Tan Sri Zaman meletakkan telefon bimbitnya di atas meja selepas perbualan singkatnya bersama Hazriq tadi.
"Kenapa, bang? Achik cakap apa?" Soal Puan Sri Hazimah laju.
Yang lain menanti dengan wajah yang penuh dengan rasa ingin tahu.
"Alhamdulillah, anak kita masih hidup, Mah. Rin masih hidup." Balas Tan Sri Zaman.
"Alhamdulillah." Ucap seluruh ahli keluarga itu.
"Alhamdulillah. Subhanallah. Maha Suci Allah." Ucap Puan Sri Hazimah tidak henti dengan linangan air mata kesyukuran.
"So, Rin macam mana pa? Achik cakap apa lagi? Apa jadi pada dia sebenarnya?" Soal Hazwan pula.
Tan Sri Zaman terdiam seketika.
"Papa tak berapa jelas dengan apa yang achik cerita cuma yang achik bagitahu, Rin koma sekarang ni."
"Bila kita nak ke sana, pa?" Soal Hazirah.
"Achik cakap kita tak payah ke sana. Kita just stay kat sini. Apa-apa perkembangan terbaru pasal Hazrin, dia akan update kat kita."
"Tapi, adik nak tengok abang pa. Tak boleh ke kalau kita pergi je sana?" Si bongsu mula bersuara.
Mereka semua menoleh ke arah Hazwani.
"Adik, kalau achik cakap tak payah tu tak payah la. Mesti ada sebab kenapa dia tak bagi kita pergi sana. Achik kan ada kat sana. Nanti apa-apa dia bagi tahu kita la." Ujar Tan Sri Zaman.
"Dah la tu. Apa-apa pun, kita dah tahu yang abang masih hidup. Tu pun dah cukup dah kan?" Ucap Puan Sri Hazimah.
Mereka mengangguk mengiakan.
*****
SUDAH seminggu lebih mereka berada di rumah itu namun keadaan Hazrin masih tidak berubah. Matanya terus terpejam dalam lena panjangnya.
"Kenapa abang tak bagi diorang semua datang sini?" Soal Sumayyah ketika hanya mereka berdua di ruang tamu.
"Bukannya abang tak bagi tapi, abang rasa tak perlu ramai-ramai kut dekat sini. Rin pun masih belum sedar. Biar la dulu kita je yang teman Rin kat sini. Nanti bila Rin dah sedar, diorang nak datang, datang jelah. Tak kisah pun."
Sumayyah angguk.
"Abang dah bagitahu Naufal dengan Nik pasal Rin?"
"Dah, semalam."
"Lepas tu, diorang cakap apa?"
"Diorang sama la macam kita masa mula-mula nampak Rin. Terkejut, tak sangka." Jawab Hazriq.
Sumayyah angguk lagi.
"Apa pun sekarang ni kita doa la supaya Allah permudahkan semua nya."
"Betul la tu." Sokong Sumayyah.
🌸🌸🌸
"ABANG! Marissa nak jumpa kita!"
Naufal mengerutkan dahinya pelik. Dah kenapa pulak Marissa nak jumpa?
"Kenapa?" Soal Naufal.
"Tak tahu, dia kata ada hal penting dia nak cakap. Dia nak jumpa Nik dengan Rose sekali."
Lagi la Naufal hairan.
"Bila?"
"Lunch hour!"
Naufal hanya angguk.
~~ skip ~~
Empat pasang mata fokus memandang wajah Marissa di depan mereka. Entah apa yang mahu dikata kan oleh wanita itu.
YOU ARE READING
Seharum Bunga Jasmine
Short StoryPertemuan tidak disangka antara Zahin Hazrin dan Jasmine Farisha di majlis pengkebumian menimbulkan bibit cinta di hati Jasmine. Tetapi, jejaka yang dipuja dalam diam merupakan suami kepada kembarnya yang sudah meninggal dunia. "Kenapa baru sekarang...