Hazrin yang baru keluar dari balai ketibaan itu terus menghidupkan iPhone nya. Berlambak notification keluar di notification bar. Notification dari Instagram diabaikan. Yang menarik perhatiannya cuma missed call dari achik dan adiknya.
Dia mengerutkan dahinya. Achik dengan adik call? Dah kenapa pulak ni? Dia juga menerima WhatsApp dari Hazirah. Dah kenapa semua adik beradiknya itu mencarinya? Ada apa yang jadi ke? WhatsApp dari Hazirah dibuka dan dibaca.
Hazirah
Hazrin, kau dekat mana? Aku call kau tak pernah nak jawab. Marah sangat ke kau kat aku? Kalau kau baca ni, please return call aku. Ada benda penting aku nak cakap.
Hazrin tergelak kecil. Apa benda yang penting sangat kau nak cakap? Kau saja nak jumpa aku sebab nak cari gaduh dengan aku kan? Tapi, kejap! Yang achik dengan adik call kenapa pulak?
"Awak!" Tegur Jasmine.
Hazrin mengangkat kepalanya.
"Hah, sorry. Saya check phone kejap!"
"Kenapa? Ada benda penting ke?" Soal Jasmine.
Hazrin tersenyum nipis.
"Tak kut, jom la kita balik dulu. Saya penat la!" Balas Hazrin.
Jasmine angguk.
"Saya drive ea?" Ujar Jasmine.
"Tak apa la, biar saya drive!"
"It's okay, awak kan penat. Saya drive!"
Hazrin mengangkat bahu.
"Okey!"
🌸🌸🌸
HAZIRAH membuka akaun WhatsApp nya. Nama Hazrin ditekan. Sudah bluetick tapi, langsung tidak dibalas oleh adiknya itu. Hazirah mendengus geram. Kau read je? Tak guna betul!
"Achik!" Panggil Hazirah yang nampak Hazriq baru masuk ke dalam rumah.
Hazriq menoleh malas ke arah kakaknya itu.
"Apa?"
"Kau tahu tak Rin pergi mana? Asal aku call dia tak jawab ek?" Soal Hazirah.
"Mana la aku tahu, aku call pun dia tak jawab!" Jawab Hazriq.
Hazirah memandang wajah Hazriq dengan riak curiga.
"Kau betul ke tak tahu? Ke kau tak nak bagitahu aku? Mustahil la Rin tak cakap apa-apa dengan kau. Cakap jelah, chik. Rin mana?"
Hazriq berdecit geram. Aku dah la penat, jumpa orang tak sepatutnya lagi. Ini dia nak tambah lagi?
"Dia pergi Seoul, dah empat hari dia dekat sana. Puas hati?"
"Seoul? Dia buat apa pergi sana?"
Hazriq menggeleng-geleng.
"Kau rasa dia buat apa?"
Hazirah mengangkat bahu.
"Kerja la, apa lagi. Adik kau tu kan pilot. Tanya soalan macam orang tak ada akal la kau ni!"
Hazirah angguk. Hazriq mahu berlalu dari situ tapi, ditahan oleh Hazirah.
"Achik, kejap la!"
"Apa lagi kau ni? Aku penat la!"
"Kau dah cari ke lelaki yang keluar dengan adik tu?" Soal Hazirah.
"Kenapa pulak aku nak kena cari dia?" Soal Hazriq semula.
Hazirah terdiam.
"Pelik-pelik la kau ni. Kalau dah tak ada benda nak cakap, tak payah cakap la. Aku penat!" Terus Hazriq mendaki anak tangga menuju ke tingkat atas.
YOU ARE READING
Seharum Bunga Jasmine
Short StoryPertemuan tidak disangka antara Zahin Hazrin dan Jasmine Farisha di majlis pengkebumian menimbulkan bibit cinta di hati Jasmine. Tetapi, jejaka yang dipuja dalam diam merupakan suami kepada kembarnya yang sudah meninggal dunia. "Kenapa baru sekarang...