Bab 4

80 3 0
                                    

Hazrin menongkatkan kepalanya di atas meja. Fikirannya kosong. Kosong sekosong kosongnya. Wajah sahabat-sahabatnya tidak mampu lagi dipandang. Reaksi mereka sama seperti reaksi keluarganya.

"Kau betul ke ni, Rin?" Soal Naufal.

Hazrin hanya mengangguk perlahan.

"Kau ni biar betul, Rin? Kau dah hilang akal ke apa? Lily baru je meninggal tak sampai dua bulan, kau nak kahwin dengan kembar dia pulak? Gila la kau ni, kau baru je kenal dia kut. Macam mana kau boleh nak kahwin dengan dia?" Ujar Naufal.

"Aku cuma kesian kat mak dia je, Fal. Mak dia berharap sangat aku kahwin dengan Jasmine. Aku tak nak hampakan mak dia."

"Tapi, keputusan yang kau buat ni terlalu terburu-buru, Rin. Kau tak fikir dulu ke sebelum buat keputusan?" Ujar Nik pula.

Hazrin menggeleng-geleng lemah. Dia sudah bosan dengan kata-kata seperti itu. Kenapa semua orang kena judge aku macam ni?

"Aku tahu apa yang aku buat ni tak masuk akal tapi, tak boleh ke kalau korang just support aku?"

Naufal dan Nik sudah terdiam. Mereka saling berpandangan sebelum kembali memandang wajah Hazrin.

"Aku dah penat nak bercinta bagai ni. Aku dah hilang dua orang yang aku sayang. Dan sekarang ni aku cuma nak orang yang aku sayang tu bahagia. Itu je yang boleh buat aku bahagia sekarang. Aku dah anggap mak Lily tu macam mak aku sendiri dah, Fal, Nik. Aku cuma nak tengok dia bahagia je."

Naufal menarik nafas dalam sebelum dihembus perlahan.

"Kalau dah itu keputusan kau, kitorang boleh buat apa kan? Cuma, satu jelah aku nak pesan kat kau. Jasmine tu bukan Lily tahu, Rin? Dia cuma orang yang mirip dengan Lily. Jasmine dengan Lily bukan orang yang sama, Rin. So, aku tak nak kau sakitkan hati dia dengan ingat dia tu Lily. Buat dia bahagia, Rin!" Ujar Naufal.

Nik mengangguk setuju.

"Thanks atas sokongan korang. Aku appreciate gila!" Ucap Hazrin.

"Relaks la, Rin. Kita member apa?" Balas Nik.

"Entah kau ni!" Sokong Naufal pula.

JASMINE terbatuk-batuk selepas tersedak air teh panas yang dihirupnya. Perit tekaknya dirasakan. Hatinya bagai tidak enak.

"Ya Allah, kenapa ni Min? Minum tu elok-elok la sikit!" Tegur Puan Liana.

Jasmine menoleh ke arah ibunya itu. Dia tersenyum nipis.

"Tak ada, bu. Min rasa macam ada orang sebut nama Min!"

"Siapa pula nak sebut nama kamu, Min? Hazrin?"

"Ish ibu ni, ke situ pulak. Bukan la, mana la Min tahu siapa."

"Min... Min..." Puan Liana menggeleng-geleng.

Selang beberapa minit kemudian, terdengar suara memberi salam di luar rumah. Serentak dua beranak itu menoleh ke arah pintu.

"Waalaikumussalam. Siapa pula yang datang petang-petang ni?" Ujar Puan Liana.

"Tak apa, bu. Biar Min buka pintu!"

Puan Liana hanya mengangguk. Jasmine melangkah ke pintu sebelum dikuaknya dari dalam. Terjengul wajah Hazrin di depan pintu. Jasmine terpaku sejenak.

"Assalamualaikum!" Tegur Hazrin bila Jasmine hanya membeku.

Jasmine masih leka merenung wajah Hazrin. Hazrin mengerutkan dahinya. Dah kenapa perempuan ni pandang aku macam tu?

"Assalamualaikum!" Hazrin menekan suaranya agak kuat hingga membuatkan gadis itu tersedar dari lamunannya.

"Waalaikumussalam. Sorry!" Balas Jasmine malu. Mesti dia perasan aku dok perhati dia dari tadi. Malunya aku!

"Ibu ada?" Soal Hazrin.

"Ada, masuk la!" Jasmine beralih ke tepi sedikit bagi memberi laluan kepada Hazrin untuk masuk.

"Thanks!" Ucap lelaki itu sebelum masuk ke dalam rumah.

Jasmine menutup pintu sebelum mengekori langkah Hazrin di belakang. Mereka sama-sama menuju ke ruang tamu rumah kayu itu.

"Assalamualaikum, ibu!" Sapa Hazrin.

Puan Liana tersenyum bila melihat wajah Hazrin.

"Waalaikumussalam. Lama Rin tak datang!" Balas Puan Liana.

"Sorry, ibu. Lately ni, Rin busy sikit. Tak dapat nak datang sini. Ni baru ada kesempatan!"

"Awak duduk la dulu, saya buat air kejap!" Ujar Jasmine.

Hazrin menoleh ke arah Jasmine sambil mengangguk perlahan. Dia duduk di hadapan Puan Liana. Manakala Jasmine terus menuju ke dapur untuk membuat air.

"Sebenarnya, Rin datang ni pun ada hajat!" Ucap Hazrin.

Puan Liana mengerutkan dahinya.

"Hajat apa pulak tu?" Soal orang tua itu.

Hazrin menarik nafas dalam.

"Rin setuju nak kahwin dengan Jasmine."

Puan Liana tersenyum senang mendengar kata-kata itu.

"Betul ke ni, Hazrin?"

"Betul, bu. Rin dah bincang dah pun dengan family Rin. Diorang pun dah setuju. Inshaa Allah hujung minggu nanti mama dengan papa akan datang sini untuk masuk meminang Min!"

Terketar-ketar tangan Jasmine yang sedang membawa dulang berisi teko dan cawan itu. Hampir saja terlepas bila mendengar kata-kata Hazrin sebentar tadi. Betul ke apa yang aku dengar ni? Hazrin nak kahwin dengan aku? Serius la weh?

"Papa cakap kalau boleh, tak payah la tunang-tunang ni. Kita langsung terus je. Ibu macam mana?" Ujar Hazrin.

"Ibu tak kisah cuma, kita kena tanya tuan badannya dulu la."

Hazrin mengangguk. Betul jugak! Kau beria nak kahwin dengan dia. Sekali dia tak nak kahwin dengan kau. Buat malu kaum je!

Jasmine meletakkan dulang di atas meja dan menuangkan air teh panas ke dalam cawan sebelum dihulur kepada Hazrin. Lelaki itu menyambutnya.

"Terima kasih!" Ucap Hazrin.

Jasmine hanya tersenyum sambil mengambil tempat di sebelah ibunya.

"Min, Hazrin datang ni ada hajat. Dia nak masuk meminang Min. Min macam mana?" Soal Puan Liana.

Hazrin memandang wajah Jasmine. Harap dia setuju. Harap dia setuju. Jangan friendzone kan aku, Min. Please!

"Min okey je, bu!" Jawab Jasmine.

Hazrin tersenyum nipis.

"Min yakin?"

Jasmine mengangguk yakin.

"Alhamdulillah, bagus la kalau macam tu. Tapi, keluarga Rin tak nak adakan majlis pertunangan. Kita langsung terus je. Min okey?"

"Apa yang ibu rasa terbaik untuk Min, Min ikut je, bu!"

Puan Liana mengangguk sambil memegang tangan anaknya itu. Hazrin menarik nafas lega. Nasib baik kau tak tolak aku. Kalau tak, buat malu aku je datang sini jauh-jauh.

Seharum Bunga JasmineWhere stories live. Discover now