secret 44

1.2K 50 23
                                    

One week later.....

Afternoon

Dalam masa seminggu banyak benda sudah berlaku. Hubungan Ell dan Efiq semakin rapat,tetapi Ell masih was-was untuk mempercayai Efiq. Selain hubungan Ell dan Efiq.

Ell sering di kacau dengan mesej ugutan dan beberapa mesej pelik yang lain. Selain mesej dia juga di hadiahkan barang yang pelik dan menakutkan, seperti tikus mati, percikan darah di dalam pejabat dia, gambar Ell yang di tikam dengan pisau. Ell ada rasa sedikit takut

Tetapi perasaan pelik dan ingin tahu yang memenuhi dirinya. Siapakah yang berdendam dan sangat membenci Ell?

Ell Office🥼

"Doktor Ell, doktor okay ke?" Tanya Jururawat Safiya, kerana melihat muka Ell pucat dan tidak bermaya.

"Saya okay jer." Itu sahaja jawapan yang Ell beri.

"Doktor baliklah nanti saya minta, Doktor Herry gantikan doktor jaga Qisha." Jururawat Safiya berkata begitu kerana sejak Ell melakukan pembedahan ke atas Qisha, dia sering menjaga Qisha dan banyak memberi perhatian kepada Qisha. Adakah naluri keibuan Ell sedang bertumbuh kerana Qisha.

"Saya takut dia sibuk nanti, mengganggu dia pulak nanti." Ell segan untuk meminta bantuan Herry kerana hubungan mereka berdua tidak semesra dahulu. Herry sentiasa ingin berjauhan dengan Ell. Dan Ell pula tidak sanggup untuk kehilangan Herry.

Pada masa yang sama juga, perasaan Ell terhadap Efiq semakin ingin muncul. Siapakah pilihan Ell?

Wad Qisha👧

Ell akan pulang sebentar untuk berehat dan kemudian akan sambung semula kerjanya di hospital tetapi sebelum dia pulang, dia mahu pergi menjenguk Qisha.

Semasa Ell masuk ke dalam wad Qisha,dia perlahan-lahan masuk kerana Qisha tidur. Ell duduk di kerusi yang disediakan sebelah sisi katal Qisha. Dia menatapkan Qisha sambil memikirkan soalan hati dan perasaannya.

Qisha tiba-tiba terjaga dari tidurnya." Qisha dah bangun." Ell terkejutkan kerana takut dia yang membuat Qisha terjaga.

Qisha hanya melihat Ell tanpa bersuara. Ell sangka mungkin Qisha penat kerana menggunakan banyak tenaga untuk sembuh. Bukan senang untuk badan berumur 6 tahun untuk melalui proses pembedahan jantung itu.

Ell membuat keputusan untuk tidak memganggu Qisha dan pergi. Tiba-tiba Qisha menahan Ell dari pergi dengan memegang tangan Ell. Di dalam genggaman kecil milik Qisha,ada hair clip kepunyaan Ell dam Qisha menyerahkan itu semula kepada Ell.

Ell ambil hair clip itu dan Qisha berkata,  "Buatlah keputusan yang betul." Selepas berkata begitu Qisha terus memejamkan mata nya dan dibuai mimpi semula.

Ell perlahan-lahan keluar dari wad Qisha.

Ting!

Satu mesej masuk ke telefon pintar milik Ell.

Mesej dari Efiq

Efiq💤

💬Blue Star Restaurant
💬9:00 P.M.
💬We must meet because have something improtant i need to talk with you.

Selepas habis membaca mesej tersebut Ell menghembuskan nafas yang sangat berat.

Blue Star Restaurant💙🌟

Efiq sudah menempah satu restaurant tersebut untuk melamar Ell. Disebabkan hubungan dia dan Ell sudah semakin pulih, jadi Efiq rasa ini lah peluang dia untuk dapatkan Ell dan tidak melepaskan Ell seperti dulu lagi.

{The Secret Crush}✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang