira terlebih dahulu.

"Lepaskan budak tu. Jangan ganggu keluarga ni lagi."

"okay. Setel! Lepaskan budak tu!" arah ah long.

Laila dilepaskan, terus dia berlari memeluk paha adam. Farid juga di lepaskan oleh mereka.

"lain kali cakap sama amar, kalau mahu pinjam bayar tepat pada masanya!"

"aku tahulah! keluar!" halau adam.

Mereka pun melangkah keluar daripada rumah itu. Setelah kelibat mereka hilang, adam memeluk laila yang menangis.

"terima kasih,adam. Nanti ayah gantikan duit adam tu ye." ujar farid.

"eh, tak perlu. Adam bagi sebab adam tak nak siapa-siapa jadi mangsa. Mak, okay tak tu? Teruk jugak luka tu. Jom pergi hospital."

"tak payah. Ada ubat, nanti mak rawat sendiri. Ya Allah.. Apa yang amar buat sampai laila jadi mangsa? Perlu ke sampai pinjam along. Dia tak pernah bagitau mak yang dia dah tak kerja."

"patutlah lari sampai ke taiping. Lari daripada along rupanya.. " bisik adam.

"apa dia?" tanya farid yang kurang mendengar apa yang adam katakan tadi.

"takda apa."

"pak cik adam. laila takut.. Boleh tak kalau laila nak ikut pak cik adam. Nanti orang tu nak bunuh laila lagi." rungut laila.

Adam melepaskan pelukan, dia menyentuh wajah laila.

"laila nak ikut pak cik balik? Mana boleh. Nanti mama laila tak bagi. Pak cik jugak yang dapat dosa."

"tapi mama tak sayang laila."

"adam.. Kalau kamu nak bawa laila balik ke kl. Bawa aje lah. Itupun kalau kamu nak. Mak dengan ayah bukan tak nak jaga, kami pun kerja. Sibuk. Kadang-kadang terpaksa tinggal laila seorang dekat rumah." ujar farid.

"tapi zulaikha macam mana? Dia masih tak balik ke sini lagi?" soal haura.

"zulaikha dah tak balik kampung sejak bulan lepas lagi. Mak tak tahu apa yang dia buat. Bila mak suruh dia balik, dia tak nak." ujar fatimah.

Adam memandang haura.

"kalau macam tu. Kita bawa laila balik ye, sayang?" cadang adam.

Haura mengangguk setuju. Amboi, depan fatimah dan farid bukan main bersayang bagai.

"yeay!! Terima kasih pak cik! Kak haura! " laila bersorak keseronokan.

Dia berlari nemeluk haura pula.

"nanti kak haura boleh teman laila main barbie."

"boleh sayang. nanti kita main dekat sana ek." balas haura.



Adam melangkah masuk ke dalam bilik lama haura. Mereka masih lagi berada di kampung. Dia melihat haura yang mencari sesuatu di dalam almari.

"kau cari apa?" soal adam.

"saya cari kotak kecemasan. Nak rawat luka mak."

"haih? Kotak kecemasan kau letak dalam almari?"

"ish, tolonglah saya carikan."

"iyelah, tepi. Biar aku yang ambil."

Adam mengambil kotak kecemasan yang berada di dalam almari. Dia menarik kotak itu,sehingga ada beberapa helaian surat khabar terjatuh ke lantai.

"nah!"

"terima kasih!" ucap haura. Dia mengambil kotak itu dan berlalu pergi.

"bersepah betul almari dia. Sumbat surat khabar banyak-banyak buat apa?"

Adam menunduk mengambil kertas itu. Wajahnya bertukar series apabila terbaca surat itu.

"surar khabar lama apa ni?" soal adam.

Dia melabuh punggung di atas katil.

PESAKIT: NURUL HAURA BINTI FARID
MENGALAMI KECEDERAAN: terlibat dalam kes kemalangan menyebabkan lumpuh pada bahagian kaki kanan, dan mangsa di katakan selamat dan hanya mengalami luka kecil di bahagian pinggang.

Walau bagaimana pun, mangsa terpaksa menanggung risiko buta disebabkan permindahan mata tanpa keizinan daripadanya. Doktor Muhamad saleh berkata, 'dia melakukan semua ini atas ugutan daripada suspek kemalangan yang turut terlibat dalam kes itu. Katanya, suspek yang melakukan pertukaran mata secara haram itu disebabkan tidak sanggup memiliki mata yang cacat atau lebih dikatakan buta'. Namun, pihak polis masih lagi belum menjumpai suspek berikut.

Tergamam adam membacanya.

"haura sebenarnya tak buta? Aku dah agak! Daripada cerita dia dulu pun aku dah rasa something tak kena. Siapa dalang semua ni? Apasal dia ambil mata haura? Kalau aku jumpa orang tu nahas aku kerjakan!" degus adam.

"kamu buat apa dalam bilik seorang diri?" tegur farid.

Dia melabuh punggung disebelah adam.

"ayah. Haura memang sebelum ni tak buta ke? Maksud saya.. Dalam kemalangan tu?"

"iye. Kalau di ikutkan haura tak buta. Tapi tergamak orang tu buat pertukaran mata dengan haura secara senyap. Mereka jalankan pembedahan mata waktu haura tak sedarkan diri." ujar farid.

"haura tahu tak tentang semua ni?"

"Haura dah lama tahu. Cuma dia maafkan orang tu. Mungkin, dia tak boleh terima hakikat yang dia buta."

"tapi ayah, benda macam ni mana boleh biarkan. Takkan pihak polis bebaskan aje orang tu?"

"benda dah lama berlaku,adam. Pihak polis langsung tak jumpa siapa yang ambil mata haura. Doktor tu sendiri rahsiakan semua tu. Dia enggan bagitau." jawab farid.

"kalau adam dapat orang ni. Mampuslah dia adam kerjakan! Sampai hati betul buat haura macam tu."

"hahaha. Sayang betul kamu dekat haura, ye? Bersyukur ayah dapat menantu macam ni. Dulu,ayah ingat.. Takda siapa terima haura. Rupanya adam lah orang yang sanggup menerima haura walaupun dia buta." ujar farid dengan menepuk bahu adam.

Tersengih adam mendengar pujian itu.

"ayah harap kamu jaga haura seperti nyawa kamu. Dia dah banyak berkorban untuk keluarga. Dulu.. Sepatutnya amar yang kawin dengan dia. Tapi disebabkan amar tak boleh terima yang haura buta. Dia kawin pula dengan zulaikha." ujarnya.

Adam mengangguk faham. Patutlah dulu zulaikha sanggup menolak adam secara tiba-tiba.

"adam bersyukur sebab dapat haura. Dia memang isteri yang baik. Adam janji. Adam takkan sia-siakan haura." ujar adam.

Tersenyum farid mendengarnya. Adam menyalam tangan farid, sebelum melangkah keluar daripada bilik.

Mencintaimu Mr. Arrogant (Dalam Proses Mengedit Semula)Where stories live. Discover now