Hazrin menghampiri abangnya yang sedang duduk seorang diri di luar rumah selepas makan malam itu. Jasmine sedang berbual bersama Puan Sri Hazimah dan juga Hidayah.
"Chik!" Tegur Hazrin.
Hazriq menoleh.
"Rin!" Ucap Hazriq.
"Asal kau? Baru balik dah termenung?" Ujar Hazrin sambil duduk di hadapan abangnya itu.
"Tak ada apa la."
"Irah mana? Aku tak nampak pun dia? Makan malam pun tadi dia tak ada." Soal Hazrin.
"Keluar, dari petang tadi lagi!"
Hazrin angguk.
"Bagus la, tak balik terus pun tak apa. Menyampah aku tengok muka dia!"
"Kau memang selalu gaduh teruk macam tu ea dengan Irah?" Soal Hazriq.
Hazrin terkedu.
"Maybe!" Hanya itu balasan Hazrin.
Hazriq merenung wajah adiknya itu.
"Min okey?" Soal Puan Sri Hazimah.
Jasmine menoleh ke arah ibu mertuanya itu. Dia tersenyum.
"Okey je, kenapa mama tanya macam tu pulak?" Balas Jasmine.
"Tak ada, mama tanya je. Mama tengok muka Min macam tak sihat je. Pucat lesi!" Ujar Puan Sri Hazimah.
"Haah la, Min. Akak tengok pun muka Min pucat. Min tak sihat ke?" Hidayah menyokong.
"Eh, tak ada la, kak, ma. Min cuma pening kepala sikit je. Dah makan ubat dah, nanti elok la tu!" Balas Jasmine.
Hidayah memandang wajah Jasmine.
"Sure?" Soal Hidayah risau.
Jasmine tersenyum.
"Inshaa Allah, tak ada apa!"
Puan Sri Hazimah dan Hidayah hanya mampu mengangguk.
"Mama dengan akak nak air? Min buatkan ea?" Ujar Jasmine.
"Eh, tak apa la. Kalau mama nak air, mama ambil sendiri. Lagipun, Mak Sal pun ada tu!"
"Tak apa, Min buat ya?"
Puan Sri Hazimah sudah terdiam dengan kedegilan menantunya itu. Jasmine bangkit dari duduknya. Tiba-tiba kepalanya rasa semakin berpusing. Pantas dia berpaut pada sofa sambil memegang kepalanya.
"Min!" Ucap Puan Sri Hazimah dan Hidayah serentak. Risau.
Jasmine cuba bertahan walaupun kepalanya semakin berdenyut-denyut. Makin lama pandangannya makin kabur sebelum akhirnya dia rebah di situ.
"Ya Allah, Min!" Pantas Hidayah mendapatkan birasnya itu.
Puan Sri Hazimah turut mendekati menantunya yang sudah tidak sedarkan diri itu.
"Min, kenapa ni? Ya Allah!" Ucap Puan Sri Hazimah.
"Rin!" Panggil Hidayah.
"Hazrin!" Panggil Puan Sri Hazimah pula.
Hazrin yang sedang leka berbual bersama Hazriq itu tersentak bila terdengar namanya dipanggil dari dalam.
"Kenapa tu?" Soal Hazriq.
"Tak tahu!" Balas Hazrin sebelum berlari masuk ke dalam rumah diikuti oleh Hazriq.
"Kenapa ni, ma?" Soal Hazrin.
Dia tersentak bila melihat Jasmine yang sudah berada di pangkuan kakak iparnya itu.
"Rin, Jasmine pengsan!" Ucap Puan Sri Hazimah.
Segera Hazrin mendapatkan isterinya itu.
"Macam mana boleh pengsan?" Hazrin terus mencempung tubuh Jasmine.
"Tak tahu, tiba-tiba je. Kita bawa Min pergi hospital. Mama nak ikut!"
"Achik drive. Akak, tolong ambilkan kunci kereta Rin!" Ujar Hazriq.
Hidayah hanya menurut. Dia mengambil kunci kereta Hazrin lalu diberikan kepada adik iparnya itu.
"Jom!" Hazriq mendahului.
Hazrin dan Puan Sri Hazimah mengikuti dari belakang.
🌸🌸🌸
MEREKA menunggu di luar wad kecemasan dengan hati risau. Hanya Hazriq yang kelihatan tenang. Puan Sri Hazimah tak habis-habis melihat lampu merah di wad kecemasan itu. Manakala Hazrin pula tidak senang duduk. Ke hulu ke hilir saja.
"Rin, kau boleh duduk tak? Rimas la aku tengok kau ke hulu ke hilir macam ni!" Ujar Hazriq.
Hazrin menoleh ke arah Hazriq.
"Aku tak boleh relaks la, chik. Aku takut!" Ucap Hazrin.
"Kau jangan la fikir bukan-bukan. Kalau kau fikir bukan-bukan memang la kau takut!"
"Aku tak nak hilang Jasmine pula, chik. Aku dah hilang dua orang, jangan la Allah ambil Jasmine jugak dari aku!"
"Kau jangan nak merepek boleh tak, Rin? Cuba doa yang baik-baik!" Balas Hazriq.
Hazrin diam. Dalam kepalanya saat ini hanya memikirkan soal Jasmine. Dia amat takut kehilangan gadis itu. Cukup la dia pernah hilang Husna dan Lily dulu. Dia tak mahu kehilangan Jasmine pula.
Doktor yang merawat Jasmine keluar dari wad kecemasan. Segera mereka bertiga menghampiri doktor wanita yang hampir sebaya dengan Puan Sri Hazimah itu.
"Yang mana satu suami Puan Jasmine?" Soal Dr. Sakinah.
"Saya. Isteri saya kenapa, doktor?" Ujar Hazrin.
Dr. Sakinah menoleh ke arah Hazrin. Dia tersenyum.
"Tahniah, encik. Isteri encik sedang hamil dua bulan!" Ucap Dr. Sakinah.
Hazrin terkedu sejenak. Manakala Puan Sri Hazimah dan Hazriq sudah tersenyum gembira.
"Alhamdulillah. Rin, mama nak dapat cucu!" Ucap Puan Sri Hazimah.
"Tapi, kenapa isteri saya pengsan doktor?" Soal Hazrin.
"Itu mungkin disebabkan Puan Jasmine kelelahan dan tak cukup rehat. So, lepas ni make sure jangan bagi Puan Jasmine terlalu aktif kerana kandungannya masih lemah. Buat masa ni, kami terpaksa menahan Puan Jasmine beberapa hari di wad kerana dia kekurangan air!"
Hazrin mengangguk.
"Terima kasih, doktor!" Ucap Hazrin.
Dr. Sakinah tersenyum.
"Sama-sama. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya minta diri dulu!"
Mereka hanya mengangguk. Dr. Sakinah berlalu tidak lama kemudian. Hazriq menepuk perlahan bahu adiknya itu.
"Tahniah, man. Ini baru la adik aku!" Ucap Hazriq.
Hazrin menoleh pelik ke arah Hazriq.
"Apahal pulak?" Soal Hazrin.
"Isteri kau dah mengandung. So, maknanya kau lelaki sejati la!"
Terus Hazrin menepuk perlahan kepala abangnya itu. Hazriq tergelak.
"Kurang ajar. Habis selama ni kau ingat aku bapuk ke apa?"
Puan Sri Hazimah menggeleng-geleng.
"Rileks la, brother. Aku gurau je pun!" Balas Hazriq.
"Dah, mama nak pergi tengok menantu mama. Korang kalau nak gaduh, boleh teruskan gaduh." Puan Sri Hazimah berlalu.
Mereka melihat Puan Sri Hazimah yang sudah berlalu itu.
"Aku pun nak tengok adik ipar aku. Bye!" Hazriq turut berlalu.
Hazrin tersenyum.
"Wah, semua tinggalkan aku ni. Yang dekat dalam wad tu isteri aku kut!"
YOU ARE READING
Seharum Bunga Jasmine
Short StoryPertemuan tidak disangka antara Zahin Hazrin dan Jasmine Farisha di majlis pengkebumian menimbulkan bibit cinta di hati Jasmine. Tetapi, jejaka yang dipuja dalam diam merupakan suami kepada kembarnya yang sudah meninggal dunia. "Kenapa baru sekarang...