secret 21

764 64 5
                                    

"Macam mana dengan keputusan Ayani?."tanya Encik Hafiq kepada Ell

"Papa masih ambil berat tentang Ayani lagi"kata Ell di dalam hati.

Falshback....

7 years ago....

Waktu tengah malam dengan hujan lebat berserta guruh yang tidak berhenti-henti berbunyi. Disebabkan aku takut untuk tidur di bilik aku seorang diri aku beranikan diri pergi ke bilik mama dan papa aku.

Tengah aku memberanikan diri pergi ke bilik mereka tiba-tiba loceng rumah aku berbunyi.

Ting Tong

Ha sudah siapa pulaklah yang main loceng malam-malam ni.

"Tengah ribut dekat luar tu pun ada orang keluar ke?" Tanya aku pada diri sendiri.

Loceng rumah aku tidak berhenti-henti beebunyi.Aku pantas menggejut mama dan papa aku.

"Mama papa ada orang datang."kata aku.

"Ha,siapa pulak yang datang tengah-tengah malam ni?"tanya Encik Hazif pelik.

"Entah,Ell nak pergi bilik mama dengan papa sebab takut bunyi guruh lepastu tiba-tiba Ell dengar bunyi loceng dekat luar."jawab aku.

Ting Tong

Terkejut kami sekeluarga."abang pergilah tengok."arah Puan Maria.

"Jomlah mama,kita turun sekali."ajak aku.

"Yelah jom."Puan Maria bersetuju.

Kami beriga turun kebawah bersama-sama untuk pergi periksa. Semestinya orang yang dihadapan adalah Encik Hafiz.

Encik Hafiz mengintai di luar melalui tingkap kecil yang ada di sebelah pintu utama."Papa nampak someone lah dekat luar tu?."terang Encik Hafiz tapi masih samar-samar.

"Siapa dekat luar tu sayang?"tanya Puan Maria.

"Abang nampak seorang perempuan dengan dua orang anak."akhirnya benda yang  aku tertanya-tanya dari tadi terjawab.

"Bukalah pagar papa,kesian Ell tengok basah kuyup dekat luar tu."pinta aku.

Tanpa banyak soalan Encik Hafiz pun membuka pintu pagar dan wanita itu pun laju masuk membawa anak-anaknya masuk ke rumah aku sebaik sahaja pintu pagar aku terbuka.

"Encik,puan tolong benarkan kami tumpang duduk di rumah encik dan puan harini?"tanya perempuan itu dengan harapan Encik Hafiz dan Puan Maria membenarkan mereka tumpang di rumah kami untuk seketika.

Ell,Encik Hafiz dan Puan Maria masing-masing memandang muka antara satu sama lain seperti menghantar sesuatu menggunakan telepati.

"Kejap ye puan."kata Puan Maria dan menarik Encik Hafiz pergi ke dapur. Mungkin nak berbincang kot.

Ell pula hanya duduk di ruang tamu bersama mereka.

"Kesiannya diorang basah kuyup."kata aku di dalam hati.

Aku berlari naik ke bilik untuk ambil tuala extra yang ada di dalam bilik aku.

"Mak cik ambillah tuala ni mesti mak cik dengan diorang sejuk kan."kata aku sambil menghulurkan 3 tuala yang aku ambil di bilik tadi.

"Terima kasih nak."kata mak cik itu.

"Siapa nama kamu?"tengah mak cik itu menggelap anak-anak tiba-tiba dia bertanyakan nama aku.

"Nama saya Maryna Ellyana."jawab aku.

"Sedapnya nama macam puteri."kata mak cik dengan muka terkejut.

{The Secret Crush}✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang