Hari isnin aku pergi ke sekolah dengan langkah yang malas. Kalau boleh nak je aku sambung tidur tapi tulah tahun ni aku SPM. So kena rajin-rajinkan lah diri aku ni untuk ke sekolah. Huhu.
Ellyana suka pergi ke sekolah sambil berjalan kaki sebab dapat tenang kan fikir kerana rumahnya tidaklah begitu jauh. Dari kelasnya pun boleh nampak rumahnya.haha.tapi kalau dia malas nak jalan kaki ke sekolah die boleh mintak pak abu driver keluarga nye hantarkan
Semasa Ellyana berjalan ada satu tangan menutup matanya. Eh main tutup-tutup pula.
"Hello, siapa ni?" Soal Ellyana.
"Cuba teka siapa?" Katanya dengan suara cute. Eii fikir comel ke buat suara macam tu.
"Aku tahu lah kau siapa. Suara macam nenek kebayan ni mesti suara Ayani kan" Kata Ellyana dan menepis tangan Ayani dari matanya.
"Kau panggil aku nenek kebayan. Sampai hati mu, hek" Ayani memeluk tubuh tanda merajuk.
"Alololo Yani Yani. Janganlah merajuk ya. Nanti kau cepat tua macam mana. Tak ada siapalah nak dekat kawan aku ni"
"Siapa kata? Budak class kita tu kan ada crush kat aku, kau tak tahu ke? Kau je yang patut kesian yelah kau minat orang tu tapi dia tak pernah nak pandang kau"
"Eii kau ni memang teringin nak makan kaki aku pagi-pagi ni ke? Janganlah doa bukan-bukan. Doalah yang baik-baik"
"Iyalah Mayrina Ellyana. Tapikan aku pelik lah." Soal Ayani.
"Apa yang peliknya?" Ellyana mengangkat kening sebelahnya.
"Yelah kau kan rapat dengan dia. Rumah pun sebelah bersebelahan. Takkan si 'DIA' tu tak terjatuh cinta dengan kau. Nak kata kau ni tak ada paras rupa, memang ada. Nak kata kau tak pandai, kau memang pandai. Apa je kau tak cukup." Kata Ayani panjang lebar.
"Entah lah we, maybe dia belum perasan lagi tentang perasaan aku dekat dia"
"Memanglah dia tak tahu sebab kau tak tunjuk yang kau suka dia"
"Ish tak berani aku"
"Suka hati kau lah. Maka tak kenal maka tak cinta" kata Ayani dan meninggalkan Ellyana di belakang. Ellyana mencebik. Dia jalan dengan kepala yang menunduk.
Ya, sekarang mereka berdua tiba di pintu pagar sekolah. Ellyana masih jalan dengan menundukkan kepala. Tiba- tiba kepalanya terlanggar sesuatu yang keras dihadapannya sampaikan dia jatuh tergolek di atas jalan.
'Asal pulak ada tiang tengah jalan ni' desisnya.
"We Yani, yang kau berhenti tengah-tengah jalan apahal" marah Ellyana tapi tidak di sahut oleh Ayani. Ellyana memegang belakangnya dan memandang kehadapan.
Seseorang duduk bercangkung menghadapnya. Ellyana melihat dengan teliti akan dia. Rambut ala-ala kpop. Muka yang handsome tak terkata. Badan yang nampak agak tinggi seperti model dan mempunyai sepasang mata yang berwarna hazel.
Omgg!! Handsomenya. Wait! macam kenal. No, jangan cakap..
"Hei! Kau ok tak?" Tegurnya. Ellyana masih lagi terlopong. Efiq yang melihat Ellyana yang masih duduk disitu menjentik dahinya.
"Aduh! Sakitlah fiq" mengadu Ellyana dan memegang dahinya yang di jentik itu.
"Ha tahu pun. Kau tu macam aku ni hantu pula sampai kau terkejut tengok aku kenapa?"
"Hm yelah sorry okey, i'm sorry"
"Sorry je ke?" Katanya sinis.
"Habis kau nak apa? Nak penumbuk?" Ell menunjukkan penumbuknya yang kecil pada Efiq.
KAMU SEDANG MEMBACA
{The Secret Crush}✔
Romance[COMPLETE] Sinopsis {The Secret Crush} Tak akan ada siapa pun faham perasaan aku,untuk melepaskan orang yang kita sayang ia memang menyakitkan.Crush kenapa susah sangat untuk aku dapatkan kau?? Aku korbankan cinta aku untuk sahabat aku sendiri, tapi...