"Kau..."
"Aku pergi tak sampai lima belas minit dan kau hampir buat aku hilang tawanan kita, Shaun? Siapa buda..." kata-kata Qaym terbantut apabila medan visualnya jatuh ke arah sesusuk tubuh yang merekot di atas tanah. Lambat-lambat mata dihalakan pula tepat ke arah Shaun yang berdiri tegak di hadapannya seolah tiada apa-apa yang berlaku.
Kening hampir bercantum. Insan asing yang dipegangnya di tangan kanan dan Shah di tangan kiri di pandangnya bersilih ganti sebelum diganti pula dengan figura Arif.
"Apa yang jadi dekat sini?" tanya Qaym dengan suara mendatar.
Selang beberapa ketika dia tersedar akan sesuatu. Kepala kembali ditoleh ke sisi. "Mana sut keselamatan kau?"
Dengar sahaja soalan Qaym kepadanya. Shaun menggaru-garu pangkal hidungnya yang tidak gatal. Dia tersenyum kelat.
"Err... macam mana aku nak terang situasi ni dekat kau, ya? Umm..."
"Pakai balik."
Amy dan Shah masing-masing masih tidak sedarkan diri akibat dadah yang diberikan Qaym kepada mereka. Tanpa ragu dia melepaskan genggaman, membebaskan tangan sendiri daripada terus memegang insan berdua itu. Sedang Shaun menyarung semula sut keselamatannya ke tubuh. Qaym melangkah ke arah figura asing yang menangkap perhatiannya. Apabila dia berdiri betul-betul di sebelah susuk tersebut. Qaym mengangkat kakinya, menolak sedikit tubuh itu untuk melihat wajahnya. Arif antara sedar dan tidak terjatuh terjelopok ke sisi. Nafas turun naik menahan kesakitan dengan mata terpejam.
"Ini..."
Shaun yang mahu menyarungkan topengnya membantutkan hasrat apabila suara Qaym sekali lagi menyinggah ke corong telinga. Pandangan melorot ke arah yang sama.
"Kau kenal? Dia kata budak yang terakhir ni bukan pembawa," ucap Shaun acuh tak acuh. Pergerakannya kembali di sambung.
Siap menyarungkan tiap satu bahagian sut tersebut, tanpa menghiraukan Qaym yang dah tak ubah persis Tanggang yang disumpah. Dia dengan selamba memgang kolar baju Shah sebelum diheretnya ke arah api yang masih marak nyalaannya.
Tersentak dengan bunyi seretan. Tanpa memanggungkan kepala, Qaym memberi arahan mutlak tanpa jeda.
"Shaun, berhenti."
Langkah yang diatur langsung mati. Dia menoleh ke belakang memandang Qaym yang masih lagi terpacak, terpaku memandang Arif yang tak dapat dikenalpasti sama ada sedarkan diri atau tidak.
"Kau kenal ke budak tu? Dia mantan Puak Gagak Hitam katanya."
Qaym mengamati wajah Arif dalam. "Simpan tawanan terakhir tu sampai dia sedarkan diri semula."
Shaun mengerutkan dahi.
"Kau kata nak habiskan semua malam ni? Lagi seorang kut," protesnya.
Kerlingan tajam yang dihadiahkan Qaym kepadanya langsung membuatkan Shaun terdiam. Dia mendengus geram. Namun, tetap juga akur dengan arahan yang diterima. Genggaman dibuka.
"Dia mungkin tahu cara nak perbetulkan wabak yang melanda kampung kita sekarang ni."
Shaun ketawa mengejek seolah-olah mahu mempertikai kewujudan Arif di pandangan Qaym.
"Siapa dia? Doktor?"
"Dia budak lelaki yang digembar-gemburkan membunuh seluruh kampung termasuk keluarga dia sendiri."
Shaun mengerutkan dahi. "Apa kena mengena khabar angin tu dengan kita?"
"Khabar angin tu palsu."
"Hah?"
Qaym membongkokkan badan, memeriksa sisi badan Arif yang ditekup lelaki itu tidak lepas. Baju Arif diselaknya ke atas. Terserlah bahagian badannya yang sedikit lebam. Wajah Shaun dipandangnya sepintas lalu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Aksara
Fiksi UmumKau sangka utopia di dunia realiti itu wujud? Hakikat kesinambungan itu ada apabila dua elemen bertentangan itu wujud bagi menyeimbangkan satu sama lain. Bagi... Melengkapi. "Cuba kau bayang apa-apa yang ada depan kita sekarang ni kita label sebagai...