Ell house🏠
Ell PoV
Hati aku sakit sangat. Rasa macam dikoyak perlahan-lahan hati aku ni,seumur hidup aku Efiq tak pernah tengking aku, dah lah depan orang ramai pulak tu.
"Tak guna punya lelaki,kalau risau je nak marah-marah orang. Aku muaklah dengan perangai kau tu."bebel aku di dalam bilik aku, sambil mengemas baju-baju untuk balik ke New Zealand.
"Ell."Stella,Narrisa dan Lanisa datang dan berdiri di depan pintu bilik aku,mereka hanya melihat sahaja apa yang aku tengah lakukan.
"Weh kau nak pergi mana?"tanya Lanisa dan perlahan-lahan melangkah masuk ke dalam bilik aku.
"Aku nak balik New Zealand."kata aku tanpa melihat muka mereka langsung.
"Ell janganlah pergi."Stella memujuk aku dan aku tak boleh nak tengok muka diorang langsung. Kalau aku tengok muka diorang mungkin aku akan menanggis.
"Nanti aku nak kahwin dengan Adam takkan kau tak ada.?"Narrisa pun memujuk aku sekali.
"Danny kan ada."aku menahan air mata aku, tapi aku tak berdaya untuk menahannya.
"Aku penat korang,sangat penat."aku menaggis dengan perlahan, tapi bila Stella mula peluk aku tangisan itu menjadi semakin kuat.
Stella terus memeluk aku "Maaf Ell,kitaorang cuma nak taknak kau pergi jauh dari kitaorang macam dulu."
"Betul tu Ell,kitaorang tahu yang kitaorang pentingkan diri but,kitaorang sayang kau." Lanisa cuba untuk ubah fikiran aku.
"Benda ni tak akan jadi,kalau Ayani tak sukakan Efiq."Narrisa mengalahkan Ayani atas apa yang berlaku.
"Dahlah tu,dia tak salah pun."kata dengan tangisan yang masih tersisa.
"Hrmm....kalau keputusan kau nak balik New Zealand tu dapat tenangkan fikiran kau baiklah,kitaorang akan lepaskan kau pergi." Walaupun berat untuk mereka benarkan aku pergi tetapi,mereka tahu itu keputusan yang terbaik. Aku tahu ia tak adil untuk mama dan papa aku sebab akan terpisah dengan aku lagi.
Aku turun ke bawah bersama beg-beg aku.Mama dan papa sedang menonton television bersama.
"Mama papa." Panggil aku.
"Ye sayang kenapa?"sebaik mama menoleh ke arah aku dan melihat beg-beg aku,dia terus bangun dari sofa dan datang ke arah aku dan begitu juga dengan papa.
"Ell nak pergi mana ni sayang?"tanya papa pula.
"Ell balik New Zealand."jawab aku.
"Kenapa pulak ni,Ell baru je balik Malaysia,takkan nak pergi dah."Mama tahu aku sedih tentang sesuatu.
"Tak ada apa lah,prof Ell dekat New Zealand tu call Ell tadi suruh balik."bohong aku. Maaf Prof Aaron,Ell terpaksa guna nama prof.
"Penting sangat ke sampai kena pergi sekarang,minggu depankan Ayani nak kahwin dah,tak akan kamu takda nanti."kata papa.
"Dannykan ada,dia tak ikut Ell sekali."terang aku.
"Lagi pun ni mungkin,pasal permohonan Ell nak pindah ke Malaysia."kata aku untuk menyedapkan hati mereka berdua. Kalau aku dapat pindah ke Malaysia sekali pun belum tentu aku akan terima.
"Oklah kalau macam tu,Stella,Narissa,Lanisa tolong hantar Ell pergi airport yer."kata mama sambil kami pergi ke pintu luar.
"Baik aunty." Kata mereka bertiga serentak.
_____________
Ayani masih berada di hosputal untuk menerima rawatan tetapi tiada siapa yang tahu apa penyakit Ayani itu,termasuklah keluarga dia.
KAMU SEDANG MEMBACA
{The Secret Crush}✔
Romance[COMPLETE] Sinopsis {The Secret Crush} Tak akan ada siapa pun faham perasaan aku,untuk melepaskan orang yang kita sayang ia memang menyakitkan.Crush kenapa susah sangat untuk aku dapatkan kau?? Aku korbankan cinta aku untuk sahabat aku sendiri, tapi...