Bab 44

113 2 0
                                    

Sejak pengsan tempoh hari, kini sudah genap sebulan Hazrin tidak sedarkan diri. Para doktor juga tidak dapat mengesan apakah punca sebenarnya. Kedua ahli keluarga itu menjadi pengunjung tetap hospital itu sejak sebulan yang lalu.

Hidayah dan Hazwani bergilir-gilir menjaga si kembar yang masih kecil di rumah bersama Mak Sal. Sepanjang sebulan itu juga macam-macam perkara telah berlaku antaranya Hazirah dimasukkan ke hospital sakit jiwa kerana cubaan membunuh kedua kembar.

Kenapa hospital sakit jiwa? Bukan penjara? Hazirah disahkan menghidap masalah mental sejak dia berumur 18 tahun tapi, dia sengaja merahsiakannya daripada keluarganya. Dia juga tidak mengambil sebarang ubat untuk merawat masalahnya itu. Kerana itu penyakitnya menjadi semakin teruk.

"Awak masih tak tahu ke kenapa sampai sekarang Hazrin masih tak sedar?" Soal Hazriq.

Sumayyah menoleh ke arah Hazriq sambil menghembus nafas perlahan. Ketika itu mereka berada di dalam wad Hazrin.

"Saya tak pasti la, Hazriq. Kes macam ni pernah beberapa kali terjadi tapi, kami masih tak tahu apa puncanya."

Hazriq memandang Hazrin yang terbaring kaku di katil hospital itu. Sayu hatinya melihat keadaan adiknya itu. Sungguh, dia rindukan adiknya yang kuat menjawab, suka gaduh dengannya, yang banyak bagi dia nasihat. Dia tidak mahu kehilangan Hazrin. Sungguh tidak mahu!

"Dah sebulan dia macam tu, Su. Dengan Jasmine pun masih koma. Adam dengan Hawa kecil lagi, Su. Tapi, parents diorang dah sebulan kaku macam ni."

"Saya pun tak tahu nak cakap apa, Hazriq. Setiap kali saya tengok Min, hati saya sayu. Saya tak sanggup tengok dia dalam keadaan macam tu. Jasmine yang saya kenal orangnya kuat, tak mudah mengalah. Tapi, bila saya tengok dia terbaring macam tu, saya sedih." Air mata Sumayyah mula mengalir. Sedih bila memikirkan sahabat baiknya itu.

"Macam tu jugak la perasaan saya bila saya tengok Hazrin, Su. Adik saya tu orangnya sentiasa ceria. Senyuman tak pernah lekang dari bibir dia. Sekarang ni, dia cuma terbaring je macam tu."

Sumayyah sudah tidak terkata. Hanya air mata yang berbicara.

🌸🌸🌸

"KENAPA sampai sekarang Hazrin masih belum sedar? Hazrin sakit apa sebenarnya?" Soal Puan Sri Hazimah di luar wad Jasmine.

Hazwan menggosok-gosok perlahan bahu mamanya itu. Nak jawab apa pun dia tidak tahu. Dia sedih bila memikirkan tentang adik-adiknya. Hazirah kini berada di hospital sakit jiwa. Hazrin pula masih belum sedar sampai sekarang.

"Kita doa banyak-banyak ya, ma? Adik yakin abang akan sedar. Doktor cakap abang tak sakit. Abang mesti akan sedar tak lama lagi." Ujar Hazwani.

Puan Sri Hazimah menoleh ke arah anak bongsunya itu.

"Kalau tak sakit, kenapa abang masih belum sedar, dik? Dah sebulan abang terbaring macam tu. Mama takut jadi apa-apa pada abang."

"Inshaa Allah tak ada apa, ma. Mama jangan la fikir bukan-bukan. Rin mesti sedar tak lama lagi. Rin tahu yang Jasmine perlukan dia. Dia akan berusaha untuk bangun, ma. Kita kena bagi masa pada Rin, mungkin dia penat tu. Kita bagi dia rehat dulu ya?" Ujar Hazwan pula.

Puan Sri Hazimah mengangguk. Dia menoleh ke arah besannya yang sedang duduk di sisi Jasmine, dia dapat melihat kerana pintu wad yang tidak ditutup rapat. Hatinya sayu, dia juga merasai apa yang dirasai oleh besannya itu.

Anak mereka sama-sama dalam keadaan koma. Ibu mana yang tidak sedih bila melihat anak mereka terbaring kaku dengan mata terpejam  seperti itu?

***

PUAN LIANA menggenggam kemas tangan anaknya. Air matanya mengalir perlahan. Dia menyentuh kepala Jasmine dengan hati yang sayu.

"Min pun nak tinggalkan ibu jugak ke? Ibu masih belum puas hidup dengan Min, masa kita banyak terbuang masa Min membesar. Tolong jangan tinggalkan ibu dulu, Min. Cukup la ayah dengan Lily tinggalkan ibu. Ibu tak nak hilang Min jugak. Bagi ibu peluang untuk jaga Min. Ibu tak jumpa Min sepuluh tahun, ibu boleh tahan lagi sebab ibu tahu Min akan balik suatu hari nanti. Tapi, kalau Min pergi sekarang ni, ibu dah tak dapat nak jumpa Min lagi."

Seharum Bunga JasmineWhere stories live. Discover now