Belum sempat berkata apa-apa, pipi Jasmine tiba-tiba ditampar oleh Hazirah. Gadis itu tersentak. Terus dia memegang pipinya yang terasa pijar dek tamparan itu.
"Kenapa akak tampar saya?"
"Kau cakap apa dengan Hazrin sampai dia kurang ajar dengan aku macam ni?"
"Sumpah saya tak cakap apa-apa pun, kak." Balas Jasmine.
"Kau tak payah nak menipu aku la, apa yang kau cakap pada Rin? Kau memang sengaja nak hubungan kitorang adik beradik hancur kan?"
Jasmine menggeleng laju.
"Sumpah tak, kak. Saya tak ada niat langsung pun nak buat macam tu!"
Hazirah geram. Masih nak berdalih lagi perempuan ni. Tangannya ingin naik lagi ke pipi Jasmine tapi, tiba-tiba...
"Kak, kau buat apa ni?" Tegur Hazwani.
Serentak mereka menoleh ke arah adik Hazrin yang paling bongsu itu.
"Tak ada apa, kitorang tengah borak kosong je. Kan, Min?" Ujar Hazirah.
Jasmine hanya diam. Angguk tidak, geleng pun tidak.
"Mama panggil kat depan tu!" Ujar Hazwani kepada kakaknya itu.
"Okey!" Hazirah berlalu.
Hazwani memandang kakak iparnya itu dengan penuh curiga.
"Akak okey?" Soal Hazwani.
"Okey je. Kenapa, nampak akak tak okey ke?" Balas Jasmine.
"Kak ngah mesti ada cakap apa-apa dengan akak kan?"
"Cakap apa? Tak ada la, Wani!"
"Kalau akak tak nak bagitahu, Wani report kat abang pasal tadi!"
Jasmine tersentak. Jangan la sampai Hazrin tahu. Nanti jadi lagi teruk!
"Wani, please. Jangan bagitahu abang!"
"Kalau akak tak nak Wani bagitahu abang, better akak cerita kat Wani!"
"Okey!" Jasmine mengalah.
Hazwani menggelengkan kepalanya selepas mendengar cerita Jasmine itu.
"Kak ngah memang dari awal tak setuju abang nak kahwin dengan akak. Lagipun, abang dengan Kak ngah tu memang tak ngam sejak dulu lagi. Tak tahu la kenapa, kitorang adik beradik lain okey je!" Ujar Hazwani.
Jasmine mengangguk perlahan.
"Wani, kalau akak nak tanya satu soalan boleh?" Pinta Jasmine.
"Tanya jelah, kak. Apa dia?"
"Err... Abang, dia kerja apa ea?"
Wajah Hazwani jelas terkejut. Serius la akak tak tahu suami dia kerja apa?
"Akak tak tahu?"
Jasmine tersengih sambil menggeleng perlahan. Segan weh nak tanya pekerjaan suami sendiri kat orang lain!
"Abang tak ada bagitahu akak?"
"Tak, akak pun tak pernah tanya!"
Hazwani tersenyum nipis. Akak... Akak...
"Lepas grade, abang kerja dengan company arwah atuk Abang Naufal sekejap. Akak kenal kan Abang Naufal?"
"Kenal, suami Aufa kan?"
"Yup. Sekarang, abang pilot!"
"Pilot?" Wow! Suami aku pilot ke? Asal aku tak pernah tahu yang aku kahwin dengan pilot?
YOU ARE READING
Seharum Bunga Jasmine
Short StoryPertemuan tidak disangka antara Zahin Hazrin dan Jasmine Farisha di majlis pengkebumian menimbulkan bibit cinta di hati Jasmine. Tetapi, jejaka yang dipuja dalam diam merupakan suami kepada kembarnya yang sudah meninggal dunia. "Kenapa baru sekarang...