Bab 14

84 4 0
                                    

Jasmine tersenyum bila melihat nama Hazrin tertera di skrin. Segera dia menolak butang hijau ke atas.

"Assalamualaikum!" Sapa Jasmine ceria. Rindu? Sudah tentu! Walaupun baru tiga hari Hazrin pergi, dia sudah merasa rindu kepada lelaki itu.

"Waalaikumussalam. Happy je suara? Kenapa?" Balas Hazrin.

Jasmine tersenyum malu. Nampak sangat ke suara aku happy bila dapat call dari dia? Ah, malunya!

"Tak ada apa, saya happy sebab saya jumpa kawan lama saya hari ni!" Ujar Jasmine. Itu pun dia happy juga!

"Oh, ya ke? Kan saya dah cakap, masih ada yang kenal awak, Min."

"Ya. Tapi, macam tak sangka pun ada. Saya ingat saya dah tak dapat nak jumpa dia lagi. Dia pun kebetulan baru balik dari Jepun!"

"Takdir Allah tak ada siapa yang tahu, Min. Awak okey kat sana?"

Jasmine berjalan ke arah pangkin di luar rumahnya itu lalu duduk di situ sambil mengadap sawah padi yang menghijau di depan mata.

"Alhamdulillah, saya okey je. Awak tu yang patut saya tanya, saya risau!"

"Eh, kenapa pulak?" Soal Hazrin.

"Awak tu dah la ramai yang nak. Mesti la saya risau. Awak tak menggatal dekat sana kan?"

Hazrin tergelak kecil.

"Ada-ada jelah awak ni, tak ada la. Saya masih ingat status saya ni. Awak tak payah risau la. Awak tu, jaga diri baik-baik dekat sana."

"Ya, baik tuan. Cepat balik ea?"

"Asal? Dah rindu ke?" Hazrin tersengih walaupun Jasmine tidak nampak.

"Ya, saya rindu. Habis tu, kenapa?"

Hazrin tersenyum nipis. Min... Min...

"Ya, saya akan cepat balik. Saya balik je saya akan terus jumpa awak. "

"Okey!"

"Okey la, Min. Saya tak boleh lama ni, saya ada kerja lain lagi. Take care, assalamualaikum!"

"You too, waalaikumussalam!"

Talian diputuskan. Jasmine menarik nafas dalam. Walaupun sudah bercakap di telefon, rindu itu masih tidak hilang. Bila dia nak balik?

"Kakak, ibu panggil masuk!" Panggil Fariz, adiknya di pintu rumah.

Jasmine menoleh ke arah Fariz.

"Ya, kejap lagi kakak masuk!"

"Okey!" Fariz kembali masuk ke dalam rumah.

Jasmine melihat langit. Dah nak maghrib rupanya. Patut la ibu panggil masuk. Terus kakinya dibawa ke pintu rumah.

🌸🌸🌸

"IBU nak pergi mana lawa-lawa ni?" Soal Jasmine bila melihat ibunya yang sudah siap berbaju kurung dan bertudung itu.

"Ibu nak pergi kenduri doa selamat kat rumah Lebai Hashim. Anak dia kan baru balik dari Jepun. Eh, kamu tak ada jumpa dengan Su ke? Su kan baru balik!"

Jasmine mengerutkan dahinya. Tadi baru je aku jumpa Su. Tak ada pulak dia ajak aku pergi kenduri ke apa. Dia lupa la tu kut. Excited agaknya jumpa aku sampai lupa nak ajak.

"Pergi la siap!" Ujar Puan Liana tiba-tiba.

"Siap pergi mana?" Jasmine terkebil-kebil.

"Ikut ibu la, Fariz dengan Yana dah pergi dah tadi. Cepat la, Min!"

"Okey, kejap. Min siap!"

Puan Liana hanya mengangguk. Tidak sampai lima minit, Jasmine keluar dari bilik dengan siap bertudung dan berbaju kurung.

Puan Liana terpaku sejenak melihat anaknya itu. Jasmine pelik. Kemudian dia terfikir. Mungkin ibu teringat arwah Lily agaknya sebab baju kurung yang aku pakai ni baju arwah Lily.

"Sorry, ibu. Min tak bawa baju kurung so, Min pinjam baju arwah Lily. Tak apa kan, ibu?" Jasmine keberatan.

Puan Liana tersenyum.

"Cantik anak ibu!" Ucap Puan Liana sambil membelai pipi Jasmine lembut.

Jasmine tersenyum memandang ibunya. Sesungguhnya senyuman itu la yang paling buat dia rindu sepanjang dia berada di Australia.

"Min ambil jelah baju-baju arwah tu. Kalau biar dalam almari tu pun siapa nak pakai?" Ujar Puan Liana dalam perjalanan ke rumah Lebai Hashim.

"Tak apa la, ibu. Nanti kalau Min pakai baju arwah depan Hazrin, takut dia teringat dekat arwah pulak."

Puan Liana menoleh ke arah Jasmine. Jasmine memeluk erat lengan ibunya. Sungguh dia rindu kepada ibunya itu.

"Hazrin dengan Min macam mana? Dia okey?" Soal Puan Liana.

Jasmine tersenyum mendengar soalan ibunya itu.

"Dia baik sangat, ibu. Tak salah ibu pilih dia untuk Min. Dia memang lelaki terbaik yang pernah Min jumpa!"

"Bagus la kalau macam tu. Lega ibu dengar." Balas Puan Liana.

Jasmine tersenyum.

"Eh tapi, kejap. Kenapa Min balik sini ea? Kenapa tak duduk je rumah mertua Min walaupun Hazrin kerja?" Soal Puan Liana.

Jasmine terkaku. Apa aku nak jawab ni? Takkan nak jawab takut kena dera dengan kakak ipar pulak?

"Saja, Min rindu ibu. Time Hazrin tak ada ni jelah Min dapat balik sini tengok ibu. Lepas ni, takut Min dah busy. Min nak start kerja dah minggu depan!"

"Oh, ya? Kerja apa? Kat mana?"

"Dekat syarikat kawan Hazrin. Kat mana tu tak tahu lagi sebab minggu depan baru Hazrin bawa Min!"

Puan Liana mengangguk-angguk.

"Kerja elok-elok nanti!"

"Inshaa Allah, bu."

Puan Liana tersenyum memandang anaknya itu. Makin besar, makin cantik anaknya itu walaupun dia tidak merasa membesarkan Jasmine selama sepuluh tahun. Adiknya pandai mendidik anaknya sehingga tumbuh dewasa seperti ini.

"Kenapa ibu tengok Min macam tu?" Soal Jasmine.

"Tak ada apa la, jom. Kita dah lambat ni!" Balas Puan Liana.

"Jom!"

Seharum Bunga JasmineWhere stories live. Discover now