Bab 19

43 10 0
                                    

Kemeriahan malam tersebut tidak lagi seperti malam-malam sebelumnya apabila kedatangan insan-insan yang tidak diundang itu menjengah tanpa jemputan.

Langkah yang kian menjauh membolehkan Aida menyoal lanjut, "Rancangan seterusnya tuanku?"

Urana berfikir sejenak. Langkah diatur setapak demi setapak seakan-akan lukisan di atas kanvas, terbias kelembutan persis kapas. Kepala dipalingkannya sedikit ke sisi, memudahkan suaranya untuk tercerap masuk ke corong telinga Aida.

"Hancurkan tempat ni."

Riak terkejut terpamer jelas di muka Aida. Dia langsung tidak menyangka arahan sedemikian yang bakal diterimanya. Namun, apabila teringat kembali akan wajah Rheza yang baginya menjengkelkan itu. Pastinya dengan senang hati dia akan melaksanakan arahan yang baru diterima. Bibir menguntum garisan kemenangan.

"Beta tak mahu sahabat-sahabat Keth bergelumang dengan perkara-perkara sebegini."

Hampir tercekik air liur sendiri apabila alasan tersebut diterima Aida. Bibir dikemam dengan kepala yang mengangguk persis burung belatuk. Mimik wajah cuba dikawalnya sehabis baik. Sayang sungguh fikirannya menerawang jauh entah ke mana tadi.

Melihatkan dua bayang-bayang yang terhasil di bawah simbahan lampu neon jalan semakin kelam ditelan pekat malam, Rheza menarik nafas lega. Walaupun begitu pandangannya tetap tertala ke arah laluan pejalan kaki di bawah pepohon rendang yang mati mengelilingi tasik gersang di situ.

"Ratu," ujar Rheza sepatah. Mindanya ligat memikirkan perkaitan antara Keth dan Urana tetapi tiada satu pun yang tercerap dek minda warasnya.

Keluhan berat dilepaskan. Tangan yang bersilang ke dada masih lagi tidak dirungkai. Bahagian antara lengan dan bahunya sengaja dia sandarkan ke bingkai pintu. Terlalu lama dia menggunakan identiti Keth. Sampai dia hampir terlupa akan nama sebenarnya. Malangnya penyamarannya dihancurkan begitu sahaja oleh wanita itu.

Kepala didongak memandang dada langit yang tidak berbintang gara-gara diselaputi awan tebal.

Teman yang duduk memeluk lutut sambil menengadah memandang bumbung dunia itu dikerlingnya sekilas. Rheza menongkatkan ke dua-dua belah lengannya ke belakang badan sebelum menghala pandangan ke arah yang sama.

"Negeri semenanjung kita ada banyak wilayah tapi tak ada pemerintah. Mungkin sebab tu negara kita tak pernah dapat bangun dari jadi tempat sampah macam ni," komen Rheza selamba.

"Siapa je yang berani ambil risiko untuk jaga benda yang dah rosak?"

Rheza menghamburkan tawa sebelum mengangguk bersetuju. Keadaan di dalam negeri tersebut terlalu nazak, tak ubah seperti padang jarak padang tekukur.

"Seorang ketua yang baik bukan setakat pandai mengarah tapi kena pandai jadi penunjuk arah tu juga. Kalau setakat nak bercakap besar, duduk atas takhta. Semua orang boleh buat. Nak jadi sebenar-benar pemimpin tu yang tak semua orang boleh buat," sambung Keth.

"Tapi aku dengar Negeri Borneo dekat seberang sana dah ada seorang perempuan yang diangkat untuk jadi ratu."

Bunyi batuk yang menjengah pendengarannya menyebabkan Rheza mengerling sekilas ke kanan. Namun, Keth memalingkan wajahnya daripada dilihat.

Bahu dijongket naik sebelum dia kembali bersuara, "Apa kata kita buat satu bangunan dekat sini, Keth? Tempat hiburan. Boleh dapat untung kalau dapat pelanggan."

AksaraTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang