Bab 7

80 3 0
                                    

Jasmine dilanggar oleh seseorang dari belakang hingga menyebabkan tubuhnya tergerak sedikit. Mujur Hazrin sempat menyambut sebelum Jasmine hampir tersungkur.

"Hey, buta ke?" Soal wanita yang melanggar Jasmine itu.

"Helo, cik yang salah!" Ujar Hazrin. Dia yang langgar orang, dia pulak nak marah?

Wanita itu menoleh ke arah mereka. Terpaku Hazrin di situ. Zana? Patut la macam kenal.

"Hazrin?" Soal Zana.

Dahi Jasmine berkerut seribu. Diorang ni saling kenal ke?

"You buat apa kat sini? And who's she? Maid you?" Soal Zana.

Hazrin menoleh ke arah Jasmine yang jelas berubah riak wajahnya. Aku punya pakai lawa-lawa macam ni dia labelnya aku maid? Tak patut betul perempuan ni! Habis kalau aku maid, kau tu apa?

"She's my wife, not maid. Sorry, dia tak nampak macam maid pun. Lain la kau!" Balas Hazrin selamba.

Mati senyuman Zana. Wife?

"You dah kahwin?"

"Ya. Asal yang kau terkejut sangat ni?"

"Ni Lily kan? Perempuan yang gilakan you dulu dekat universiti?"

Hazrin sudah terdiam. Zana menoleh ke arah Jasmine.

"Tahniah, akhirnya berjaya jugak kau pikat Hazrin kan? Usaha kau tak sia-sia. Aku ni, buat apa pun, dia tetap tak boleh terima aku. Untung kau kan? Aku yang dah lama tunggu dia, at last, kau yang dapat." Ucap Zana kepada Jasmine.

Jasmine hanya membeku. Aku nak jawab apa kan? Diam jelah, aku mana tahu apa-apa pun pasal kisah silam Hazrin dengan Lily masa zaman universiti dulu.

"Zana, kau jangan nak cakap bukan-bukan pada isteri aku ea? Kau tak ada hak pun nak cakap apa-apa pada dia. Yang dah lepas tu, lepas la. Tak payah la nak ungkit lagi!"

Zana sudah tersenyum sinis.

"Okey, fine. Hope you guys happy till Jannah, even I tak rela pun you kahwin dengan perempuan ni. Actually, bukan standard you pun, Zahin Hazrin. Your wife so kampung!" Ucap Zana.

Jasmine mengetap bibir geram. Yang kau maksudkan tu arwah kakak aku tahu? Nasib baik la aku tak boleh dedahkan identiti aku. Kalau tak, dah lama makan kasut kau ni. Kalau kakak aku, boleh la kau nak pijak. Dengan aku? Memang cari nahas la kau!

So kampung? Helo, aku duduk overseas hampir sepuluh tahun tahu? Kau tu setakat duduk kat KL ni nak berlagak. Bandar sangat la kau kononnya? Blah la!

Hazrin yang perasan riak wajah isterinya itu pantas mengenggam tangan Jasmine bagi menyalurkan sedikit kekuatan walau kekuatannya sendiri bagai mahu habis. Kata-kata Zana itu memang melampau!

"Okey la, I balik dulu. Have fun okey?" Ujar Zana sebelum berlalu. Meluat pula dia melihat Hazrin memegang tangan isterinya tadi. Cemburu? Of course! Hazrin aku punya kut.

🌸🌸🌸

"Akak nak makan?" Soal Jasmine kepada Hazirah yang baru masuk ke dapur itu.

Hazirah membuat muka menyampah kepada adik iparnya itu.

"Kau tak payah nak acah-acah baik dengan aku la, menyampah tahu tak?" Balas Hazirah.

Jasmine sudah terdiam. Apa masalah kakak iparnya itu?

"Apa tujuan kau kahwin dengan adik aku ea?" Soal Hazirah.

"Akak cakap apa ni?" Tak sangka soalan itu yang keluar dari mulut Hazirah.

"Kau kahwin dengan dia sebab kau nak duit dia je kan?"

Jasmine hilang kata-kata. Kalau dia menjawab nanti, dilabel kurang ajar.

"Lagipun, kau tak sedar ke apa tujuan Hazrin kahwin dengan kau? Dia kahwin dengan kau sebab muka kau sama macam arwah bini dia je. Dia bukan sayang kau pun."

Jasmine menggenggam tangan. Geram dengan kata-kata itu. Biadap sungguh dia ni!

"Saya tak ganggu hidup akak kan? Kenapa akak nak kena ganggu hidup saya? Lagipun, arwah isteri suami saya tu kakak kembar saya sendiri. Saya tak kisah pun kalau Hazrin masih ingat dia. Saya sedar pasal benda tu, akak tak perlu nak ingatkan pun."

"Kau kurang ajar kan?"

"Saya takkan kurang ajar kalau akak tak cakap bukan-bukan dengan saya. Saya cuma nak pertahankan diri saya, salah ke? Saya ni bukan jenis orang yang senang kena pijak."

"Berlagak kau kan? Mentang-mentang Hazrin dah berpihak pada kau sekarang!"

Jasmine tersenyum nipis.

"Kalau saya jadi Hazrin pun, saya akan buat benda yang sama. Akak bayangkan la apa yang akan jadi kalau saya bagitahu Hazrin pasal ni?"

Hazirah terdiam sejenak.

"Kau ugut aku? Eh, kau kena ingat ea? Suami kau tu, adik aku. Kau jangan ingat kau boleh rampas dia daripada aku!"

"Saya tak ada niat rampas Hazrin dari akak. Sampai bila-bila pun Hazrin tetap adik akak. Saya cuma nak akak respect saya sebagai adik ipar akak, itu je!"

Hazirah tersenyum sinis.

"In your dream!" Balas Hazirah sebelum berlalu.

Jasmine hanya mampu menggelengkan kepalanya.

Seharum Bunga JasmineWhere stories live. Discover now