Bab 33

68 3 0
                                    

Rose menghampiri lobi hotel yang sedang berada dalam situasi kekecohan itu. Siapa pulak buat hal ni?

"Ada apa ni?"

Serentak Balqis, receptionist hotel itu dan wanita yang membuat kecoh itu menoleh. Rose terpaku melihat wanita itu.

"Cik ni, puan. Dia nak jumpa dengan En Nik tapi, dia tak ada buat appointment." Jawab Balqis.

"Tak apa, awak boleh sambung kerja!" Balas Rose.

Balqis mengangguk sejenak sebelum berlalu kembali ke tempatnya. Rose memandang wajah wanita itu.

"Ada apa kau nak jumpa suami aku?" Soal Rose.

Zana tersenyum sinis.

"Aku ada benda nak tanya dia. Mana dia?" Balas Zana.

"Kau ingat suami aku tu tak ada kerja lain ke nak kena jumpa kau?"

"Kau berlagak kan? Aku nak jumpa Nik. Susah sangat ke kau nak panggil dia?"

Rose mengetap gigi. Degilnya perempuan ni!

"Nik tak ada, dia ada meeting dekat luar!"

"Kau tipu kan? Dia mesti ada dalam bilik dia. Mana bilik dia?" Zana sudah berura-ura mahu berlalu dari situ.

Cepat saja Rose menghalang.

"Aku dah cakap dia tak ada kan? Kau tak faham bahasa ke?"

Belum sempat Zana membalas, tiba-tiba Nik muncul di situ.

"Kenapa ni?" Soal lelaki itu.

Mereka menoleh ke arah Nik. Nik pelik melihat Zana berada di situ.

"Kau buat apa dekat sini?" Soal Nik.

"Aku nak jumpa kau."

"Pahal kau nak jumpa aku pulak? Kita tak pernah ada urusan ea?"

Zana bengang. Laki bini ni sama je!

"Aku ada benda nak tanya kau. Boleh tak aku cakap dengan kau kejap?"

"Kau nak tanya pasal apa?"

Zana terdiam seketika. Dia menoleh ke arah Rose yang masih tidak beranjak dari situ.

"Rose, Nik cakap dengan dia kejap la. Selagi tak layan, selagi tu dia tak nak berambus dari sini."

Rose hanya mengangguk. Nik kembali memandang wajah Zana.

"Masuk bilik aku!" Nik mendahului.

Zana tersenyum sinis memandang Rose yang masih membisu itu sebelum mengekori langkah Nik. Rose menggeleng. Perempuan gila!

"Syai, nanti tolong hantarkan air ke bilik En Nik ya? Even dia tetamu tak diundang, kita kena layan dia dengan baik jugak!" Ujar Rose kepada salah seorang staff nya di Pacific Hotel itu.

Oh, lupa nak bagitahu. Pacific Hotel, tempat resepsi perkahwinan Nik dan Rose itu merupakan hotel milik keluarga Nik yang kini sudah diambil alih oleh Nik sendiri.

Syaima mengangguk perlahan.

"Baik, puan!"

"Oh, kejap. Kalau En Nik tanya, cakap saya yang suruh hantar!"

Syaima mengangguk lagi sebelum berlalu dari situ.

"So, apa benda yang kau nak tanya aku sampai kau buat kecoh kat hotel aku ni?" Soal Nik.

Zana tidak terus menjawab. Dia melihat sekeliling bilik pejabat Nik itu. Besar, cantik. Nik ni pun boleh tahan kaya jugak. Dia memandang ke arah Nik yang sedang melipat lengan baju kemejanya hingga ke paras siku itu. Kot nya sudah dicampak di kerusi. Zana terpaku sejenak. Asal aku tak pernah perasan yang Nik ni handsome orangnya ek? Kalau tak dapat Hazrin, Nik pun okey!

Seharum Bunga JasmineWhere stories live. Discover now