Bab 36

68 5 0
                                    

Hazriq yang baru turun dari tingkat atas itu terkejut dengan suara bising di ruang tamu. Hari itu merupakan hari minggu. Mama dan papanya seperti biasa tiada di rumah waktu-waktu seperti itu.

Segera dia bergerak ke ruang tamu untuk melihat apa yang terjadi. Serasanya, abang dan kakak iparnya juga tiada. Jadi, siapa yang bising dekat ruang tamu itu?

"Angah tak boleh buat adik macam ni. Angah siapa nak tentukan hidup adik?" Terdengar suara Hazwani yang sedang ditahan.

"Asal pulak aku tak boleh buat kau macam tu? Kau pun nak jadi macam achik dengan abang kau ke?" Balas Hazirah garang.

Air mata Hazwani mengalir perlahan. Hazriq yang baru tiba di ruang tamu itu sedikit bingung dengan situasi di depannya saat ini. Dah kenapa pulak ni? Dua-dua muka macam apa.

"Apahal ni?" Soal Hazriq.

Serentak, dua beradik itu menoleh. Hazriq agak panik bila melihat adiknya itu menangis. Pulak dah! Hazirah menarik muka.

Hazriq memandang wajah Hazirah bila dia tidak mendapat sebarang jawapan dari mereka berdua. Air mata Hazwani masih berlinangan walau sudah sedaya upaya dilap dengan tangan.

"Ngah, kenapa ni? Kau tak habis-habis nak cari masalah kan?" Soal Hazriq.

Hazirah sedikit terkejut.

"Kau cakap apa? Aku cari masalah?"

"Yelah, orang dalam rumah ni tak pernah hidup senang bila kau ada. Dekat mata kau, semua benda tak kena. Tak cukup ke apa yang kau dah buat dekat Rin dengan Jasmine?" Balas Hazriq.

"Achik, aku buat semua ni untuk kebaikan korang."

Terlepas senyuman sinis di bibir Hazriq. Agak kelakar dengan kata-kata Hazirah itu.

"Kebaikan? Kebaikan apa yang kitorang dapat? Cuba kau cakap!"

Hazirah terdiam.

"Boleh tak kalau dalam sehari je kau tak ganggu hidup kitorang? Suka hati kitorang la nak buat apa pun. Aku tak tahu apa yang kau marah sangat dekat adik tapi, kau tak ada hak nak halang apa yang dia buat. Along even mama dengan papa pun tak pernah halang apa yang kitorang nak buat. Kau yang tiba-tiba nak cari kebaikan untuk kitorang dah kenapa?" Ujar Hazriq panjang.

"Kau tahu tak apa yang adik kesayangan kau ni dah buat? Dia keluar dengan jantan tahu tak?"

Hazriq menoleh ke arah Hazwani sejenak. Terkejut jugak la, sejak bila pula adik aku ni ada boyfriend? Kemudian dia kembali memandang wajah Hazirah.

"So apa masalahnya? Dia dah besar kan? Bukan budak kecil lagi!"

"Apa masalahnya kau tanya? Dengan siapa-siapa entah dia keluar, kita tak tahu mana asal usul dia."

"Tapi, tetap angah tak boleh buat macam tu." Hazwani kembali bersuara selepas hanya menjadi pendengar kepada pertelingkahan lidah antara abang dan kakaknya itu.

Mereka mula menumpukan perhatian kepada adik mereka.

"Angah serang dia depan orang ramai. Angah malukan dia, achik!" Adu Hazwani kepada abangnya.

Hazriq terdiam seketika. Dia menoleh ke arah Hazirah. Dia ni memang tak ada life kan? Kerja nak menganggu life orang je!

"Adik dengan lelaki tu cuma kawan je, achik. Kitorang just buat study group. Angah tu je yang salah faham!"

"Eh, study group memang kena berdua ke? Itu bukan study group namanya, itu dating. Lagipun, dah kenapa korang nak study group dekat cafe? Tak ada tempat lain ke?" Hazirah berang.

"Adik dah cakap kan, kitorang tak berdua. Masa angah nampak kitorang tu, yang lain tengah on the way. Asal yang susah sangat angah nak percaya cakap adik ni? Lagipun, kalau ya pun adik ada apa-apa dengan dia, apa masalah angah? Angah jealous?" Hazwani tak nak kalah.

Hazirah geram dengan kata-kata adiknya itu.

"Kau biadap kan? Eh, aku ni kakak kau tahu? Jaga sikit bahasa tu!"

"Angah nak orang hormat angah tapi, angah sendiri tak reti nak hormat orang." Ucap Hazwani.

Terus melayang tangan Hazirah ke pipi adiknya tanpa sempat Hazriq menghalang. Hazwani terus memegang pipinya yang terasa perit dek tamparan itu.

"Kau buat apa ni, Irah?" Hazriq terkejut.

"Baru puas hati aku. Itu je makan dia untuk budak kurang ajar macam dia ni!" Balas Hazirah selamba.

Hazriq menggeleng-geleng.

"Kau memang dah melampau. Kalau ya kau nak mengajar dia pun, bukan macam ni caranya. Banyak lagi cara lain. Kalau kau tak boleh buat dengan cara yang betul, better kau tak payah buat la. Kau cuba nak tunjuk yang kau ni baik tapi, dalam masa yang sama kau tak sedar sikap kau tu buat ramai orang menyampah dengan kau!" Ucap Hazriq.

Hazirah terpana.

"Adik, naik atas!" Arah Hazriq.

Hazwani angguk. Segera dia meninggalkan mereka berdua.

"Eh, kau nak pergi mana? Aku tak habis cakap lagi dengan kau!" Ujar Hazirah kepada Hazwani.

Namun, Hazwani tetap melangkah.

"Apa masalah kau hah?" Hazirah bengang.

"Asal? Kau tak puas hati? Kau selalu guna alasan kau tu 'kakak'. Sebab kau kakak kitorang, kau ada tiket free untuk aturkan hidup kitorang la? Habis, kitorang ni sebagai adik kena redha je dengan apa yang kau buat? Macam tu ke kau harap? Memang tak ada lerr. Betulkan hidup kau tu dulu sebelum nak betulkan hidup orang. Jangan sampai adik-adik kau ni hilang hormat pada kau!" Ucap Hazriq.

"Kau..."

"Dah, aku malas nak layan kau. Aku nak keluar, kau jangan ganggu adik. Kalau aku tahu kau kacau dia, siap la kau." Ujar Hazriq sebelum keluar dari rumah mewah itu.

"Yahh!! Zahin Hazriq!"

🌸🌸🌸

JASMINE melipat pakaian mereka lalu dimasukkan ke dalam bagasi. Mereka harus pulang ke Malaysia setelah empat hari berada di Seoul. Rasa sayang mahu meninggalkan kota itu tapi, apa dayanya?

"Flight kita pukul berapa?" Soal Jasmine kepada Hazrin yang sudah siap dengan uniform kerjanya itu.

Hazrin menoleh ke arah Jasmine.

"Satu jam lagi. Dah siap kemas ke? Kita dah patut gerak ni."

Jasmine mengangguk.

"Awak akan bawa saya fly lagi tak?" Soal Jasmine tiba-tiba.

"Kenapa awak tanya macam tu pulak?" Hazrin pelik.

"Tak ada la, rasa macam seronok pulak. Yelah, even awak kerja tapi, saya tetap boleh bersama awak."

Hazrin tersenyum nipis.

"Saya boleh bawa awak tapi, tak boleh selalu la ea? Awak kan kerja, saya pun kerja. So, saya takut saya tak boleh fokus dengan kerja saya kalau awak ada sekali!"

"Macam tu pulak?"

Hazrin hanya tersengih kepada isterinya itu. Nasib comel!

"Sekarang dah bulan berapa?" Soal Jasmine lagi.

Hazrin mengerutkan dahinya. Jasmine asyik bertanyakan soalan yang pelik-pelik.

"Bulan lima, sayang. Dah kenapa awak tanya? Baru empat hari dekat Seoul, dah lupa bulan berapa ke?"

"Erm, tinggal dua bulan je lagi nak sampai due date Aufa kan?"

Hazrin terdiam. Tidak jadi terus niatnya untuk menyambung mengusik isterinya.

"Kita gerak jom, takut lambat sampai airport!" Hazrin memecahkan sunyi antara mereka.

*Please vote, comment and share*
*Sorry kalau story sedikit mengarut.. I'm trying my best (broken english) 😜 do I care?!

Seharum Bunga JasmineWhere stories live. Discover now