SETELAH selesai semua tugasan kerja di kolej, Ana terus pulang ke rumah. Setibanya di rumah, dia melihat raut wajah papa dan mamanya sungguh resah dan gelisah seperti ada sesuatu yang telah terjadi.
"Mama, kenapa ni?" Tergambar kerisauan dalam pertanyaan yang Ana lontarkan.
"Adik kamu hilang, dia tak ada kat bilik. Sekarang ni dah pukul satu pagi. Tadi mama dengan papa dah cuba telefon kawan-kawan dia, tapi seorang pun tak tahu dia ke mana. Tolong mama carikan dia, please!" jawab mamanya memberi arahan.
"Okey, mama dengan papa bertenang ya. Masuk tidur dulu. Esok Ana cari Ina." Jawapan yang Ana berikan untuk meredakan kerisauan mama dan papanya yang memuncak.
"Baiklah,” akur mama dan papanya.
Setelah kedua-dua orang tuanya naik ke kamar, Ana terus naik ke biliknya untuk mandi membersihkan diri.Baju tidur berwarna merah jambu disarung ke tubuh seusai mandi. Setelah itu, minyak wangi disembur ke baju. Itulah tabiatnya sedari kecil untuk mendapatkan tidur yang lebih berkualiti. Tanpanya, Ana tidak akan selesa ketika tidur.
"Kenapalah Ina suka buat hal.
Hmm … kalau dia tak ada, sunyilah hidup aku. Dialah kembar aku, sahabat aku. Sudahlah dia satu-satunya adik-beradik aku. Abang tak ada, kakak tak ada, bosanlah!" bentak Ana melampiaskan perasaan bengang terhadap adik kembarnya itu.Tiba-tiba Ana teringat untuk menelefon Ina, memaklumkan tentang keberadaannya sekarang. Dia berasa tidak sedap hati, keliru dan serba salah.
Semuanya bercampur-aduk kerana dia amat risaukan adik kesayangannya itu.
Tetapi sayang, panggilan yang dibuat langsung tidak diangkat seolah-olah Ina tidak mahu lagi mempunyai kaitan dengannya. Itulah yang mendesah dalam fikiran Ana pada ketika ini.
Biasalah kalau risau dia akan berfikiran negatif. Dia sendiri tidak sedia maklum mengapa Ina keluar dari rumah. Malahan, Ina tidak pernah keluar dari rumah tanpa memberitahunya dan tidak pernah menghilang begini.
"Tak apalah, mungkin dia sibuk atau telefon dia kehabisan bateri. Esok sajalah aku cuba telefon lagi," bisik hati Ana, cuba bersangka baik dan meletakkan akal di hadapan. Selimut ditarik sebelum melelapkan mata.
* * *
USAI sahaja bersiap, Ana melangkah turun ke tingkat bawah untuk bersarapan dahulu sebelum memulakan pencarian.Tiba di meja makan, kerusi ditarik sebelum dilabuhkan duduk di atasnya. Ana menikmati sarapan yang telah terhidang bersama mama dan papanya.
"Ana, cuba kamu cari Ina di tempat kerjanya dulu. Mungkin dia berada di situ," kata Megat Azfar mengusulkan cadangan."Baiklah, papa. Ana cuba pergi sana dan tanya pada kawan-kawannya. Mungkin dia ada datang untuk kerja hari ni," jawab Ana. Roti coklat di tangan digigit lalu dikunyah lumat sebelum ditelan dan dicernakan oleh perut.
"Hati-hati ya, mama dengan papa hanya mampu berdoa supaya adik kamu sentiasa dilindungi walau di mana saja dia berada sekarang. Oh ya, Ana pergi seorang sahaja? Ajaklah kawan seorang untuk bantu mencari Ina," ujar mamanya pula.
"Ana pergi dengan kawan Ana sebab dia nak tolong cari sama-sama,” jawabnya ringkas.
Tiba-tiba, telefon Ana berdering menandakan ada seseorang menghubunginya. Telefon segera dicapai. Setelah melihat siapakah gerangan yang menelefon – rakan baiknya yakni Zara, ikon berwarna hijau terus diklik lalu dilekapkan telefon ke telinga.
YOU ARE READING
Whispers In The Dark: In silence, the truth often screams.
RomanceCover by: @hottespuaka Start:9 Nov 2019 End:20 Sept 2021 #2 STUDENT(17/12/20) #1 STUDENT(20/12/20) #7 LECTURER(11/3/21) #14 STUDENT(5/4/21) #6 TWIN(19/4/21) #3 TWIN(28/4/21) #2 LECTURER(28/6/21) #81 FRIENDSHIP(26/7/22)