Zulaikha masih lagi tercegat di hadapan pintu hotel. Mereka sudah mahu pulang ke kampung hari ini. Fatimah memandang Zulaikha.
"zulaikha? Kamu tak nak balik ke?" tegur fatimah.
"mak, kalau kita stay dekat sini boleh tak? Bestlah duduk dekat kl."
"kamu jangan nak mengada zulaikha! Mak bukannya ada banyak cuit nak chek in hotel. Kalau kamu nak tinggal sini, kamu tinggak sorang!" balas fatimah.
"betul ke mak? Zulaikha ada kawan dekat sini. Kalau zulaikha tidur rumah dia takpa kan?"
"anak kamu macam mana? Takkan nak suruh mak yang jaga?"
"alaa.. Sekejab je. Bolehlah mak.." rayu zulaikha.
Fatimah menggeleng kepala, entah apa nak jadi dengan anaknya yang sulong ini.
"kenapa ni? Cepatlah.. Nanti teksi tinggal macam mana?" farid mencelah.
"ni anak bertuah nak tinggal sini dengan kawan dia."
"tinggal sini? Hmm.. Ikut suka kamulah zulaikha. Kamu tu dah besar. Tapi jangan lupa anak kamu ada dekat rumah. Ayah izinkan kamu duduk dekat sini seminggu aje."ujar farid.
Zulaikha tersenyum.
"terima kasih, ayah!"
"hm.. Jom lah kita balik. Biarlah dia."
Farid dan fatimah pun melangkah pergi daripada situ. Meninggalkan zulaikha seorang diri. Setelah kelibat mereka menghilang, terus zulaikha mengeluarkan talefonnya dan mendail nombor talefon seseorang.
Haura menyentuh perutnya yang terasa lapar. Dia tidak tahu dapur di mana. Adam masih ada ke di dalam bilik? Try panggil je lah.
"ad.. Adam.. Awak ada dalam ni ke?"tegur haura.
"hmm.." balas adam yang sedang duduk di atas katil, membaca novel horror.
"saya laparlah.. Bawa saya pergi dapur boleh?" pinta haura.
Adam menjeling. Kedengaran seperti dia menutup buku dengan kuat. Membuatkan hauda tersentap.
"tadi marah aku. Lepastu minta tolong? Heh, jangan harap."
"ish, awak ni! Main ungkit pulak. Okaylah saya minta maaf. Saya bukan ada niat pun nak marah awak tadi."ujar haura.
"ye lah tu, tadi cakap boleh buat kerja sendiri. Pergilah dapur sendiri. Nak bantuan aku kenapa?"
"sombonglah awak ni!" degus haura, terus dia bangun menuju ke pintu keluar. Cepat-cepat adam bangun berlari ke arah haura. Karang terlanggar dinding dia juga yang susah.
"ish, kau ni.. Aku gurau sikit pun nak merajuk."
"tak payahlah tolong.. Tadi kata tak nak kan?!"
"ni lah aku malas dengan perempuan! Tadi suruh tolong, lepas dah tolong membebel pulak. Cik haura.. Sedar diri sikit kau tu buta. Kalau terlanggar barang dalam rumah ni aku yang kena ganti. Bukan kau!"
Marah adam. Haura mendiam. Tangan haura terus di tarik, di bawa ke dapur. Setelah sampai, adam menarik kerusi yang tidak jauh daripada situ.
"duduklah. Kau nak makan apa?"
"saya nak masak. Dekat dapur ada apa?"
"huh?"
Adam memandang haura dengan pelik. Kata buta? Buta pun pandai masak ke? Adam menggaru kepala.
"kau tahu masak?"
"eh takdalah. Tak tahu.. Sebab tu saya tanya bahan yang ada dekat dapur." sindir haura.
Adam mengecilkan matanya, tangan kanan sudah menggenggam pisau kecil. Mahu saya di tikam wanita di hadapannya. Nasib baik isterilah..
"kau ni harap je buta. Mulut boleh tahan jugak ek."
"kan saya kata,dulu saya tak buta. So? Perangai saya sama saja macam orang biasa. Saya buta, sebab kemalangan." ujar haura.
Haura pun melabuh punggung setelah terasa dirinya lama berdiri. Adam juga turut menarik kerusi berdekatan dengan haura, dia duduk menghadap haura.
"kau kemalangan sejak umur berapa? Masa aku kenal kakak kau, aku tak pernah pun nampak kau. Dan zulaikha pun tak pernah cerita pasal kau?"
"aik? Tiba2 aje nak tahu. Bukan awak kata awak tak nak tahu ke pasal kemalangan saya?" ujar haura.
Adam mengeluh kecil.
"itu sebelum kenal. Sekarang kau kan isteri aku. So? Aku kena lah tahu pasal kau."
"hmm.. Yela. Awak tak pernah nampak saya sebab saya tak duduk dengan kakak saya. Kami bermusuhan sejak kecil. Awak nampak aje saya layan baik, tapi sebenarnya.. Saya tak suka dia. Dia suka rampas semua hak milik saya."
"series lah? Ke kau nak perangkap aku supaya tak suka dia balik?"
"ish, awak ni! Dengarlah dulu. Saya ni dah kenal dia sejak kecil lagi. Apa yang saya ada semua dia nak, dia suka membazir, dia tak pernah ambil tahu pasal orang. Dan dia hanya pentingkan diri sendiri. Macam awaklah! Memang sesuai kalau digabungkan." sindir haura.
Adam terus memicit hidung haura, geram pula dia mendengan sindirian daripada haura.
"sakitlah!"
Haura menampar tangan adam yang memicit hidung nya. Terus adam melepaskannya. Tahu pun sakit. Haura menggosok hidungnya yang kemerahan.
Kurang ajar punya suami! Bisik haura.
"kau jangan cakap aku macam tu ek. Aku lain okay? Kau tak kenal aku lagi so jangan nak pandai2 tuduh aku."
"hmm.. Saya bukannya apa. Saya cerita pasal kakak saya pun sebab nak pastikan awak fikir masak2. Dia dah ada anak, tapi langsung tak jaga. Suami dia yang kaya tu pun dia biar macam tu aje. Awak jangan ingat, cinta itu hanya ada kenangan manis. Ia juga ada kenangan paling pahit. Cuma awak saja belum rasa lagi."
Ujar haura.
"ewah ewah.. Pandai pulak kau cakap ek? Sudahlah! Tadi kata nak makan? Heh!"
Adam melompat turun daripada kerusi. Dia menarik pintu peti ais, dan mengambil bahan2 masakan lalu di letakkan di atas meja.
YOU ARE READING
Mencintaimu Mr. Arrogant (Dalam Proses Mengedit Semula)
Romansa1 in love 26/7/2019 "Mama nak kamu kawin dengan Mel! itu calon pilihan mama."-Faridah "Mikail takkan kawin dengan perempuan gedik ni. dia bukan pilihan mikail."-Adam Mikail ____________ "kenapa encik sanggup buat macam ni dekat saya...