Bab 46

126 2 0
                                        

5 tahun kemudian...

Sudah berbagai negara Hazrin pergi dan balik atas urusan kerja namun, isterinya masih belum sedarkan diri sehingga hari ini. Sudah genap lima tahun lamanya Jasmine koma.

"Papa!" Jerit Hawa bila melihat wajah papanya yang baru masuk ke dalam rumah itu.

Hidayah turut menoleh ke arah adik iparnya itu. Dia tersenyum nipis.

"Hawa buat apa ni?" Hazrin mendekati anaknya.

"Melukis dengan umi!" Jawab anak kecil itu petah.

Hazrin tersenyum kepada Hidayah.

"Lukis dengan umi? Umi ajar?"

Hawa mengangguk kecil.

"Adam mana, kak?" Soal Hazrin.

"Dia ikut along pergi kedai. Hazrin baru sampai dari Sydney ke?"

"Haah kak, baru sampai. Hazrin naik dulu la ea? Nak mandi lepas tu, Rin terus nak pergi hospital. Mama dengan papa dekat sana kan?"

Hidayah angguk.

"Adik dengan achik pun ada dekat sana!" Balas Hidayah.

Hazrin mengangguk. Dia naik ke biliknya di tingkat atas selepas mengucup pipi anaknya itu.

🌸🌸🌸

"ASSALAMUALAIKUM!"

Serentak mereka semua menoleh ke arah Hazrin yang baru tiba itu. Salam dijawab serentak juga. Hazrin menyalami tangan satu persatu ahli keluarganya.

"Kamu baru sampai ke, Rin?" Soal Tan Sri Zaman.

"Haah, pa."

"Kenapa tak rehat dulu baru datang? Tak penat ke?"

Hazrin senyum nipis.

"Rin rasa lagi penat kalau Rin tak jumpa Jasmine!"

Puan Liana menggosok-gosok bahu menantunya itu lembut. Hazrin menoleh ke arah ibu mertuanya itu sambil melempar senyuman.

"Masih tak ada perubahan ke?" Soal Hazrin perlahan walau dia sendiri sudah hilang harapan.

Mereka menggeleng lemah.

"Rin masuk dalam dulu la ea?"

Mereka angguk. Hazrin melangkah masuk ke dalam wad. Dia mendekati tubuh kaku isterinya yang sudah lima tahun terlantar seperti itu.

"Sayang, lima tahun dah. Saya tak tahu apa yang saya rasa sekarang ni. Saya nak awak buka mata tapi, dalam masa yang sama, saya redha kalau awak pergi tinggalkan saya. Saya tak sanggup nak tengok awak terus-terus terbaring macam ni. Saya tahu ini tak adil untuk awak tapi, saya izinkan kalau awak nak jumpa Lily dengan abah dekat sana." Ujar Hazrin. Air matanya sudah kering. Tiada lagi air mata yang mengalir di pipinya. Dia redha andai Jasmine juga pergi daripada melihat isterinya itu terseksa seperti ini.

Tangan Jasmine digenggam erat. Dia melihat ada air mata yang mengalir perlahan di pipi wanita itu. Hazrin sedikit tersentak.

"Min? Awak dah sedar ke? Min?"

Namun, hampa. Jasmine masih kaku. Dia ada dengar, orang yang koma ini akan mendengar apa sahaja yang kita cakap pada mereka. Mungkin, kerana itu Jasmine mengalirkan air mata.

~~~

SUMAYYAH menoleh ke arah Hazriq yang sudah menjadi tunangnya sejak tiga tahun yang lalu. Dia memandang wajah hampa Hazriq bila dia sudah lama menangguhkan perkahwinan mereka.

"Tahun ni pun tak ke, Su?"

Sumayyah terdiam seketika.

"Hazriq, I'm sorry. Bukan saya saja nak postpone our wedding but saya dah pernah cakap kat awak kan yang saya nak tunggu Jasmine sedar dulu? Saya nak dia ada dekat wedding kita nanti." Ujar Sumayyah.

"Kalau Jasmine tak sedar sampai bila-bila? Kita akan batalkan wedding kita ke apa?"

Sumayyah terpaku dengan kata-kata Hazriq itu. Hazriq turut terdiam mendengar dengan kata-katanya sendiri.

"Awak cakap apa? Sanggup awak cakap macam tu, Hazriq? Kalau Hazrin dengar macam mana? Mesti dia kecil hati dengan awak!"

Hazriq tiada kata-kata. Menyesal dengan ketelanjuran kata-katanya sendiri.

"Awak kahwin jelah dengan achik, Su. Tak payah tunggu Jasmine!" Ujar Hazrin yang tiba-tiba muncul di situ.

Mereka berdua menoleh ke arah Hazrin. Lelaki itu duduk di sebelah abangnya sambil melepas nafas perlahan.

"Kenapa awak cakap macam tu?" Soal Sumayyah tidak mengerti.

"Kita takkan tahu bila Jasmine sedar atau Jasmine sedar atau tak. Lima tahun dah, Su. Kalau awak terus tunggu Jasmine, memang awak takkan kahwin."

Sumayyah pandang Hazrin.

"Awak nak cakap sekarang ni awak dah putus asa? Macam tu?"

"Saya tak pernah putus asa, Su. Saya masih tunggu dia untuk buka mata. Cuma, saya dah tak nak berharap."

"Hazrin, awak tak boleh putus harapan macam ni. Dalam pengalaman saya, ada orang yang koma lebih dari tiga belas tahun. Then, akhirnya dia buka mata. Itu miracle, Hazrin!"

Hazrin pandang Sumayyah semula.

"Tapi, miracle tu tak semua orang boleh dapat, Su!" Balas Hazrin.

Sumayyah diam. Ada benarnya juga.

"Jadi kakak ipar saya or awak akan menyesal. Abang saya ni jenis tak sabar so, awak ikut jelah cakap dia. Takut nanti dia cari lain pulak." Hazrin menepuk bahu Hazriq perlahan sebelum bangun dan meninggalkan mereka berdua.

Hazriq yang sedari tadi diam tersentak. Apa dia cakap? Aku ni jenis tak sabar? Wah... Melampau!

"Awak tak payah dengar la cakap adik saya tu ea? Pandai-pandai dia je, mana dia tahu entah!"

Sumayyah hanya diam. Masih memikirkan kata-kata Hazrin itu.

***

PUAN SRI HAZIMAH memandang ke arah anak keempatnya yang sedang berjalan ke arah mereka. Hazrin duduk di sisi mamanya.

"Ma. Mama rasa Min akan sedar ke?" Soal Hazrin sayu.

Puan Sri Hazimah menepuk-nepuk perlahan bahu anaknya itu.

"Inshaa Allah, Min akan sedar, Rin. Rin pergi mana tadi?"

"Bawah, jumpa Su dengan achik tadi."

Puan Sri Hazimah angguk.

"Achik dengan Su tu pun mama tak tahu la bila nak kahwinnya. Tiga tahun dah bertunang."

"Su nak tunggu kawan baik dia sedar dulu, ma. Dia nak Jasmine ada masa wedding dia."

Puan Sri Hazimah melepas nafas perlahan. Hazrin menoleh ke arah ibu mertuanya yang sedang duduk seorang diri di satu sudut.

Yana dan Fariz masing-masing sudah melanjutkan pelajaran di luar negara. Mereka berdua tinggal bersama mak cik mereka di Australia yang dulunya menjaga dan membesarkan Jasmine. Hazrin yang menghantar mereka ke sana dua tahun lalu.

Mereka berdua sebenarnya tidak mahu ke sana kerana tidak mahu meninggalkan kakak mereka yang masih koma. Tapi, dipaksa oleh ibu mereka yang beria-ia mahu mereka capai apa yang mereka inginkan. Sudahnya mereka pergi juga. Sejak itu, Puan Liana tinggal bersama keluarga besannya.

"Abang! Mama! Papa!"

Suara Hazwani yang berteriak dari dalam wad mengejutkan mereka yang berada di luar. Mereka segera masuk ke dalam.

"Adik, kenapa ni?" Soal Hazrin.

Hazwani menoleh ke arah abangnya sebelum menoleh ke arah Jasmine yang sudah membuka matanya.

"Min? Awak dah sedar?" Pantas Hazrin mendekati isterinya.

Jasmine mengangguk lemah.

"Alhamdulillah!" Ucap semua.

'Itu miracle, Hazrin!' Kata-kata itu terulang kembali di telinga Hazrin. Ya, ini miracle. Thanks Su, sebab ingatkan saya.

Puan Liana memeluk tubuh anaknya itu erat sekali dengan air mata syukur.

Seharum Bunga JasmineTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang