Pejam celik pejam celik sudah 3 tahun Ell di New Zealand dan terpisah dengan keluarga dan kawan-kawannya yang tersayang.
Macam-macam benda sudah berlaku sepanjang 3 tahun,seperti Ell menjadi doktor pelatih di Hospital New Zealand , Haziq dan Kamilia sudah berkahwin , Ayani dan Efiq baru sahaja bertunang.
Ell tidak dapat pergi ke majlis kahwin Haziq dan Kamilia kerana sibuk dengan kerjanya dan pelajarannya jadi dia berjanji dengan mereka yang dia akan balik bila Efiq dan Ayani berkahwin,memang sakit bila melihat orang yang bertahun-tahun dia suka kahwin dengan orang lain walaupun dia adalah kawan baiknya sendiri.
Bilik Rehat Doktor🌼
Ell PoV
"Penatnya..."hari ini aku ikut dua orang professor aku menjalankan pembedahan,jadi aku rasa penat sangat.
"Weh Elly, kau ok tak?"tanya Alisya,yang risau melihat muka ysng pucat.
Alisya?Dia orang Malaysia dan belajar di London,Alisya baru di pindahkan ke New Zealand tahun lepas untuk menjadi doktor pelatih dan tahun lepas jugaklah aku berkenalan dengan dia.
"Aku ok jer,don't worry about me."kata aku dengan relax.
"Hrmmm....hari ni jadual kau sampai petang jer kan?"tanya dia untuk kepastian.
"Haah,Prof Aaron cancel class hari ni, kalau tak sampai malam jadual aku hari ni."terang aku.
"Bestlah kau,jadual aku sampai malam."keluh Alisya,kitaorang kalau Professer cancel class waktu malam memang seronok sebab boleh balik dan tidur.
"Tabah lah,doktor Alisya."kata aku dan menepuk bahu dia untuk memberi semangat.
"Oklah aku balik dulu jumpa esok."aku mengambil beg dan jaket aku dan pergi.
Dalam perjalanan untuk keluar dari bangunan hospital aku bertembungdengan seseorang yang aku kenal,mula-mula samar-samar jer dalam ingatan aku.
"Berhenti!"suara aku agak kuat sikit, semasa suruh dia berhenti melangkah.
Lelaki itu berhenti dan menoleh ke arah aku.
"Danny!"sumpah aku tak sangka akan jumpa dia dekat New Zealand.
"Hey Ell."Danny pun happy jumpa aku.
"Weh lama gila tak jumpa kau."aku excited gila sampai lupa diri.
"Wah dah makin segak eh kau."aku perli plus puji dia.
"Biasa lah,kita nak jumpa pesakit mestilah kena smart."poyolah pulak mamat ni.
"Apa cerita kau datang sini?"tanya aku.
"Apa kau ni ajak aku borak dekat tengah-tengah bangunan ni,jom lah borak kat cafe."ajak dia dan aku pun ok jer.
"Ok boleh tapi kau belanja."usik aku.
"Takda lah,kau belanja."dia tak nak kalah
"Kau ni tak gentelman langsungkan."kami berdua bergurau senda sepanjang perjalanan pergi ke cafe. Kitaorang jalan kaki jer sebab cafe tu tak jauh mana pun.
Malaysia Night✨
Adam PoV
Aku bosan gila malam ni jadi aku call Zafran ajak lepak.
Night Cafe✨☕
Aku sampai dulu ke cafe,jadi aku kenalah tunggu Zafran. Dalam 5 minit aku tunggu Zafran akhirnya,muncul jugak manusia tu.
"Hei bro, apa cerita ajak lepak malam-malam ni."
"Tak ada apa,aku bosan jer."jawab aku.
"Kau ni cepatlah kahwin,penat aku layan kau, bosan jer cari aku."tiba cakap pasal kahwin pulak.
"Ouh kau,aku kahwin nanti baru kau tahu sunyinya hidup kau tu tau tak."kecil hati aku.
"Aku gurau je lah,kau ni sentap pulak."kata dia.
"Ni aku ada cerita ni."kata Zafran dengan suara ala-ala mak cik bawang.
"Cerita apa?"tanya aku sambil menghirup air yang aku oder tadi.
"Sebelum aku pergi sini tadi Danny call aku dia kata dia,jumpa Ell kat sana."terang Zafran.
"Serius lah,untung ah dia jumpa,Ell dulu sebelum kita."
Aku dan Zafran berborak sampai pukul 12 dan lepastu kita orang pun balik sebab esok kena bangun awal ada class so tak boleh balik lambat sangat.
The end PoV
Skip
-
-
-
-
Morning🌞
Ell PoV
'Aduh habislah mesti kena marah dengan prof nanti'
Aku punya perangai dari sekolah sampai dah jadi doktor pelatih pun still tak berubah.
Aku kelam kabut pergi ke bilik mesyuarat, sebab pagi ni ada pemilihan mentor untuk doktor pelatih.
Bilik Mesyuarat📋
Aku buka je pintu bilik tu,semua orang dah sampai kecuali aku,malu guys semua orang pandang.
"Miss Ellyana,you latep."jerit prof Aaron begema satu bilik tu.
"Sorry prof."kata sambil menundukkan kepala aku.
"Take your seat now."aku terus mengambil tempat duduk dan acara pemilihan mentor untuk doktor pelatih pun bermula.
Kebanyakkan doktor pelatih di bilik itu semua sudah dapat mentor mereka tinggal aku dan beberapa doktor pelatih lain yang tinggal.
Dulu Prof Aaron yang menjadi mentor aku tapi sekarang Prof menjadi mentor kepada Alisya.
Sekarang tiba giliran aku"Mentor for Doctor Mayrina Ellyana is Doctor Eric."
Aku blur lepas Professor sebut nama mentor aku sebab aku tak kenal pun siapa Doktor Eric tu.
"Siapa Doktor Eric??"
TBC
*Hello lovely readers
*cepat korang teka siapa doktor ERIC🌟Vote
📱Comment
📲ShareTqsm💙💜💛
KAMU SEDANG MEMBACA
{The Secret Crush}✔
Romansa[COMPLETE] Sinopsis {The Secret Crush} Tak akan ada siapa pun faham perasaan aku,untuk melepaskan orang yang kita sayang ia memang menyakitkan.Crush kenapa susah sangat untuk aku dapatkan kau?? Aku korbankan cinta aku untuk sahabat aku sendiri, tapi...