Qisha PoV
"Qisha dah tahu dah pun pasal aunty Ell tu." Beritahu aku. Aunty dan uncle yang membuat muka yang sukar untuk aku tafsir. Kejap muka risau, gembira, sedih dan macam lagi muka yang di buat oleh mereka.
"Okay kalau macam tu tak payah kami susah-susah terangkan pasal Aunty Ell pada Qisha."kata Uncle Amir.
"No Qisha tak nak." Belum dengar lagi apa-apa lagi dari mereka aku terus kata 'no'.
"Apa yang 'no' Qisha." Tanya Aunty Stella.
"No bermaksud Qisha tak akan tolong aunty dengan uncle satu kan papa dengan Aunty Ell." Mereka semua terkejut dengan keputusan aku.
"But why Qisha?" Tanya Aunty Kamilia pula.
"Because I don't want." Itu sahaja sebab yang aku beri dan semua aunty dan uncle membuat muka kebingungan.
"Dah keluar semua,nanti ada doktor yang akan datang periksa Qisha." Kata aku dan mereka dengan langkah yang perlahan keluar dari bilik aku.
Sebaik sahaja mereka semua keluar aku menatap seketika surat dan gambar yang mama beri kepada aku sambil berkata di dalam hati "maafkan Qisha mama."
The End Qisha PoV
Hospital Cafeteria☕
"Aduh rosak plan."keluh Kamilia sambil menyusukan anak perempuannya Ilya.
"Kita patut dah agak dah, jawapan budak Qisha tu." Kata Stella pula.
"Weh korang!" Tengah yang mengelamun sambil berfikir tiba-tiba Ell datang. Mestilah Ell nampak kawan-kawannya sebab tu tempat kerja dia.
"Ell."semua cuak memandang Ell.
"Korang asal datang sini?" Tanya Ell ingin tahu.
Haziq,Stella,Kamilia dan Lanisa,Adam dan Amir masing-masing memandang mata, antara satu sama lain seperti menghantar isyarat sama ada nak beritahu sebab datang ke hospital itu.
"Sebenarnya kitaorang datang sini nak jumpa Qisha." Jawab Amir jujur.
"Sebab." Tanya Ell lagi kerana rasa jawapan itu masih belum lengkap.
"Sebab kitaorang nak dia tolong kau dengan Efiq berbaik semula." Kata Adam pula. Wah kawan-kawan semakin jujur.
"Apa ni tak nak lah, janganlah paksa aku dengan Efiq tu,dulu mungkin aku akan maafkan dia tapi sekarang,Efiq tu macam pisau yang selalu luka kan aku." Luah Ell.
"Tapi Ell, Ayani..."belum sempat Kamilia menghabiskan percakapannya Ell sudah memotong.
"Kalau Ayani nak aku jadi mama kepada Qisha mesti dia dah bincang dengan Efiq dulu,tapi sekarang Efiq pun tak tahu yang Ayani nak aku gantikan dia." Terang Ell.
"Dah lah aku nak sambung kerja dulu." Ell terus meninggalkan kawan-kawannya.
"Kenapa Ell boleh benci sangat dengan Efiq sampai macam tu sekali." Tanya Haziq.
"Yang aku tahu 6 tahun lepas Efiq, tengking Ell dekat luat bilik wad Ayani depan orang ramai, dan dalam seumur hidup Ell berkawan dengan Efiq,Ell tak pernah nampak Efiq marah dia sampai macam tu sekali." Terang Kamilia panjang lebar.
"Ok now plan kita tak jadi dengan Ell dan Qisha so apa kata kita tanya Efiq pulak." Cadang Amir dan yang lain memandang dia dengan muka tiada harapan.
"Plan kau yang satu ni tak jalan langsung lepastu nak masukkan Efiq pulak." Adam hanya mampu mengelngkan kepalanya sahaja.
"Ok koranh dengar ni,semula masalah ni berpunca dari Efiq so, kita kenalah pergi kepada si puncak masalah ni dan baru masalah boleh settle." Mereka semua memikirkan kata-kata Amir itu ada betulnya juga.
KAMU SEDANG MEMBACA
{The Secret Crush}✔
Romance[COMPLETE] Sinopsis {The Secret Crush} Tak akan ada siapa pun faham perasaan aku,untuk melepaskan orang yang kita sayang ia memang menyakitkan.Crush kenapa susah sangat untuk aku dapatkan kau?? Aku korbankan cinta aku untuk sahabat aku sendiri, tapi...