Bab 41

120 3 0
                                    

Beberapa bulan kemudian...

"Tahniah, encik dapat anak kembar lelaki dan perempuan. Ibu dan bayi ketiga-tiganya sihat." Beritahu seorang doktor wanita.

Hazrin serta ahli keluarganya tersenyum sambil mengucap syukur.

"Puan Jasmine akan dipindahkan ke wad sebentar lagi. Jadi, nanti encik boleh la melawat Puan Jasmine."

Hazrin mengangguk.

"Terima kasih, doktor!"

Doktor wanita itu tersenyum sebelum mengangkat kaki dari situ.

"Wow, kembar. Macam mak dia jugak. Congrats, Rin!" Ucap Hazriq.

Hazrin menoleh ke arah Hazriq.

"Thanks, chik."

Hazriq hanya tersenyum membalas.

🌸🌸🌸

MEREKA masuk ke dalam wad yang menempatkan Jasmine itu. Semua ahli keluarganya ada termasuk la ahli keluarga Jasmine kecuali Hazirah. Jasmine tersenyum manis. Aura keibuan terpancar di wajah itu.

"Tahniah, akak!" Ucap Hazwani.

"Thank you, adik!"

Hazwani tersenyum. Anak Hazrin dan Jasmine merupakan cucu pertama dalam keluarga Tan Sri Zaman memandangkan Hazwan dan Hidayah masih belum dikurniakan anak meskipun mereka sudah hampir enam tahun mendirikan rumah tangga.

Puan Liana duduk di sisi Jasmine di atas katil hospital itu. Pipi anaknya itu dikucup lembut.

"Tahniah, Min. Min dah jadi ibu sekarang, jangan nak nakal-nakal lagi ya?" Ujar Puan Liana.

"Apa ibu ni? Mana ada nakal!"

Mereka tergelak kecil.

"Tahniah, kakak!" Yana memeluk tubuh kakaknya itu.

"Thanks, Yana." Pelukan adiknya dibalas.

"Min berpantang dekat rumah mama ya?" Ujar Puan Sri Hazimah.

Jasmine melepaskan pelukan adiknya itu sebelum pandangannya dialihkan ke arah ibu mertuanya.

"Boleh, Lia? Min berpantang dekat rumah akak?" Pinta Puan Sri Hazimah kepada Puan Liana.

Puan Liana tersenyum.

"Boleh je, kak. Takkan la nak bawa Jasmine balik kampung pulak kan? Jauh!" Balas Puan Liana.

Jasmine tersenyum lega mendengar kata-kata ibunya itu. Nasib la ibu tak kisah. Sesetengah ibu, nak anak perempuan diorang berpantang dekat rumah diorang.

"Dah la tu berbincangnya. Jasmine penat tu, bagi dia rehat. Kita keluar la dulu!" Ujar Tan Sri Zaman.

Mereka mengangguk setuju.

"Hazrin, kamu teman Jasmine ya? Kami keluar dulu!" Ujar Puan Sri Hazimah.

Hazrin angguk. Selepas ahli keluarga mereka keluar, Hazrin menoleh ke arah Jasmine dengan senyuman. Dia duduk di sisi Jasmine di atas katil.

"Thanks!" Ucap Hazrin.

Jasmine tersenyum, manis sekali. Aura seorang ibu kan? Lain macam!

"Thanks too!" Balas Jasmine.

Hazrin juga tersenyum sambil mengucup dahi Jasmine lembut. Jasmine memejamkan matanya menerima kucupan hangat si suami.

🌸🌸🌸

HAZIRAH di dalam biliknya berjalan ke hulu ke hilir bagai orang tidak betul. Sesekali iPhone di atas katil dikerling. Menunggu panggilan dari seseorang yang sudah lama menghilangkan diri.

Seharum Bunga JasmineWhere stories live. Discover now