Pemberitahuan! NoHR cuma ubah sedikit bahagian bab 14 berkenaan Aksara. NoHR akan turunkan tema islamik tu atas beberapa faktor tetapi faktor utamanya adalah sebab ilmu NoHR masih terhad. Harap pembaca dapat memahami. Jadi mari NoHR cerita sikit plan asal berkenaan misteri tentang Aksara.
Pada awalnya NoHR nak buat Aksara tu sebagai tempat letak khas bagi naskhah Al Quran yang terakhir yang terselamat sewaktu Apokalips (latar yang NoHR ketengahkan). Tak ramai yang tahu berkenaan ayat-ayat suci waktu tu sebab bagi mereka agama tu hanyalah mitos (sebab sikit sangat yang mengamalkan). Keth kiranya macam pewaris yang diamanahkan untuk jaga ayat-ayat suci tu. Sejujurnya NoHR nak tekankan lebih mendalam (sekaligus sebagai mesej sindiran untuk masyarakat kita yang sekarang).
Tapi bagi NoHR selagi NoHR tak faham dengan sebenar-sebenarnya apa yang nak ditekankan. Baik NoHR tak ambil risiko. Agama bukan benda yang boleh dibuat main.
Jadi NoHR tukar Aksara tu sebagai kod. Harap pembaca sekalian dapat memahami penerangan NoHR setakat ini.
Suatu hari nanti In shaa Allah kalau ada rezeki NoHR akan cuba buat genre islamik. Kalau ada sesiapa yang ada idea atau nak bergabung tenaga dengan NoHR untuk buat cerita dengan genre sedemikian. Boleh dm NoHR atau tinggalkan komen di bawah.
Salam ikhlas,
NoHR 🍋

ANDA SEDANG MEMBACA
Aksara
Narrativa generaleKau sangka utopia di dunia realiti itu wujud? Hakikat kesinambungan itu ada apabila dua elemen bertentangan itu wujud bagi menyeimbangkan satu sama lain. Bagi... Melengkapi. "Cuba kau bayang apa-apa yang ada depan kita sekarang ni kita label sebagai...