Bab 24

76 2 0
                                        

Jasmine yang sedang memasak di dapur tiba-tiba terdengar seperti ada sesuatu yang jatuh di belakang rumahnya. Dia tersentak.

"Apa benda pulak tu?" Soalnya sendiri. Sudah la Hazrin tiada.

Jasmine mencuci tangannya dan cuba memberanikan diri ke arah pintu dapur. Dia ingin melihat apa yang berada di luar.

"Tak ada apa pun? Perasaan aku je kut?" Ujar Jasmine sebelum kembali masuk ke dalam rumah.

Hazirah yang sedang bersembunyi menarik nafas dalam bila melihat Jasmine sudah masuk ke dalam rumahnya.

"Apa yang boleh aku buat untuk singkirkan kau, Jasmine?"

Jasmine termenung seketika. Takkan la aku salah dengar? Tapi, apa benda yang jatuh? Kucing? Maybe!

"Termenung apa?"

Jasmine terkejut bila ada tangan yang menyentuh bahunya. Terus dia menoleh. Hazrin!

"Astaghfirullahalazim, awak. Terkejut saya. Bila awak sampai? Tak cakap pun dengan saya awak balik hari ni?" Ucap Jasmine sambil menarik tangan Hazrin sebelum menciumnya.

"Baru je. Lah... Kan saya dah bagitahu awak hari tu, saya pergi empat hari je!" Balas Hazrin.

"Saya lupa!"

Hazrin memandang wajah Jasmine yang sedikit pucat itu.

"Awak kenapa ni? Macam ketakutan je?" Soal Hazrin.

"Tak ada, tadi saya dengar macam ada sesuatu dekat luar. Tak tahu la orang ke apa tapi, bila saya keluar tak ada apa pun!"

Hazrin mengerutkan dahinya.

"Sesuatu? Awak salah dengar kut?"

"Entah la. Saya takut la, Hazrin."

"Tak ada apa la tu. Dah la, jangan fikir sangat!" Balas Hazrin.

Jasmine angguk.

"Awak masak?" Soal Hazrin.

"Haah, saya tak ingat awak balik hari ni. So, saya masak biasa-biasa je. Sorry!" Ucap Jasmine.

"It's okay la, apa pun awak masak, saya makan je."

Jasmine senyum. Hazrin dengan ayat manis memang tak boleh pisah.

"Saya naik dulu la, nak mandi. Solat pun belum lagi ni. Awak dah solat belum ni?"

"Cuti!" Jawab Jasmine sepatah.

"La... Cuti ke? Melepas la saya!"

Jasmine mencubit lengan suaminya perlahan.

"Gatal. Dah la, pergi naik!"

Hazrin tergelak kecil.

"Gurau sikit pun marah!" Balas Hazrin sebelum berlalu meninggalkan dapur.

Jasmine hanya menggeleng-geleng.

"Lusa wedding Nik, kita pergi ea?" Ujar Hazrin selepas makan malam.

Jasmine menoleh ke arah Hazrin.

"Nik?"

"Ya, Nik. Kawan baik saya tu la!"

Jasmine menggeleng perlahan. Tidak ingat sama sekali. Setahunya kawan baik Hazrin cuma Naufal. Nik ni siapa pulak?

"Awak tak kenal ke? Masa hari Lily meninggal dia ada."

"Saya tak perasan kut."

"Maybe!"

Jasmine angguk perlahan.

"Awak tak pernah cerita pun kat saya pasal Nik?" Ujar Jasmine.

Hazrin pandang Jasmine.

Seharum Bunga JasmineTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang