Jasmine memandang suaminya yang sudah siap dengan uniform kerjanya itu. Tetapi, yang dia pelik dia juga disuruh bersiap.
"Kenapa awak suruh saya bersiap jugak? Lepas tu, baju saya ni kenapa? Bukan awak nak pergi kerja ke?" Soal Jasmine.
Hazrin hanya tersenyum membalas. Jasmine semakin pelik.
"Dah siap ke?" Soal Hazrin.
Jasmine angguk.
"Jom!"
Jasmine mengangguk. Dia fikir mungkin Hazrin akan menghantarnya ke rumah mertuanya sebelum bergerak ke airport.
Jangkaan Jasmine meleset sama sekali bila Hazrin memandu terus ke KLIA. Dia menoleh ke arah Hazrin.
"Awak nak saya bawa balik kereta ke?" Soal Jasmine.
Hazrin memandang Jasmine. Keningnya berkerut.
"Kenapa pulak?" Soalnya semula.
"Ini, bukan jalan nak pergi airport ke?"
"Ouh... Ha, ya!" Balas Hazrin.
Jasmine menutup mulutnya selepas itu. Macam ada sesuatu je. Sampai saja di KLIA, Hazrin menyuruh Jasmine ikut turun bila kereta sudah diparkir.
"Ambil ni!" Hazrin menghulurkan tiket kapal terbang kepada Jasmine.
Jasmine mengambilnya walaupun dia tidak mengerti situasi itu. Tiket kapal terbang dilihatnya. Seoul?
"Kenapa ni?" Jasmine masih tidak faham.
"Awak tunggu dekat sini sampai kena panggil nanti ya? Saya kena masuk dulu. Sorry, saya tak dapat nak teman awak dekat tempat passenger. Saya kena ada dalam kokpit. Memandangkan saya susah nak cuti, anggap jelah ini honeymoon kita ya?" Ujar Hazrin.
Jasmine terpaku sejenak. Tak tahu nak menangis ke nak gembira. Dua-dua perasaan itu ada. Terharu! Jasmine tersenyum kepada Hazrin.
"Thank you!" Ucap Jasmine.
Hazrin membalas senyuman itu. Dia menyentuh kepala Jasmine yang di baluti tudung bawal itu sejenak.
"Kita jumpa nanti ya?" Ujar Hazrin.
Jasmine angguk. Hazrin berlalu pergi dengan bagasinya. Jasmine duduk di ruang menunggu dengan senyuman masih terukir di bibirnya. Tak sangka Hazrin boleh plan macam ni. Dia menggenggam tiket di tangannya.
Hazrin menarik keluar iPhone dari poket seluarnya bila terdengar bunyi ting yang menandakan ada mesej yang masuk. Dibukanya mesej dari aplikasi WhatsApp itu.
'Have a safe flight. Jangan lupa, salah seorang passenger yang awak kena bawa ialah saya. Thanks, sayang. Ini hadiah paling istimewa yang saya pernah dapat. Jumpa nanti, always miss you. Even satu flight, tetap tak dapat tengok muka awak. 🙁'
Tergelak kecil Hazrin membaca pesanan dari isterinya itu. Jasmine... Jasmine... Ada-ada jelah awak ni!
"Wah... Happy semacam je?" Tegur seseorang dari belakang.
Hazrin menoleh. Dia tersenyum memandang rakan sekerjanya yang akan sama-sama terbang ke Seoul sebentar saja lagi.
"Mana ada la!" Balas Hazrin.
Azzam tersenyum nipis. Nak menipu aku je. Macam aku tak nampak kau dok tersengih dari tadi.
"Jom la masuk, nak boarding dah ni!" Ajak Azzam.
Hazrin mengangguk, iPhone kembali disimpan di dalam poket seluar selepas ditukar kepada mode airplane. Mereka sama-sama berlalu dari situ.
🌸🌸🌸
YOU ARE READING
Seharum Bunga Jasmine
Short StoryPertemuan tidak disangka antara Zahin Hazrin dan Jasmine Farisha di majlis pengkebumian menimbulkan bibit cinta di hati Jasmine. Tetapi, jejaka yang dipuja dalam diam merupakan suami kepada kembarnya yang sudah meninggal dunia. "Kenapa baru sekarang...