Bab 19

67 4 0
                                    

Beberapa minggu kemudian...

"Awak memang kena pergi ke?" Soal Jasmine.

"Ya, sorry. Ikutkan memang saya cuti tapi, saya terpaksa gantikan kawan saya." Jawab Hazrin.

Jasmine memandang suaminya yang sudah lengkap dengan uniform kerjanya.

"Kali ni saya pergi tak lama, tiga hari je. Awak betul ke tak nak balik rumah mama ni?"

"Betul, saya okey!"

"It's okay, saya dah suruh adik datang sini teman awak. Dia pun tengah on the way tu dengan achik. Nanti achik terus hantar saya pergi airport!"

Jasmine angguk. Selang beberapa minit kemudian, terdengar suara memberi salam dari luar rumah.

"Tu, adik dah sampai!" Ujar Hazrin sambil membuka pintu.

Terjengul wajah adiknya yang sedang tersenyum manis ke arahnya.

"Kau apahal happy sangat muka?" Soal Hazrin.

Mati senyuman Hazwani.

"Hek'elleh abang ni, orang nak happy pun salah. Kak Min mana?"

"Ada kat dalam tu." Mereka beriringan masuk ke dalam rumah.

Hazriq yang baru mengunci kereta turut masuk ke dalam rumah.

"Dik, kau tolong jaga Kak Min baik-baik. Abang percaya kau tahu?" Ujar Hazrin.

"No worries, abang. You can trust me!" Balas Hazwani.

Hazrin mengangguk puas hati.

"Okey la, abang gerak dulu. Min, saya pergi dulu!"

Jasmine tersenyum sambil mengangguk perlahan. Tangan suaminya itu dikucup lembut. Hazwani turut menyalami tangan abangnya itu.

"Eh, nak gerak dah ke? Aku baru masuk kut!" Ujar Hazriq yang baru melangkah masuk ke dalam rumah.

Mereka menoleh ke arah Hazriq.

"Kau lambat sangat, dah jom!" Balas Hazrin.

"Yelah, jom!"

🌸🌸🌸

"HAI, handsome!"

Terus Hazrin menoleh ke arah suara itu. Dia menarik nafas dalam bila melihat tuan punya suara.

"Kau buat apa kat sini?"

"Ini kan tempat awam, tak boleh ke I nak ada kat sini?" Balas Zana.

Hazrin angguk.

"You nak pergi mana?" Soal Zana.

Hazrin memandang wajah Zana. Dia ni buta ke apa? Dah nampak aku pakai uniform ni lagi mahu tanya.

"Nampak macam aku nak pergi bercuti ke? Aku nak pergi kerja la!"

"Ya, I tahu la you nak pergi kerja. But, maksud I you fly ke mana?"

"Perlu ke aku bagitahu kau?"

"Tanya pun tak boleh ke?"

"Melbourne!" Jawab Hazrin sepatah.

Zana tersenyum tiba-tiba.

"Wow! What a surprise? Kita sama la, I pun nak pergi Melbourne. So, maknanya you la kapten yang bawa I nanti?"

Hazrin tersentak. Macam mana boleh kebetulan pulak ni?

"So, kita jumpa kat sana jelah nanti ea?" Ujar Zana sambil mengenyitkan matanya.

Hazrin tersenyum sinis. Ingat Melbourne tu kecil ke?

"Sorry, tak penting pun untuk aku jumpa kau!" Balas Hazrin sebelum berlalu dari situ.

Seharum Bunga JasmineWhere stories live. Discover now