80

23K 1K 27
                                    

Hari berganti malam, adam termenung melihat permandangan bandar taiping. Macam-macam perkara yang bermain di fikirannya.

"apasal semua nak pisahkan aku dengan haura ek? Apa salah dia? Dan apa salah aku? Orang macam aku memang tak layak ke cinta orang buta macam haura? Aku pun ada hati. Mama nak aku jauh daripada haura,mel pulak nak aku. Zulaikha pulak tak sedar diri yang dia tu kakak haura. Bekas suami dia pun satu hal,kau dah lepas zulaikha nak bini aku pulak. Semua benda kau nak." bebel adam seorang diri.

Haura meraba katil, dia tidak merasakan tubuh adam diatas katil. Adam menoleh ke belakang memandang haura yang seolah- olah mencarinya.

"kau nak apa?" soal adam.

"saja." ringkas balas haura. Dia melangkah ke arah adam.

"awak.. Saya rasa macam awak ada masalah je. Awak tak nak share dengan saya ke?" tegur haura.

"kau ni macam mak cik bawanglah. Menyibuk 24 jam." sinis adam.

"saya bukan sibuk. Awak kan suami saya, jadi saya kenalah tahu apa masalah suami saya. Apa guna awak ada saya dekat sebelah? Ceritalah..manalah tau saya boleh bantu." ujar haura.

"takda apa yang kau perlu tahu. Semua tu tak penting. Aku bad mood je. " degus adam.

"hmm.. Ikut suka awaklah. Tapi orang kata, kalau ada masalah lebih baik kongsi cerita. Nanti kalau awak gila, saya jugak yang susah. Saya cuma nak bahagiakan awak je. Kalau awak ada nak minta apa-apa. Cakap aje,jangan malu dengan saya. Saya boleh tunaikan, insyaallah." ujar haura.

Adam tersenyum memandang haura.

"kau series ke nak tunaikan apa yang aku nak? Dah lama aku pendam."

"iye. Cakap aje. Awak nak apa?"

"kau tak menyesal?" soal adam.

"nak menyesal buat apa? Awak nak minta apa sebenarnya?" tanya haura,pelik.

"aku nak kau!" adam terus mengangkat haura menuju ke katil.

"eh? Apa awak ni?! Lain yang saya kata lain yang awak mintak! Lepaslah!"

"kau tak kata apa pun tadi. Dah terlambat."

Adam terus mencampakkan haura ke atas katil. Dia tersenyum jahat.

Matilah aku malam ni! Menyesal!!jerit haura di dalam hati.


Anuar menyentuh tangan isterinya faridah. Namun dia menepis. Faridah mengalihkan wajah memandang ke arah lain.

"awak masih marahkan saya sebab saya tampar awak ke?"soal anuar.

Faridah tidak menjawab. Anuar mengeluh kecil.

"saya minta maaf. Saya takda niat nak tampar awak.tapi awak kena terima hakikat yang adam tak nak mel."

"awak cuma lebihkan anak kita daripada saya. Saya ni isteri awak. Bukannya haura!"

"jadi awak memang nak mel jadi menantu awak? Dia dah tolak awak! Dah pukul awak! Still nak bermenantukan orang macam mel?"

"saya tahu.. Dia buat semua tu sebab dia sakit hati. Biarkan adam larikan diri."

"awak masih nak bela orang macam tu, kan? Sedangkan haura yang tak pernah pukul awak pun awak dah berdendam macam-macam. Baiklah, lepasni.. Awak nak kawinkan anak kita dengan mel. Awak buatlah. Saya dah tak nak masuk campur. Tapi ingat satu benda.. jangan menyesal kalau awak kehilangan menantu kita, haura."

"heh,buat apa saya nak menyesal? Saya lagi suka kalau dia takda dengan adam. Hidup saya aman. Daripada dulu lagi saya benci dia sampailah sekarang." ujar faridah.

"ikut awak lah. Saya dah tak tahu nak nasihat macam mana. Awak tengah sakit pun still lagi nak kutuk Haura."

Anuar menggeleng kepala. Faridah hanya menjeling.

"saya nak tanya sikit. Siapa yang nak ambil mata awak sampai menjerit?" soal anuar.

Dia mengubah topik soalan. Faridah tiba-tiba sahaja mendiamkan diri. Wajahnya pucat apabila anuar menanyakan soalan itu.

"takkan bencikan haura sampai nampak bayangan orang minta mata?"

"awak diamlah! Saya tak nak ingat lagi tentang tu!" degus faridah.

Matahari sudahpun terpacak diatas langit. Haura memeluk tubuhnya,dia duduk diatas rumput hijau berhadapan dengan tasik.

"Haura! Nak aiskrim?" tegur adam dengan menghulurkan aiskrim coklat kepada haura.

Wajah haura kelihatan tidak puas hati.

"haih? Marah benar muka kenapa?" soal adam.

Haura tidak menjawab. Dia menarik rumput dan membaling ke arah tasik, kononnya abaikan adam.

"okay. Aku dah faham. Kau marahkan aku sebab semalam ek?" adam meneka.

Haura masih lagi berdiam.

"kau jangan risaulah. Aku bukan macam amar. Dah ada anak lepastu tinggalkan isteri. Aku sumpah, kalau kau mengandung anak aku. Aku takkan tinggalkan kau atau lafaz cerai pada kau." ujar adam dengan mengangkat tangan kanannya.

"tak payah nak sumpah sangatlah. Termakan sumpah baru tau!" degus haura.

Adam melabuh punggung disebelah haura.

"aku cakap benda betul. Sebab tu aku berani sumpah. Kalau kau tak mengandung pun, aku still takkan tinggalkan kau." ujar adam.

Dia memeluk bahu haura, merapatkan diri dengannya.

"awak bukan penentu semua tu. Mana awak tahu yang awak takkan tinggalkan saya?"

"sebab.. Aku nak kau saja yang jadi isteri aku sampai aku mati." ujar adam.

Haura terdiam. Apa maksud adam yang sebenarnya?

"aku tak nak zulaikha,aku tak nak mel. Aku tak nak siapa-siapa kecuali kau seorang. walaupun mula-mula aku cadang nak berpisah dengan kau, tapi bila kita dah duduk berdua. Aku dapat rasa kebahagiaan tu." ujar adam.

Dia tersenyum memandang tasik.

"awak cintakan saya ke?" soal haura.

"aku ada beli aiskrim. Jom makan. Nanti cair tak sedap." balas adam.

Soalan haura hanya diabaikan sahaja. Haura hanya mengambil aiskrim yang adam hulurkan.

Mungkin maksud dia, dia dapat elak daripada mel kot? Haihh.. Tak payah nak kesah sangatlah. Mr. Ego macam dia mana nak orang macam kau. Omel haura.

Mencintaimu Mr. Arrogant (Dalam Proses Mengedit Semula)Where stories live. Discover now