Selepas Ell bersiap dia turun ke bawah dan berborak bersama kawan-kawan dia.
"Ell aku dengar Danny,jadi mentor kau."Agak Lanisa
"Haah. Dia lah orang yang selalu buat aku busy sampai tak boleh nak balik Malaysia." Adu Ell.
"Kau buli kawan kitaorang ni Danny." Tanya Kamilia. Habislah Danny kena kecam lepas ni.
Ell tersenyum kemenangan,dari dekat New Zealand dia tahan nak buli si Danny tu. Kalau bukan sebab dia mentor Ell, mungkin Danny dah lama kena belasah.
"A--aku cuma jalankan tugas aku je."Danny cuba membela diri nya.
Narrisa,Stella,Ayani,Kamilia dan Lanisa memandang Dannh dengan sangat tajam.
Amir,Afiq,Zafran,Haziq,Efiq dan Adam hanya membuat hal mereka,diorang malas nak masuk campur. Itulah lelaki.
"Haziq tengoklah isteri kau ni."Danny pun mula nak mengadu jugak.
"Hahaha korang,dah lah tu nanti nangis si Danny tu." Kata Ell sebaik sahaja puas hati dapat membalas dendam.(Ell tak kejam tau di saja jer menyusik Danny.)
"Ingat jangan buli kawan kitaorang lagi." Warning Kamilia.
"Aku tak buli dia lah,aku cuma jalankan tugas jer sebagai mentor dia."kata Danny dengan tegas.
"Yelah doctor Eric."kata Ell dengan nada perli.
"Doctor Eric?!" Kata semua orang serentak.
"Danny tukar nama?"Tanya yang lain serentak.
"Haah, mula-mula pun aku pelik siapa doctor Eric tu and then rupa-rupa nya dia."terang aku.
"Pembetulan buka tukar nama tapi aku ada dua nama. Muhammad Danny untuk Malaysia, Eric Matthew for New Zealand."terang Danny jelas.
"Kau pakai jelah nama Danny sibuk nak bertukar-tukar nama."Settla memberi pendapat.
"Suka hati akulah."Danny tidak mahu mendengar apa-apa lagi dan dia pergi ke dapur untuk mendapatkan air.
"Ell."tiba-tiba suara seseorang yang sangat Ell rindu itu memanggil namanya.
Efiq duduk di sebelah Ell dan jarak mereka agak rapat dan Ell mula rasa aura yang janggal bila duduk bersama Efiq. Mungkin sebab dah lama tak jumpa.
"Ye Efiq,kenapa?"tanya Ell dan dia tidak memandang Efiq langsung. Ell berpura-pura menikmati makanannya walaupun dia sudah kekenyangan.
Ell PoV
"Macam mana belajar dekat sana?."Tanya sambil tersenyum pada aku. Aduh Efiq ni, kenapa kau buat aku macam ni.
"Ok jer."jawab aku pendek dengan nada dingin.
"Fiq!" Ayani memanggil Efiq dan membawa makanan untuknya.
"Nah,you punya." Ayani menghulurkan sepotong kek kepada Efiq.
Mereka berdua bergurau senda dan terpancar wajah bahagia di muka mereka berdua.
"Baguslah diorang happy."kata aku perlahan.
"So Ell,ada ke lelaki mat salleh yang menjadi pilihan hati kau?" Tengah aku termenung melihat Efiq dan Ayani tiba-tiba Afiq menanyakan salah satu soalan yang paling annoying bagi aku.
"Ish dia ni,jangan nak sibuk hal oranglah."Stella memukul lengan Afiq. Stella tahu aku tak suka orang tanya aku soalan macam tu walaupun orang tu kawan aku mama dan papa aku.
"Biarlah aku nak tanya,aku tahu kau pun mesti nak tahukan."Afiq melawan balik.
"Eh,Ell tu kawan baik aku sah-sah lah nanti dia bagitau aku kalau ada apa-apa." Stella dan Afiq mula bertengkar,satu rumah bising dengan suara mereka berdua. Nak tahu rahsia aku punya pasal.
KAMU SEDANG MEMBACA
{The Secret Crush}✔
Romance[COMPLETE] Sinopsis {The Secret Crush} Tak akan ada siapa pun faham perasaan aku,untuk melepaskan orang yang kita sayang ia memang menyakitkan.Crush kenapa susah sangat untuk aku dapatkan kau?? Aku korbankan cinta aku untuk sahabat aku sendiri, tapi...