Bab 12

82 4 0
                                    

Hidayah mendekati suaminya yang diam membisu selepas menegur adik-adiknya tadi.

"Abang!" Tegur Hidayah.

Hazwan menoleh ke arah isterinya.

"Sayang!"

"Abang okey?"

Hazwan menggeleng perlahan.

"Abang tak faham la dengan adik-adik abang tu, asyik bergaduh je kerja diorang. Irah tu pun satu, Hazrin tu dah kahwin kut, masih lagi sibuk nak uruskan hidup budak tu!"

"Abang bukan tak tahu perangai adik abang tu macam mana kan? Dayah pun kesian sebenarnya kat Min tu. Tak salah apa-apa pun, tak pasal-pasal kena curah air panas!"

Hazwan terdiam. Teruk jugak perangai adik aku ni ek?

Jasmine termenung di ruang dapur itu. Ketika itu, Mak Sal keluar ke pasaraya untuk membeli barang dapur bersama Puan Sri Hazimah. Hazirah tiada di rumah, kerana itu dia berani keluar dari bilik.

"Min!" Tegur seseorang.

Jasmine pantas menoleh. Kelihatan birasnya sedang tersenyum manis ke arahnya.

"Kak Dayah!"

"Min okey ke ni, dik?" Soal Hidayah.

"Entah la, kak. Nak kata okey, akak sendiri nampak macam Min tak okey kan?"

Hidayah menggosok bahu Jasmine perlahan.

"Perangai Irah tu memang macam tu, dik. Tak payah nak ambil hati sangat la!"

Jasmine mengangguk perlahan.

"Kalau Min nak tanya boleh tak, kak?"

"Tanya jelah, apa dia?"

"Dulu Lily macam mana? Dia pun kena macam Min jugak ke?"

Hidayah tersenyum nipis.

"Tak, dulu Irah diam je. Tak tahu la kenapa sekarang ni dia macam benci sangat pada Min."

Jasmine terdiam. Kan aku dah kata, ramai yang tak suka aku. Aku tak macam Lily.

🌸🌸🌸

Hazrin terdiam sejenak bila mendengar kata-kata abangnya. Achik nak balik?

"Serius la achik ni? Bukan achik ada sebulan lagi ke?"

"Tak, serius ni. Achik nak balik dah hujung minggu ni. Mama tak ada bagitahu Rin ke?" Balas Hazriq, anak ketiga dalam rumah itu yang kini berada di Auckland.

"Tak ada pun, achik jangan main-main. Rin dah excited gila ni."

"Ya Allah budak ni. Orang cakap betul-betul. Achik tak sabar nak jumpa adik ipar achik. Mesti cantik orangnya kan?"

Hazrin menggeleng. Itu yang dia fikirnya?

"Achik pernah tengok arwah Lily kan? Muka diorang sama, chik. Tak ada beza pun."

"Yelah. Eh, kat rumah apa cerita? Aku dengar panas semacam je?"

"Mana achik dengar? Ni mesti mama la ni!"

"Siapa lagi reporter?"

Hazrin menghembus nafas dalam.

"Irah la, macam la kau tak kenal dia. Dia curah air panas kat tangan Min. Teruk jugak la Min kena dengan dia!"

"Melampau gila kakak kau tu!"

"Kakak kau jugak ea?"

Hazriq tergelak kecil.

"Don't worry la, Rin. Aku balik nanti, aku sekolahkan dia cukup-cukup. Dia tu belum kena je. Dah kena nanti diam la. Along tu berlembut sangat dengan dia. Kalau aku jadi along, aku dah report kat papa. Eh, kau pun sama jelah, Rin!"

Seharum Bunga JasmineWhere stories live. Discover now