Jasmine termenung sambil memikirkan hal pagi tadi. Ketika dia bersiap-siap untuk ke tempat kerja, Hazrin juga menyarung seragam kerjanya.
"Awak ada flight ke hari ni? Bukan awak kata awak cuti ke?" Soal Jasmine.
"Emergency. Saya kena ganti kawan saya." Jawab Hazrin.
"Awak tak bagitahu saya pun?"
Hazrin menoleh ke arah Jasmine.
"Kan saya dah cakap emergency. Apa yang awak tak faham? Saya pun baru dapat call subuh tadi."
Jasmine terdiam seketika.
"Awak fly ke mana?"
"Rotterdam!" Jawab Hazrin sepatah.
Jasmine angguk
"Berapa lama?"
"Lima hari!"
"Awak nak saya hantar pergi airport?"
"Tak payah, saya pergi sendiri je!"
Jasmine pelik dengan sikap Hazrin yang tiba-tiba dingin dengannya.
"Awak okey ke ni?"
"Saya pergi dulu la, Min. Dah lambat!" Hazrin cuba mengalih topik.
"Hazrin, saya ada buat salah ke?"
Hazrin merenung wajah Jasmine.
"Jasmine, kita bincang bila saya balik nanti? Sekarang saya dah lambat!"
Jasmine menarik tangan Hazrin yang baru saja hendak melangkah itu. Di cium tangan itu lembut.
"Izinkan setiap langkah saya hari ni dan hari-hari seterusnya." Ucap Jasmine.
Hazrin melonggarkan pegangan tangan Jasmine di tangannya.
"Take care!" Hazrin mengucup dahi isterinya seketika sebelum keluar dari bilik.
Jasmine hanya mampu melihat Hazrin melangkah pergi.
"Jasmine!" Tegur Syakila.
Jasmine masih lagi mengelamun.
"Jasmine!" Syakila menepuk meja agak kuat.
Jasmine yang tersentak pantas menoleh.
"Sya? Ada apa ya?"
"Are you okay?"
Jasmine tersenyum nipis.
"Ya, I'm okay!"
"Tapi, you tak nampak okey pun? Why? You ada masalah ke?"
Jasmine geleng.
"Betul, saya okey!"
Syakila mengangguk sambil tersenyum.
"This is for you, En Naufal suruh passing!" Syakila menghulurkan sebuah fail kepada Jasmine.
"Thank you!"
"I keluar dulu!"
Jasmine hanya angguk. Selepas Syakila keluar dari biliknya, Jasmine kembali termenung.
Naufal yang kebetulan lalu di depan bilik Jasmine itu ternampak isteri kawan baiknya itu sedang termenung jauh. Dia menjadi pelik.
"Fa, cuba pergi tengok si Min tu kejap!" Ujar Naufal yang masuk ke bilik isterinya selepas melihat keadaan Jasmine.
Aufa yang sedang menulis laporan menoleh pelik ke arah suaminya.
"Abang ni kenapa? Masuk-masuk je suruh Fa tengok Min pulak. Kenapa dengan Min?" Balas Aufa.
"Entah la, tadi abang nampak dia tengah termenung. Macam ada masalah je!"
Aufa terdiam seketika. Takkan la masalah hari tu tak settle lagi?
"Dia gaduh dengan Hazrin lagi ke?" Soal Aufa.
"Mana la abang tahu. Sebab tu la abang suruh Fa pergi tengok dia. Mana tahu dia nak share apa-apa dengan Fa. Korang kan kawan baik!"
"Yelah, Fa pergi tengok kejap!"
Naufal angguk. Aufa bangun lalu menuju ke bilik Jasmine yang tidak jauh dari biliknya.
Pintu bilik Jasmine diketuk sebelum terdengar suara Jasmine yang menyuruh masuk dari dalam. Sebaik saja masuk, Aufa tersentak melihat Jasmine yang sedang menahan tangis.
"Min, kenapa ni?" Soal Aufa. Dia terus mendekati Jasmine.
Mendengar soalan Aufa itu membuat Jasmine semakin lemah. Tangisannya pecah. Dia memeluk erat tubuh rakan baik arwah kembarnya yang sudah di anggap kawan baiknya juga.
"Min, kau ada masalah ke? Kenapa kau nangis ni?" Soal Aufa lagi.
Jasmine menggeleng kepala perlahan. Masih belum dikurniakan kekuatan untuk bercerita dengan Aufa.
"Better now?" Soal Aufa.
Jasmine angguk.
"Apa-apa kau nak share dengan aku, just share. I'm here for you. Always!"
"Aku takut, Fa!"
Aufa mengerutkan dahinya. Agak pelik dengan kata-kata Jasmine itu.
"Takut? Takut kenapa?"
"Aku takut aku bukan yang terbaik untuk Hazrin." Ucap Jasmine.
Aufa semakin tidak mengerti.
"Apa maksud kau ni, Min?"
"Fa, aku tak sebaik Lily kan?"
Aufa terdiam seketika mendengar soalan Jasmine.
"Min, apa yang cuba kau sampaikan ni? Aku tak faham. Apa kaitan kau dan Hazrin dengan Lily? Dia dah tak ada dah, Min."
"Tapi, Hazrin masih tak boleh lupakan dia. Dalam hati Hazrin masih ada Lily, Fa. Itu maksud aku!"
Aufa terdiam lagi.
"Aku terasa dengan Hazrin, Fa. Dia cakap kalau boleh dia nak ikut Lily. Habis tu aku ni apa, Fa? Aku ni tak ada makna ke bagi dia? Sampai hati dia cakap macam tu!"
Aufa menggosok lembut bahu Jasmine.
"Min, jujur aku cakap, aku tak hairan sebenarnya kenapa sampai sekarang Hazrin masih tak boleh lupakan Lily. Aku cakap macam ni bukan aku nak down kan kau tau? Aku cuma nak kau faham. Aku ni kawan baik Lily sejak dari sekolah menengah lagi. Then, kitorang masuk universiti sama-sama. Melalui aku, Hazrin kenal dengan Lily walaupun sebenarnya Lily dah lama perhatikan dia. Kau tahu kan Hazrin pernah kena fitnah dulu?"
Jasmine angguk.
"Masa tu family dia tak ada seorang pun yang percayakan dia. Semua orang anggap fitnah tu betul kecuali kawan-kawan Hazrin termasuk aku dengan Rose dan juga Lily. Min, Lily yang selalu ada untuk Hazrin saat jatuh bangun Hazrin. No wonder, until now dia masih tak boleh nak lupakan arwah. For me, Lily cukup perfect sebagai pendamping Hazrin but aku tak kata yang kau tak perfect. Cuma yang aku nak maksudkan, kau tak boleh terlalu push Hazrin untuk lupakan arwah. Aku yakin Hazrin sayang kau, Min. Masa kau koma dulu, dia tak berhenti doa supaya kau sedar. Itu salah satu bukti kukuh yang aku nampak dia sayangkan kau. Dia dah pernah kehilangan dua kali dah, Min. Jangan buat dia kehilangan untuk kali yang ketiga!" Ucap Aufa.
"Tpi, aku tak mampu nak bahagiakan Hazrin macam Lily bahagiakan dia, Fa!"
"No, kau tak boleh cakap macam tu. Aku yakin Hazrin bahagia dengan kau, Min."
Jasmine terdiam sejenak.
"Aku tak boleh nak jadi macam Lily, Fa. Aku tak boleh nak jadi sempurna macam Lily!"
"Min, tak ada siapa pun suruh kau jadi macam Lily. Just be yourself. Lily ada kesempurnaan dia sendiri, kau pun ada kesempurnaan kau sendiri. Open your eyes, Min. Kembar kau dah tak ada. Sebenarnya kau tak bersaing dengan sesiapa tahu? Kau bersaing dengan diri kau sendiri. Kau takut dengan bayang-bayang kau sendiri, Min. Sebab tu aku nak kau buka mata kau. Masa koma kau dah lama lepas, Min. Sekarang masa untuk kau buka mata kau, buka hati kau dan buka minda kau!"
Jasmine hanya membisu. Kata-kata Aufa itu sangat mendalam baginya.
YOU ARE READING
Seharum Bunga Jasmine
Cerita PendekPertemuan tidak disangka antara Zahin Hazrin dan Jasmine Farisha di majlis pengkebumian menimbulkan bibit cinta di hati Jasmine. Tetapi, jejaka yang dipuja dalam diam merupakan suami kepada kembarnya yang sudah meninggal dunia. "Kenapa baru sekarang...