Bab 49

90 1 0
                                    

Satu persatu wajah ahli keluarganya dipandang oleh Hazriq. Mereka di suruh berkumpul di ruang tamu pada hujung minggu itu. Hazriq menarik nafas dalam.

"Kenapa ni, achik?" Soal Tan Sri Zaman.

Hazriq pandang wajah papanya.

"Pa, ma, sebelum tu achik nak minta maaf. Achik tak tahu apa yang achik buat ni betul atau tak."

Mereka kerut dahi.

"Maksud achik?" Soal mamanya pula.

"Achik nak putuskan pertunangan dengan Su!" Ucap Hazriq.

Mereka semua yang berada di situ terkejut dengan keputusan mendadak dari Hazriq itu.

"Putus? Kenapa sampai nak putus, achik? Kau dengan Su gaduh teruk ke?" Soal Hazwan.

Hazriq geleng.

"Kitorang tak gaduh pun, long!"

"Dah tu, kenapa nak putus? Kau dah tunang tiga tahun kut, chik."

Hazriq menundukkan wajahnya.

"Aku dah tak tahan dah, long. Su masih lagi nak postpone wedding kitorang. Aku tak tahu apa yang dia nak sebenarnya. Aku rasa dia macam saja nak main-mainkan aku, long!"

Hazrin ketap gigi. Again, Su? Kau memang tak pernah serik ke nak mainkan hati dan perasaan abang aku? Apa yang kau nak sebenarnya?

Jasmine menoleh ke arah Hazrin, ingin melihat reaksi lelaki itu. Jelas menunjukkan lelaki itu sedang menahan marah. Dulu dia pernah bertekak dengan Hazrin tentang Sumayyah dan Hazriq kerana dia terang-terang membela Sumayyah. Kini dia hanya mampu diam.

"Takkan la Su tak bagitahu sebabnya kenapa dia nak tangguh?" Ujar Puan Sri Hazimah.

Hazriq geleng.

"Tak ada, ma. Achik pun tak tahu kenapa. Dah kalau asyik postpone je, better putus la, ma. I can't take it anymore!"

"Kau nak aku jumpa Su ke, chik?" Soal Hazrin tiba-tiba.

Semua mata menoleh ke arahnya.

"Tak payah la, Rin. Aku pun dah tawar hati la."

Hazrin terdiam. Dah itu kata abangnya, apa lagi yang mampu dia katakan?

"Assalamualaikum!"

Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari luar rumah. Serentak semua menoleh serta menjawab salam. Hazwani bangun.

"Tak apa, adik pergi buka pintu!"

Selang beberapa saat kemudian, Hazwani kembali bersama Sumayyah dan kedua orang tuanya. Hazriq tersentak.

"Maaf la ya? Kami datang tiba-tiba tak bagitahu ni." Ujar Lebai Hashim, ayah Sumayyah.

"Eh, tak apa. Jemput duduk!" Balas Tan Sri Zaman.

Puan Sri Hazimah memberikan senyuman kepada Puan Solehah.

"Min pergi buat air kejap ya?" Ujar Jasmine sambil bangkit dari duduk.

Ahli keluarganya hanya mengangguk.

"Akak tolong Min!" Hidayah menyampuk.

"Adik pun!"

Sudahnya, mereka bertiga ke dapur sama-sama. Di dapur, sempat juga la tiga wanita itu membawang mengenai kedatangan keluarga Sumayyah yang tiba-tiba itu.

"Min tak tahu ke yang Su nak datang rumah ni bawa parents dia?" Hidayah yang sedang menyediakan cawan itu bertanya.

"Tak tahu la pulak, kak. Su pun tak ada bagitahu Min!" Jawab Jasmine.

Seharum Bunga JasmineWhere stories live. Discover now