Bab 55

90 3 0
                                    

Sepanjang berada di Rotterdam, Hazrin tidak pernah menghubungi Jasmine seperti selalu sampai la sepuluh hari lamanya baru la lelaki itu pulang.

Tetapi, Jasmine tidak berada di rumah mertuanya. Semasa ketiadaan Hazrin, dia pulang ke rumahnya dengan Hazrin bersama Adam. Hawa masih tidak mahu bersamanya.

"Assalamualaikum!" Ucap Hazrin.

Jasmine yang sedang duduk di sofa itu menoleh ke arahnya.

"Waalaikumussalam!" Jawab Jasmine.

Hazrin menuju ke tangga selepas menutup pintu rumah.

"Macam mana awak tahu saya ada kat sini?" Soal Jasmine.

Langkah Hazrin mati.

"Mama bagitahu!" Jawab Hazrin ringkas.

"Kenapa kali ni lama sangat awak pergi? Awak kata lima hari je? Ada masalah ke?" Soal Jasmine lagi.

Hazrin memandang wajah Jasmine.

"Awak nak apa sebenarnya? Boleh tak kalau awak nak soal siasat saya nanti? Awak tak nampak ke saya baru balik kerja? Saya penat. Awak sepatutnya tanya saya nak makan ke apa, bukan soal siasat saya macam ni." Hazrin tiba-tiba naik angin sebelum memanjat anak tangga ke tingkat atas.

Jasmine terkedu.

*****

"HAZRIN!"

Jasmine memanggil nama Hazrin yang baru saja hendak melangkah ke dapur. Wajah lelaki itu sedikit bengang.

"Awak nak apa?" Soal Hazrin.

"Hazrin, we need to talk!"

"Awak nak cakap apa lagi? Pasal Lily lagi? Dah la, Min. Saya dah bosan la nak dengar pasal tu!"

"No, ni bukan pasal Lily. Pasal kita!"

Hazrin terdiam. Dia memandang wajah isterinya itu.

"Kenapa dengan kita?" Soal Hazrin.

"Hazrin, awak tak rasa ke kita macam dah makin jauh?"

Hazrin berjalan ke ruang tamu lalu duduk di sofa yang bertentangan dengan Jasmine. Mata wanita itu ditenung.

"Apa maksud awak ni?"

"Awak memang tak faham atau pura-pura tak faham? Kenapa awak macam nak mengelak dari saya, Hazrin?"

"Awak je yang fikir bukan-bukan. Apa maksud awak kita dah makin jauh? Saya tak rasa macam tu pun? Dan bila masa saya mengelak dari awak?"

"Hazrin, kalau saya tinggi suara dengan awak, awak akan cakap saya derhaka dengan awak. Tapi, awak sendiri yang lari dari masalah!"

Hazrin menghembus nafas perlahan.

"Okey, sekarang ni awak nak cakap apa? Tell me now, saya dengar semua apa yang awak nak cakap. Before that, saya nak minta maaf kalau saya ada buat awak terasa atau apa even saya tak tahu pun kenapa awak jadi macam ni."

"Hazrin, saya tahu saya bukan Lily. Tapi, awak tak boleh layan saya macam ni tahu? Saya ni isteri awak!"

"See? Balik-balik Lily jugak yang awak maksudkan kan? Apa lagi yang tak cukup, Min? Selama ni saya layan awak macam mana? Saya layan awak teruk ke sampai awak cakap macam tu?"

Jasmine geleng.

"Habis tu awak nak apa sebenarnya?"

"Saya nak awak lupakan Lily!" Jasmine tidak sengaja meninggikan suaranya.

Seharum Bunga JasmineWhere stories live. Discover now