Bab 22

67 2 0
                                    

Jasmine meletakkan mug berisi air milo di hadapan Hazrin. Hazrin menoleh sambil tersenyum.

"Thanks!" Ucap Hazrin.

Jasmine tersenyum sambil duduk di depan suaminya itu.

"Hazrin!" Panggil Jasmine perlahan.

"Erm!"

"Kalau saya nak kerja boleh?"

Hazrin yang sedang membuat kerja itu mengangkat kepalanya memandang wajah Jasmine.

"Awak nak kerja ke?"

"Laa... Kan hari tu awak bagi saya kerja?" Balas Jasmine.

"Ya, memang hari tu saya bagi awak kerja tapi, tiba-tiba saya ubah fikiran lepas awak keguguran. Awak tak payah la kerja. Lagipun, saya mampu tanggung awak!"

Jasmine menarik nafas dalam.

"Hazrin, awak tahu kan saya tak nak terlalu bergantung pada awak? Nanti apa pulak Kak Irah cakap kalau saya cuma duduk rumah je?"

"Dia nak cakap apa? Awak tu isteri saya, Min. Peduli la apa dia nak cakap pun!" Balas Hazrin.

"Awak cakap senang la, bukan awak yang dibenci. Saya ni, saya yang kena hadap caci maki dia!"

Hazrin mulai lemah melihat wajah sayu Jasmine itu.

"Fine, esok saya bawa awak pergi Bumi Hijau!" Ucap Hazrin.

Terus terukir senyuman di wajah Jasmine.

"Serius? Betul?"

"Ya!"

"Thanks, sayang awak!" Jasmine menghadiahkan ciuman di pipi Hazrin sebelum berlari naik ke biliknya.

Hazrin terpaku sejenak dengan keberanian Jasmine itu. Wah... Dah berani kau sekarang kan? Dia tersenyum sambil menggeleng perlahan.

🌸🌸🌸

KETIKA Hazrin dan Jasmine melangkah masuk ke dalam bangunan Bumi Hijau Holdings itu ramai menumpukan perhatian kepada mereka. Bukan mereka sebenarnya tapi, Hazrin.

Jasmine bengkek. Apahal korang pandang-pandang dia? Ini laki aku tahu? Aku punya!

"En. Hazrin!" Tegur seseorang.

Serentak mereka menoleh ke arah suara itu. Hazrin terus tersenyum melihat wajah Syakila, setiausaha di syarikat itu. Dia la yang menguruskan segalanya sementara ketiadaan Naufal.

"Lamanya En. Hazrin tak datang?" Ujar Syakila.

"Busy sikit la!" Balas Hazrin.

Syakila mengangguk.

"Kenalkan, ini Jasmine. Min, ini Syakila, setiausaha syarikat ni!" Perkenal Hazrin.

Mereka saling berjabat tangan sambil berbalas senyuman.

"Siapa ni, En. Hazrin? Cantik? Girlfriend ea?" Usik Syakila.

"Yup, my halal girlfriend!"

Terbeliak biji mata Syakila.

"Means, your wife?"

Hazrin angguk. Jasmine hanya tersenyum.

"Dah la, tutup mulut awak tu. Lalat masuk karang!" Ucap Hazrin.

Serentak Syakila menutup mulutnya.

"Meeting room kosong tak?" Soal Hazrin tiba-tiba.

"Kosong. Kenapa ya, encik?"

"Good. Sya, tolong saya kumpulkan semua staff dekat meeting room. Now!" Arah Hazrin.

"Okey!" Balas Syakila sebelum berlalu.

Seharum Bunga JasmineWhere stories live. Discover now