Jasmine membersihkan pusara kakak kembarnya itu. Segala daun-daun dibuang ke tepi. Melihat kubur itu bersih, dia rasa puas. Dia memegang nisan yang terukir nama Lily Farisha binti Farid itu.
"Assalamualaikum, Ly. Aku datang ni!" Ucap Jasmine selepas selesai membaca surah yassin.
"Ly, aku tahu kau mesti happy kat sana kan? Ada ayah yang temankan kau. Ayah kan sayang kau sangat. Jangan risau pasal kitorang kat sini, aku akan gantikan kau untuk jaga ibu dengan adik-adik. Aku janji dengan kau, Ly."
Jasmine terdiam seketika, menahan sebak. Dicuba sedaya upaya supaya tidak menitiskan air mata di pusara kakak kembarnya itu.
"Suatu hari nanti, kau akan kahwin. Kau akan ada anak. So, cuba kau bayangkan kalau anak kau buat benda yang sama macam apa yang kau buat sekarang ni. Itu apa yang ibu rasa, Min. Kau nak ke anak kau pun perangai macam kau?" Ujar Lily.
Jasmine terdiam. Dia ni kalau kau call aku, tak lain tak bukan nak ajak aku gaduh jelah.
"Kau tak payah nak ajar aku la, Ly. Aku tak nak balik bukan sebab aku benci ibu. Aku cuma tak nak ingat apa yang dah jadi dekat sana je!"
"Come on la, Min. Benda dah lepas, arwah abah pun dah tak ada. Apa lagi yang kau tak puas hati ni? Masa arwah abah meninggal pun, kau tak balik. Kau nak jadi anak derhaka ke apa?"
"Dah la Ly, aku malas la nak gaduh dengan kau!"
"Aku call kau ni bukan nak ajak kau gaduh, Min. Aku cuma nak kau balik, susah sangat ke kau nak faham cakap aku? Lima tahun dah kau kat sana. Kau nak tunggu ibu tak ada dulu ke baru kau nak balik? Ke kau nak tunggu aku yang dah tak ada?" Lily bengang.
Jasmine tersentak dengan kata-kata itu. Apasal dia ni? Emo pula tiba-tiba.
"Kau jangan nak merepek boleh tak? Ini tak ada kena mengena pasal tu la. Kau tak faham ke? Aku cakap aku tak nak balik kan? Aku selesa duduk sini!"
"Kau kena ingat ea, Min? Sampai bila-bila pun, tempat kau dekat sini. Bukan dekat sana. Satu hari nanti, kau kena balik jugak. Okey, let me guess, kau akan balik. Tapi, bukan jumpa aku. Mungkin kau cuma jumpa batu nisan aku je nanti!" Ucapan Lily mengejutkan Jasmine.
Jasmine mengesat air matanya yang akhirnya tumpah jua. Kata-kata Lily lima tahun lepas benar belaka. Rasanya itu la kali terakhir dia bercakap dengan Lily. Selepas itu mereka tidak pernah berhubung lagi. Email tidak, telefon jauh sekali!
"Maafkan aku, Ly. Aku banyak dosa pada kau, aku harap sangat yang kau dah maafkan aku. Aku tak sempat nak minta maaf pada kau, pada arwah abah. Halalkan makan minum aku, Ly. Kita jumpa dekat syurga ya?" Jasmine tersenyum memandang pusara Lily itu. Seolah-olah Lily yang berada di depannya saat ini.
Dia rindu, rindu dengan senyuman Lily, pelukan hangat Lily. Dia rindu semua itu. Kini, dia tidak akan dapat merasai semua itu lagi. Lily sudah pergi buat selama-lamanya. Benar la kata orang, rindu yang paling menyakitkan adalah rindu kepada orang yang sudah tiada. Rindu itu tidak akan berkesudahan.
"Jasmine!" Tegur seseorang ketika Jasmine sedang dalam perjalanan pulang ke rumah.
Jasmine pantas menoleh. Ada orang kenal aku lagi ke? Sejak dia balik, ini la kali pertama rasanya orang memanggil namanya. Selalunya nama Lily.
"Jasmine kan?" Soal seorang gadis yang berhenti di hadapan Jasmine.
Jasmine mengangguk perlahan. Macam kenal dia ni.
"Su?" Balas Jasmine.
"Ya, Su la ni!" Jawab Sumayyah.
"Ya Allah Su, lama tak jumpa kau!" Terus dua wanita itu berpelukan erat.
![](https://img.wattpad.com/cover/204093239-288-k836905.jpg)
YOU ARE READING
Seharum Bunga Jasmine
Historia CortaPertemuan tidak disangka antara Zahin Hazrin dan Jasmine Farisha di majlis pengkebumian menimbulkan bibit cinta di hati Jasmine. Tetapi, jejaka yang dipuja dalam diam merupakan suami kepada kembarnya yang sudah meninggal dunia. "Kenapa baru sekarang...