secret 43

689 40 15
                                    

Ell PoV

"Aduh biar betul aku akan jadi doktor untuk Qisha. Dah lah tadi jumpa Efiq sekarang aku kena hadap anak dia pulak." Bebel aku sambil jalan ke wad Qisha.

Aku ditugaskan untuk menjadi doktor tetap Qisha jadi kalau ada apa-apa tentang Qisha semua orang akan cari aku.

Wad Qisha

Aku membuka pintu wad Qisha untuk membuat pemeriksaan harian. Qisha pula sibuk dengan gajet miliknya. Efiq ni pun satu Qisha tu baru enam tahun dah bagi main gajet semua bagai.

"Hai Qisha,saya doktor Ellyana." Aku sebenarnya tak nak bagitahu Qisha yang aku kenal dengan Efiq.

Qisha diam tanpa sahutan."Doktor akan buat pemeriksaan dekat Qisha sekarang ok." Terang aku.

"Apa-apa jer lah, Qisha tak kesah pun." Kata dia tanpa memandang aku langsung.

"Kita start ok." Pemeriksaan harian ini mengambil masa dalam beberapa minit.

15 minit kemudian....

Akhirnya tamat juga pemeriksaan harian Qisha, aku cepat-cepat mengemas semua peralatan.

"Doktor ni kenapa, dari tadi asyik pandang hair clip Qisha jer." Tanya dia tiba-tiba.

"Tak ada apa." Itu sahaja jawapan aku. Memang aku pandang hair clip yang ada di atas kepala Qisha tu, sebab hair clip itu dulu adalah kepunyaan aku dan benda itu telah menyimpan 1001 kenangan aku dengan Efiq.

Aku bangun dari kerusi yang ada di sisi kantil Qisha dan sedia untuk membuat tugas lain. Tengah aku berjalan ke pintu keluar tiba-tiba Qisha menyebut nama penuh aku.

"Doktor Maryna Ellyana" aku memusing kebelakang dan melihat Qisha.

"Itukan nama doktorkan."kata dia sambil tersenyum sinis.

Meremang bulu roma aku bila Qisha buat seperti itu. Tanpa berfikir panjang aku pun terus cepat-cepat keluar dari situ.

Di luar Wad Qisha

"Budak tu kenal aku ke, aku baru nak kena kan dia,entah-entah dia dah tahu aku ni siapa." Kata aku di depan wad Qisha itu.

Kamilia ada cakap,Qisha ni budak yang ada IQ yang tinggi walaupun baru enam tahun,ternyata apa yang Kamilia kata tu betul. Aku nak kenakan Qisha tapi aku terkena balik.

"Tak apa lah Ell, dah nasib kau terkena dengan dia." Aku menyerah pada Qisha

"Kak Ell."

Lah siapa lagi pulak yang panggil aku tu.

"Azim!" Ternyata orang itu adalah adik Ayani. Azim Mikael.

"Betulkan ni kak Ell?" Tanya Azim untuk betul-betul kepastian.

"Ye ni kak Ell, Wah Azim makin handsome sekarang." Aku dah anggap Azim ni macam adik lelaki aku sendiri.

"Azim buat apa dekat sini, nak lawat Qisha ke?" Tanya aku sebab Qisha tu kan anak buah dia.

"Tak lah kak Ell, Azim jaga mak dekat hospital ni." Terang Azim.

"Ouh." Itu sahaja reaction aku.

"Kak Ell lapang tak sekarang?" Tanya Azim

"Lapang je sekarang kenapa, Azim nak borak-borak dengan akak ke." Kata aku pula.

"Boleh ke."

"Mestilah boleh tapi sekejap je ok, jom akak belanja Azim makan." Pelawa aku.

Azim pun setuju dan kami pergi sebuah cafe yang berdekatan dengan hospital.

{The Secret Crush}✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang