Bab 23

76 3 0
                                        

Zana mengetuk-ngetuk meja di restoran itu. Marissa jadi rimas dengan perlakuan temannya itu.

"Beb, you kenapa?" Soal Marissa.

Zana menghentikan perlakuannya sebelum menoleh ke arah Marissa.

"Kenapa?" Soal Zana semula.

"You ketuk-ketuk meja tu kenapa? You ada masalah? Anything you want to share with me, just share. I'm here for you, beb!" Ujar Marissa.

"No, actually I terfikirkan pasal Hazrin!" Balas Zana.

Kening Marissa ternaik sedikit.

"Hazrin? Why? Apa yang you fikir pasal dia? Dia dah kahwin kan?"

"Ya, I know. Dia kahwin dengan Lily kan? Budak nerd dekat universiti dulu?"

Marissa tersenyum nipis.

"Hish you ni, Zana. Ketinggalan zaman betul la. You tak tahu ke?"

Zana mengerutkan dahinya.

"Apa? Betul la kan?"

"Yes, memang betul Hazrin pernah berkahwin dengan Lily but, dia dah lama meninggal. Almost a year tak silap I!"

Zana terpaku. Lily dah meninggal? Takkan la?

"Then, perempuan yang I jumpa dengan Hazrin tu siapa? Muka dia sama macam Lily kut. Takkan la I nampak hantu pulak?"

"No, yang you nampak tu pun betul. Itu Jasmine, twin Lily!"

Lagi la Zana terkedu.

"Twin?"

"Yup!" Jawab Marissa.

"Wait, macam mana Lily tiba-tiba boleh ada twin pulak ni? I don't get it!" Ujar Zana.

Marissa membetulkan duduknya.

"Actually, si Jasmine ni dah lama tinggal dekat Brisbane dengan mak cik dia. Dalam sepuluh tahun macam tu. Dia balik pun cause Lily meninggal!"

Zana angguk. Kemudian dia memandang Marissa pelik.

"Mana you tahu semua ni ea?"

Marissa senyum simpul.

"Ada la sumber-sumber I!"

Zana diam.

"Wait, don't tell me that you masih berharap pada Hazrin?"

Zana menoleh ke arah Marissa.

"Ya, why?"

"Hello? Wake up, Zana! Hazrin tu suami orang okey? You kata bukan standard you kan nak rampas-rampas suami orang ni?"

"No, statement tu dah tak boleh pakai lagi since suami orang tu Hazrin. Mar, you pun tahu kan I tunggu Hazrin tu dah lama gila? Sejak zaman universiti lagi."

"Ya, I know but Zana, you ni waras ke tak?" Balas Marissa.

Zana tersenyum sinis.

"No, I takkan berhenti selagi I tak dapat Zahin Hazrin!"

Marissa terdiam. Gila dah kawan aku seorang ni!

🌸🌸🌸

JASMINE memulakan tugasnya sebagai jurutera awam di Bumi Hijau Holdings seminggu selepas dia diperkenalkan sebagai staff baru. Namun, hanya Syakila yang mengetahui status sebenar Jasmine dengan Hazrin.

"Kenapa you tak nak staff lain tahu yang you ni isteri Encik Hazrin ea?" Soal Syakila pagi itu di pantri.

Jasmine menoleh ke arah Syakila.

Seharum Bunga JasmineTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang