Perlahan-lahan Hazrin membuka matanya, silau. Matanya kembali ditutup. Dia membuka lagi dan cuba melawan rasa silau itu. Dia melihat sekeliling, putih semuanya. Ditoleh pula ke sisinya. Kelihatan Hazriq yang sedang tidur dengan kepalanya di atas katil.
"Achik!" Panggil Hazrin perlahan.
Hazriq masih tidak sedar. Hazrin menggerakkan tangannya lalu menyentuh bahu abangnya perlahan. Kepala Hazriq tergerak sedikit. Dia membuka mata.
"Chik!"
Segera Hazriq mengangkat kepalanya. Rasanya aku tak mimpi kan? Hazrin dah sedar!
"Rin, kau dah sedar? Alhamdulillah! Aku panggil doktor kejap!" Hazriq berlari keluar dari wad tanpa sempat Hazrin menghalang.
Setelah memeriksa keadaan Hazrin, doktor yang merawat keluar dari wad itu. Ahli keluarga Hazrin mendekati lelaki itu.
"Dah hampir dua bulan kau tak sedar, Rin. Alhamdulillah, akhirnya kau sedar jugak!" Ujar Hazriq.
Puan Sri Hazimah tersenyum memandang anak keempatnya itu. Syukur la Hazrin tak apa-apa.
Hazrin tidak membalas apa-apa. Dia masih bingung sebenarnya. Aku tak sedar dah hampir dua bulan? Biar betul? Aku rasa macam aku tidur satu malam je.
"Rin, kau okey tak ni? Kau sakit ke?" Soal Hazwan.
Hazrin geleng.
"Rin okey, cuma pening sikit je." Balas Hazrin perlahan.
Mereka mengangguk.
"Jasmine macam mana?"
Ahli keluarga itu terpaku mendengar soalan yang diutarakan oleh Hazrin itu. Mereka saling berpandangan. Hazrin sudah mengagak jawapannya dari ekspresi wajah keluarganya itu.
"Okey, Rin tahu. Tak payah jawab!"
Mereka tidak tahu mahu memberi reaksi apa setelah melihat keadaan Hazrin itu. Masing-masing dilanda rasa bersalah walaupun Hazrin sudah tahu jawapannya.
"Rin nak makan? Mama siapkan!" Soal Puan Sri Hazimah, alih topik.
"Tak apa la, ma. Rin tak lapar!"
"Mana boleh macam tu. Tenaga Rin dah banyak habis. Makan sikit ea?" Pujuk Puan Sri Hazimah.
Hazrin hanya menggeleng.
"Rin, kau tak boleh macam ni. Kau kena makan, mana boleh kau kata kau tak lapar. Nampak sangat tipu la, Rin." Ujar Hazriq pula.
Hazrin menghembus nafas perlahan. Dia dengan Hazriq memang takkan boleh menang meskipun dia melawan kata-kata abangnya itu. Akhirnya, dia mengangguk perlahan.
🌸🌸🌸
FARIZ menyentuh bahu ibunya lembut. Puan Liana menoleh ke arah ketiganya itu.
"Ibu, Abg Hazriq cakap Abg Rin dah sedar!" Beritahu Fariz.
Yana di sisi abangnya itu hanya mengangguk perlahan.
"Alhamdulillah!" Ucap Puan Liana sambil menoleh ke arah Jasmine yang masih tidak bangun itu.
"Tapi, bila kakak nak sedar?" Ujar Puan Liana.
"Inshaa Allah, kakak akan sedar tak lama lagi. Kita doa untuk kakak ea, ibu?" Pujuk Fariz yang satu-satunya anak lelaki dalam keluarga itu.
Puan Liana memegang tangan anak lelakinya itu. Fariz menarik Yana dan memeluk tubuh ibu mereka bersama. Yana memegang tangan Jasmine yang terbaring itu.
Keluarga mereka semakin kecil sejak arwah Lily pergi. Jika ditakdirkan Jasmine juga pergi, tinggal la mereka bertiga sahaja daripada enam ahli keluarga.
YOU ARE READING
Seharum Bunga Jasmine
Short StoryPertemuan tidak disangka antara Zahin Hazrin dan Jasmine Farisha di majlis pengkebumian menimbulkan bibit cinta di hati Jasmine. Tetapi, jejaka yang dipuja dalam diam merupakan suami kepada kembarnya yang sudah meninggal dunia. "Kenapa baru sekarang...